Isnin
Lepas Subuh aku tak tidur dah, aku buat homeworks aku yang salah satu nya, menghafal resipi masakan Latin America. Puas aku cari kat internet, resipi yang mudah-mudah, sebab kena buat presentation. Akhirnya aku pilih resipi dari Mexico.
Kat kelas Spanish tadi, sebelum presentation tuh, ditanya macam-macam pasal apa yang kitaorang buat last weekend. Cerita-cerita, rupanya Anna, CikGu kitaorang tuh, dia pun ada kat area Union Square malam Sabtu lepas. Dan cerita-cerita lagi, dia kata dia selalu makan kat satu restoran India kat Jackson Heights (kat sebelah restoran yang aku selalu pergi tuh). Cerita-cerita lagi, kitaorang dulu rupanya tengok wayang sama-sama, masa filem Sin Nombre. Ish, banyak pulak terkebetulannya, sampaikan Anna pandang aku sambil kerut-kerutkan dahi.
Aku rasa, diaorang yang kat kelas aku, pandang aku macam memboringkan aje. Sebab diaorang baru tahu yang aku tak minum, tak makan babi, aku tak cerita pun yang aku tak makan daging tak sembelih. Kalau aku cerita sure akan lebih boring nya aku di mata diaorang, kan?
Aku tak tahu pun yang David off hari nih, masa aku sampai kat apartment diaorang, dia ada. So tak lah lama aku mengurut King Mongkut sebab dia nih kalau adik dia tuh ada di rumah, dia nak berkepit dengan adik dia aje lah kerja nya. Memang aku suka macam tuh, aku boleh lah melepak sorang-sorang sambil tengok tv kat dapur.
Selasa
Kemalasan aku berbalik semula, aku melepak aje seharian, lepas tidur, tidur. Ada jugak aku bangun untuk pergi breakfast (see, punya lah malas nak buat breakfast sendiri, sampai terrajin pulak bersiap-siap untuk breakfast kat luar), jalan kejap seround kat Chinatown, lepas tuh balik rumah, sambung tidur semula.
Lunch pulak, kat Pinang Restaurant, itu pun aku sampai awal sebab aku lunch special diaorang sampai pukul 3 aje. Makan lunch special nih dah lah murah, dia punya portion pun sikit. Aku kan ker makan nya sikit aje?
Awek Indo tuh beritahu aku, dia kata Ramon dah berhenti kerja. Terkejut dia bila aku kata aku tahu, Sabtu dan Ahad lepas kitaorang pergi makan dan tengok wayang sama-sama.
Tadi, masa dinner, kitaorang sembang pasal swine flu, pasal ubat. Aku katalah yang antibiotik yang Doktor kasi tuh aku dah tak makan sangat dah (makan masa ingat aje), diaorang yang hidupnya asyik makan ubat aje kerjanya, apa lagi, dilecture nya aku. Lepas tuh David siap print kan a few pages articles pasal antibiotik.
Masa tuh aku tengah nak mengangkat King Mongkut ke atas katil. Then King Mongkut, yang mulut taruk kat kote, yang akal taruk kat bontot tuh, mulalah buat hal. Dia kata yang from now on, aku kena make sure aku nih kena bersihkan anggota badan aku lebih-lebih, sebelum sentuh dia, sebelum buat catherter kat dia. Terbakar lah aku kan? Aku tanya dia, sebersih mana lagi dia nak aku buat? Aku tanya dia, selama ini aku tak cuci tangan ker the moment aku sampai aje apartment diaorang, bila dia kata aku kena bersihkan tangan aku. Dan bila dia kata masa buat catherter aku kena sanitize tangan dan kote dia, aku tanyalah dia yang selama ini aku tak buat macam yang dia kata tu ker? Selama ini aku tak pakai gloves ker? Dia cakap aje, aku smash dia, aku bantai dia balik.
Sampaikan David terkejut, dia pandang jer aku yang masa tuh dah tak peduli apa dah. Walaupun aku ada terfikir yang selama ini aku tak pernah berkasar/marah di depan David, tapi aku nak dia tahu yang aku memang marah masa tuh. Dia pun senyapkan aje masa aku marah/melawan cakap King Mongkut tuh. He knows very well yang abang dia tuh memang banyak sangat taik palat nya.
"Just don't drop me on the floor, Joe", kata King Mongkut, masa aku mengangkat dia naik ke katil. Ha, tau pun takut, tau pun dia yang aku marah. Itulah, bercakap tuh tak ikut otak, ikut suka aje. Dia tak tahu ker yang aku meluat sangat menengok dia, menjaga dia, merawat dia. Aku meluat sangat dengan cekadak dia, dengan songehan dia. Tak kadar diri langsung yang dia tuh cacat, sampaikan orang yang lembut hati macam aku nih pun boleh jadi meluat menengoknya.
Jadi bodoh aje aku sepanjang malam, jadi tak sedap hati gitu. Bengang aje.......