Tuesday, October 23, 2012

JumaatSabtu0506062009


Jumaat

Hujan turun sepanjang hari, elok sangatlah tuh, boleh lah aku membuta sampai tengahari. Aku Sembahyang Jumaat kat Masjid Turki, then terus ke Jackson Heights for lunch, makan beriyani ayam. Sementara nak tunggu masuk kerja, melepak sambil mengopi kat Starbuck di Forest Hills. 

King Mongkut dah suruh aku kemas-kemas kan barang dia untuk dibawak bercuti ke Cape Cod Ahad nih. Tu dia, bersemangat sungguh maharaja tuh. Nak perginya 5 hari setengah aje tapi separuh dari almari barang-barang dia dipunggah. David balik lambat malam nih, itu yang dia ambik banyak masa nak fikir, apa yang patut dibawak. Menggeleng kepala aku menengoknya telatah King Mongkut tuh, sampaikan terkesian aku dibuatnya. Terfikir aku, kalau dia nih tak cacat, memang begini ker perangai dia? Memang perangai dia gitu tuh memang sejak azali lagi ker ? 

Sabtu

Bersemangat aku pergi kerja harinih sebab ini hari terakhir sebelum aku pun mula bercuti. Tak sangka, last aku cuti, setahun yang lepas, masa diaorang pergi Cape Cod. Gila babi lah kan, kerja hari-hari aku nih. Tapi aku nak buat macamana, dah begitu nasib aku, terpaksa kerja setiap hari. 

Diaorang tak ke mana-mana pun harinih, iyalah, masing-masing akan sibuk nak berkemas barang. David ke gym so lepas menyiapkan King Mongkut di bilik air, aku angkat dia ke katil dan aku siapkan kerja wajib aku setiap minggu, vacuum lantai etc. 

Resah aje King Mongkut masa aku mengurut dia, asyik tanya waktu aje kerjanya. Resah sebab nak suruh aku pack barang lah tuh. Sampaikan aku nak online (sesambil mengurut dia tuh) pun jadi tak tenang, asyik tanya jam aje, every 5 minutes dia tanya aku. Mulanya aku nak marah, tapi bila mengenangkan yang aku baru aje lepas marah dan bengang kat dia (dua tiga hari lepas), aku diamkan aje lah. 

Lepas lunch baru lah betul-betul menpacking barang, David mengepack barang dia, aku mengepack barang King Mongkut. Dah dipack, dikeluarkan dari beg, then disimpan semula, then dikeluarkan semula, berbalik-balik buat benda bodoh gitu lah. Sampaikan aku pelik, diaorang nih tak malu kat aku ker, nak pergi cuti for a few days pun mengalahkan bapok lagi mengepack pakaian. kaler tak match lah, baju nipis sangatlah (pasal nanti cuaca tak panas sangat, mostly windy dan scattered thunderstorm), baju dan seluar mana nak dipakai waktu malam, yang nak dipakai masa jalan-jalan, semuanya tu lah. Ker memang gitu style orang kaya gamaknya, semuanya susah bagi diaorang. Kalau gitu, baiklah jadi miskin macam aku nih, semuanya senang aje bagi aku, tak ada yang susah-susahnya. 

Diaorang tanya aku, samada aku dah siap packing untuk diri aku ker, sebab aku pun nak pergi cuti jugak, tak berapa jauh jugak dari Cape Cod tuh. Aku kata yang aku cowboy aje, aku tak fikir pun pasal nak packing-packing nih, aku bawak takat yang perlu aje. Dari jawpaan diaorang, aku tahu yang diaorang fikir yang aku nih nak travel style orang miskin. Memang style miskin pun, itu aku tak nafikan. Tapi, bila aku tanya apa diaorang punya plan kat Cape Cod tuh nanti, diaorang katalah yang diaorang biasanya melepak kat hotel, cuma keluar sekali sehari, jalan-jalan dalam sesejam dua gitu. Yaaaaa, bosan nya lah kan? 

Aku ingatkan sampai pukul 5 aje kerjanya tapi diaorang nak tengok dvd sesambil David kemas barang, so kitaorang tengok film Vicky Christina Barcelona (Scarlet Johanson, Penelope Cruz, Javier Bardem). Aku ingatkan bosan jalan ceritanya tapi aku tersuka pulak film tuh walaupun ending dia tak berapa best. 

Aku ada sms Ramon tanya dia kalau-kalau dia nak keluar merempit tapi tak dibalasnya, so aku ke Elmhurst, makan kat Coco Restaurant (restoran Malaysian/Thai), makan nasi sayur belacan campur. Kepala aku mula pening dah masa tuh (pagi makan roti sekeping, lunch pun roti sekeping taruk tuna salad), masuk angin agaknya. 

So aku decided nak balik aje lah, tak payah meempit mana-mana lah, sebab esok pun aku dah mula cuti, kan? 

Dah jauh malam baru Ramon talipun, rupanya dia dah kerja, kat restoran Peranchis di Upper West Side. Masa kitaorang makan kat Penang Restaurant last weekend, on the way ke subway station, ada aku terbaca iklan kerja waiter kat restoran tuh, itu yang aku ambik nombor talipun suruh dia cuba-cuba contact. Dapat pun dia kerja tuh, dah start Isnin lepas pun. Cuma aku pelik aje lah apa pasal dia tak kasi tahu aku pun, at least call lah aku kan, tak lah aku tertunggu-tunggu nak ajak dia keluar. Dia tak tahu ker yang aku kat sini tak ada kawan selain dia?