Isnin
Harinih Memorial Day (whatever that means lah kan?) so kelas Spanish kitaorang tak ada, diganti dengan hari esok. Since dah beberapa minggu aku tak dapat melepak kat rumah di pagi Isnin (sebab pergi kelas) so tadi aku seharian aje lah kat rumah. Semalam tuh beria-ia cadang nak keluar since cuaca pun panas, tapi panggilan katil mengatasi segalanya.
Yang lain-lain tuh sama aje lah macam hari-hari lain. Kan ker aku kerja setiap hari, so sama ajelah rutin aku *mode malas nak tulis update pepanjang*
Selasa sama Rabu pun sama aktiviti nya. Pagi pergi kelas, sebelum tuh breakfast dulu kat Indus Cafe di sebelah Rockerfeler Center. Makan benda yang sama kedua-dua hari, oats sama strawberry dan brown sugar dan pisang. Pelik aku, boleh terhabis pulak aku makan oats tuh, sedangkan kalau aku prepare sendiri kat rumah, termonyeh-monyeh nak habiskan semangkuk yang cuma empat lima sudu oats tuh.
Aku seriously have to do something lah pasal Spanish aku nih, aku rasa CikGu Anna tuh meluat menengok aku sebab tergagap-gagap aje bila ditanya, biasanya aku senyap aje tak bersuara langsung. Orang lain petah aje bercakap in Spanish. Lagi dua minggu ada exam, minggu yang aku cuti tuh, entahlah, aku tengah debating sekarang nih samada nak datang kelas Isnin dan kelas exam Rabu minggu tuh. Tapi aku dah plan nak keluar dari New York nih for a few days, itu masalahnya. Mungkin aku ponteng kelas Isnin, dan cuma datang untuk exam aje, tapi takut pulak aku sebab ituhari dah ponteng, Isnin minggu depan nak ponteng lagi, then nak sit for the exam? Harus lah banyak tak berjawab tuh nanti, daripada malu tak reti jawab, lebih baik tak payah datang langsung, kan? Tengoklah macamana nanti.
Yuran untuk term akan datang (1.4) pun aku tak berkira-kira nak bayar pun lagi nih (kalau bayar awal dapat 25% diskaun), gayanya kelas tuh dikansel sebab tak cukup students kot. Setahu aku, Minah Congo tuh nak balik negeri, awek American sorang tuh nak pindah Weschester. Yang sorang lagi tuh dah dua kali berturut-turut tak masuk kelas, sure tak nak sambung dah tuh gayanya. So, tinggallah kitaorang bertiga, aku, makCik Jepun, dan Mamat French. Unless ada students lain dari kelas lain yang nak join, then barulah cukup students kot.
Lunch pun benda dan kat tempat yang sama both Selasa dan Rabu. Lepas kelas, aku terus ke Jackson Heights, makan beriyani ayam. Tak pernah aku makan beriyani dua hari berturut-turut, bau kari semalam (Selasa) tuh belum hilang, dah makan kari lagi harinih (Rabu)
Dari Jackson Heights aku ke Forest Hills, sama macam semalam jugak, aku melepak kat internet cafe selama sejam setengah. Tak buat apa pun, sebab aku mengantuk dan letih.
Dan kedua-dua hari jugak, aku rasa mengantuk dan letih yang teramat sangat. David kata, mungkin sebab aku minum NightQuils Isnin (malam Selasa) tuh, so itu yang buat aku mengantuk tuh. Tapi, aku tak rasa itu sebab nya pasal tadi pun (Rabu) aku tetap mengantuk macam petang semalam jugak. Masa mengurut King Mongkut, tersengguk-sengguk aku, dia berdengkur, aku pun mengurut sambil pejam mata. Lama tangan aku tak bergerak-gerak, ekekekeke.
Ker sebab aku letih kot? Puas aku tanya orang (tanya member kat kelas, tanya doormen kat apartment tuh), diaorang kata aku letih sebab kerja tiap-tiap hari. Dah setahun lebih aku kerja tak henti-henti, itu pasal aku keletihan tuh, muka pun kelat aje. Aku rasa pun itu sebab nya.
Tak apa lah, dalam masa 2 minggu lagi aku akan dapat 5 hari cuti, dapatlah aku rileks nanti. Tapi, alaaaaaaaaaaaa, aku kan ker nak jalan-jalan, sure tak rileks nya lah nanti tuh.
Dan kedua-dua hari nih jugak, masa aku buat catherter kat King Mongkut, elok aje kencing dia, tak ada pun dah keluarnya cecair likat yang macam cream of mushroom soup tuh. Mintak-mintak terus elok gitu lah sebab aku bosan dengan King Mongkut nih, kalau ada silap sikit, dia mulalah nak menyalahkan aku (siapa lagi dia nak salahkan kalau bukan aku, sebab aku yang buat semua kerja tuh). Aku tekan kuat sangat perut dia lah, aku tak tekan perut dia masa cecair tuh keluar lah, aku taruk sikit sangat lube kat tube catherter tu lah, aku cepat sangat cabut tube tuh dari kote dia lah, semua tuh, macam-macamlah)
Eh, dah lah, aku tulis entry nih takat buat syarat aje nih benarnya. Esok dan hari-hari seterusnya aku kena buat rajin sikit lah, tak boleh jadi kalau macam ini nih. Weekend nih pun aku (kalau Ramon tak ajak keluar) nak melepak kat rumah ajelah.