Tuesday, October 23, 2012

Isnin15062009


Hujan turun pulak pagi tadi, so terpaksa aku batalkan niat nak pergi jogging kat 40th Street, kat satu park yang atas bukit yang aku baru jumpa minggu lepas masa aku jalan kaki dari Park Slope ke kawasan rumah sewa aku. Tak adalah lebat hujannya, renyai-renyai gitu aje, tapi itu sudah cukup untuk aku jadikan alasan yang aku tak dapat nak jogging sebab hujan. 

So aku sambung tidur, sambil berdoa, lebatlah sikit hujan kat luar, biar aku tak rasa guilty sangat sebab tak pergi jogging,kan? So aku melepak kat rumah aje lah, breakfast pun kat rumah. Dah tengahari bila lapar, mula lah cadang nak keluar awal sikit, lagipun cuaca dah semakin elok, panas aje. Tapi, aku masih ingat janji manis aku semalam yang aku nak cuba kurangkan makan kat luar. Lagipun aku ada bahan untuk dimasak, dan aku pun ada waktu, keluar rumah lepas Zohor aje lah.

Aku cari-cari, terjumpa lah rempah korma yang aku beli kat kedai India lama dulu tuh. Tengok manual dia, macam senang aje nak masak. So aku lari kejap ke grocery store orang Puerto Rico tuh, nak beli yogurt. Tak pernah aku beli yogurt selama ini, aku suruh aje tokay kedai tuh ambilkan untuk aku, yang bila sampai rumah, aku tengok yogurt tuh perasa mango. Sedangkan aku nak kan yogurt biasa yang tak ada perasa apa-apa. Tak apalah, masak korma taruk yogurt perasa mango lah, masakan India ada yang nama Mango Chutney kan? So memasaklah aku, cuma aku terconfused sikit sebab chopped onion tuh dimasukkan dua tiga minit lepas ayam dah masak. Macam auta jer kan? Biasanya kalau Melayu memasak, bawang yang ditumis tuh dimasukkan masa mula-mula nak masak, tapi ini lain pulak jalan ceritanya. 

Tak ada apa lah nak dibanggakan, aku swear yang tadi nya aku masak korma walaupun hasilnya macam kari ayam aje. Puaslah aku nak menghabiskannya, nak buat-buat lupa nak makan lah nanti, biar basi aje so-called korma mango aku tuh. Itulah, caca-merba masakan aku kan, sebijik macam aku punya life jugak kaedahnya.

David tak kerja harinih,masih cuti, so riuhlah jugak kat apartment diaorang tadi tuh. Kalau dia nih ada memang riuh, kalau aku sama King Mongkut aje, memang sunyi sepi, aku tak reti dan tak suka nak sembang dengan King Mongkut tuh.

Balik kerja aku singgah kat Times Square sekejap, cuaca pun dah ok, petang tadi hujan aje sepanjang hari. Dan hari pun masih terang walaupun dah lapan lebih. Aku meround gitu-gitu ajelah, sampai ke Hell's Kitchen. Aku kan ker ADUN Times Square, so kena selalu lah melawat kawasan kan? ekekekeke Best jugak tengok ramai orang melepak duduk kat kerusi-kerusi yang banyak ditaburkan di tengah jalan since kawasan Times Square dan Broadway dah ditutup untuk semua kenderaan.