Khamis
Walaupun hujan renyai-renyai tapi aku berjaya merajinkan diri aku pagi nih. Lepas Subuh, terus aku tak tidur dah, dan aku ke playground di kawasan yang ramai Cina tuh, aku jogging. Sebab dah lama tak jogging, cepatlah semputnya, itu yang aku dapat 10 pusingan aje lari, then 10 pusingan jalan perlahan-lahan, then 10 pusingan lari, terakhirnya dalam 20 pusingan aku jalan laju-laju. Dalam sejam aku kat situ, sempatlah peluh keluar barang setitik dua.
Lepas tuh aku ke kedai di Chinatown tuh, beli sayur (peria sama taugeh), sebab cadangnya nak memasak lepas tuh. Tapi, lepas breakfast, termengantuk pulak jadinya, so aku lelapkan mata sekejap. Sedar-sedar dah 12 lebih, sisa-sisa rajin masih ada, so aku memasak. Buat sambal tumis ayam campur peria, yang mula gayanya nampak macam tak jadi aje, macam tak sedap aje. Tapi bila dimakan, boleh tahanlah rasanya, aku pakat taruk aje serai, halia semua tuh, jugak serunding ikan bilis yangmember hantar dulu tuh.
Mungkin jugak sebab mood aku baik harinih, jugak sebab aku ada terchat dengan sapa tah kat tag sebelum pergi kerja, dia kata yang aku patut bersyukur blah blah blah (itu yang aku macam terinsaf sekejap tuh), harinih aku baik aje masa melayan King Mongkut.
Biasanya kalau masa aku tengah mengurut dia (dia meniarap/tidur), aku selalu fikir benda yang tak baik aje pasal dia, aku selalu fikir yang apa pasal lah dia nih macam tak sedar diri, dah lah cacat, banyak sangat pulak cekadaknya, banyak sangat songehnya, mengalahkan orang yang berupaya.
Tapi tadi, masa aku mengurut dia tuh, aku rasa kesian sangat menegok dan memikirkan dia yang macam lumpuh seluruh badan tuh. Nasib baik lah ada orang yang baik macam aku nih, kata aku dalam hati. Itu yang aku urut dia betul-betul, aku tarik urat-urat dia, aku kepal-kepal kan bontot dia sebab aku tahu yang bahagian bontot dia tuh selalu sakit sebab lama sangat duduk kat atas wheelchair/scooter.
Aku sapukan lotion kat seluruh badan dia, walaupun aku tahu itu akan menyusahkan aku masa nak mengangkat dia, licin badan dia dan selalu termenggelongsor dia dari wheelchair walaupun diikat kaki dan pinggang. Aku sapu ubat kat bahagian badan dia yang merah-merah dan merekah tuh. Aku tiup ubat tuh sebab nak kasi kering, aku tak kipas-kipas guna towel pun. Sebab aku rasa aku nak buat humble gitu lah.
Masa buat catherter pun aku buat elok-elok aje. Biasanya masa buat catherterlah yang paling aku malas. Selalunya, untuk menghiburkan hati aku, untuk menyedapkan hati aku, aku selalu kata dalam hati, "nasib baik lah King Mongkut nih Jews, nasib baiklah kote dia bersunat. Katalah kote dia tak bersunat, lagi lah haru nya, sure busuk bau taik palat dia" Ekekekkeke, memang aku selalu kata gitu dalam hati, saja lah nak kasi aku tersengih sorang-sorang, sebab it could be worse kan? Itu yang aku tekan perut dia betul-betul, kasi keluar kencing dia sampai ketitisan yang terakhir.
Aku buat slow-slow, beralus aje, sambil fikir yang bukan dia mintak dijadikan macam tuh. Jugak aku fikir, janganlah aku jadi macam dia, atau nanti kalaulah dipanjangkan umur, ada ker orang yang akan menjaga dan mengambik tahu hal aku macam aku menjaga dia tuh. Macam-macam lah yang buat aku berfikir tadi tuh, so itu yang aku insaf gila aku tadi tuh. Sumpah!
Jumaat
Hujan renyai jugak pagi tadi tapi aku, for the second day, jogging dalam hujan rintik-rintik tuh. Balik aje, lepas breakfast, aku sambung tidur. Terlama pulak aku tidurnya, sampaikan dekat nak Jumaat dah. 1-30 baru aku pergi Masjid, sebab aku tahu yang sembahyang nya lambat.
Aku sampai Forest Hills, terus mengopi seround sebab aku tak makan pun tadi tuh, makan sekali aje dah bosan masakan aku semalam tuh. Ramon ada talipun tanya kalau-kalau nak merempit esok. Aku cadangnya semalam tuh (remember, semalam aku tengah rajin dan bila rajin tuh banyaklah janji-janji manis yang dibuat dengan diri sendiri,kan?) yang weekend nih aku tak nak ke mana-mana sebab aku nak pulun belajar Spanish, nak habiskan kedua-dua buku aku tuh, jugak nak habiskan Online Lesson Part 3 (yang aku tak sentuh pun lagi walaupun 1.3 aku dah nak selesai nih). Sebabnya, minggu depan nih minggu terakhir aku ke kelas, nanti aku cuti 5 hari tuh aku nak tuang kelas (aku nak ke New Haven, Connecticut dan Philadelphia, Pennsylvania) dan hanya akan datang untuk exam, so aku cuma ada masa seminggu aje lagi untuk buat preparation for the coming exam. Kalau aku tak mula belajar dari sekarang, nampak gayanya aku tak berani nak sit for the exam tu nanti.
Tapi, aku terkesian pulak kat Ramon yang ajak aku keluar merempit sebab dia pun bosan (dia masih belum dapat kerja) tak ke mana-mana. Aku jugak dulu yang selalu kata bosan nak merempit kat New York nih sorang-sorang, kan? Ini Tuhan dah kasi ada kawan kan? Nanti dia dah kerja, sure dah tak dapat nak keluar sama-sama lagi. Serba salah jugak aku nih. Macamana pun aku setuju nak keluar esok lepas kerja.
David balik lambat harinih, so macam biasa, aku sama King Mongkut aje semalaman. Aku tak sebagus semalam, tah pasal apa tah, walaupun aku cuba nak buat sebagus semalam, tapi aku jadi terbengang jugak kat dia. Banyak songeh tu lah, itu yang hilang sabar aku tadi tuh, aku kasi dia sedas dua, terus dia tersenyap.
Masa nak mengangkat dia dari katil ke scooter, sebab dia nak perfect sangat towel yang mengalas dia tuh, dia tak pegang handle scooter tuh, so terus ajelah dia termenggelongsor, terjelepuk kat celah-celah seat/handle. Berpeluh-peluh aku mengangkat dia, tercungap-cungap aku jadinya.