Thursday, October 11, 2012

03042008


Minggu lepas ada Heru YM aku beritahu yang dia nak berhenti kerja di restoran Jepun tempat dia kerja tuh. Dan dia nak datang ke New York, untuk taruk barang kat bilik aku. Then nak ke Phila untuk ambik gaji. Lebihkurang gitu lah plan dia. 

So malam yang dijanjikan tuh aku bergegas ke Port Authority Bus terminal, lepas aje habis kerja. Sebab Heru janjinya sampai dalam pukul 9 gitu, just in time lah kalau aku bertolak dari Forest Hills dalam pukul 8-30 malam, selepas habis kerja. 

Aku tunggu-tunggu, tak ada pun kelibat dia, bila aku talipun, tak dapat connect. Mungkin dia masih dalam bas, so aku merayap-rayap di sekitar 42nd Street tuh. Sempat pergi Restoran Pakistan yang aku pergi sama Syed dulu tuh, makan briyani lauk kambing. 

Dekat pukul 10 baru Heru talipun, dia kata dia tak dapat datang malam tuh sebab urusan dia di New York dia batalkan. Bengkek aje aku mendengarnya tapi aku buat selamba aje. Dia tak tahu pun aku bengang. Mana aku tak bengangnya kan? Patutnya dia talipun aku awal-awal, kalau tak pun, tinggalkan mesej kat cellphone aku. So, tak adalah aku membazir duit dan tenaga dan masa bekejar ke station bas tu kan? 

Tapi itulah diaorang nih, benda-benda gitu tak pernah nak fikir, cuma fikir nak senangkan diri aje. Senang-senang aje dia susahkan aku, susah-susah aje aku nak cuba senangkan dia. Lepas pada tuh, niat aku nak duduk sama dia pun terus luntur. Baik aku duduk sorang-sorang aje lah, bukannya aku tak mampu, kan? Nanti sure ada problemnya lah kalau duduk berdua, walaupun aku tahu yang Heru tu ok lah orangnya. Aku pernah duduk sebilik dengan dia. 

------------------

Aku nih dah tua gamaknya, mudah lupa. Sekali nih, aku taruk kat status YM aku yang aku dah bukak blog aku (sekarang nih aku announce kat YM aje bila masanya aku bukak blog untuk orang baca. Malas aku nak invite-invite orang, nanti ada orang salah guna kan penginvitetan tuh kan?, then aku selamba aje taruk url blog aku yang baru. Little did I know yang Heru online masa tuh. Dia terus YM aku, beritahu yang dia tengah baca blog aku. Adoii, bulan kantoi rupanya, dahlah Syed tahu url blog aku, ini Heru pun sama. Secepat kilat aku tutup blog aku dan terus ajelah aku setkan stealth setting kat nama Heru tuh. So, from then on dia tak nampak aku online dah. 

Ok, habis bab tuh.

------------------

Saturday aku kerja dari 10 am so awal pagi lagi aku dah keluar. Sebab aku nak breakfast, lagipun kalau weekend, trains tak berapa banyak. Weekends memang aku pergi kerja awal-awal, sebab dua hal tu lah. Dan aku off kan cellphone aku. Sepanjang hari. Aku, sebagai Bangla, cellphone bukanlah necessity. Cellphone aku jarang berbunyinya, memang tak ada siapa yang call pun, dan aku tak expect akan ada call pun. Calls sebab salah nombor aje yang aku expect. So aku tak kisah langsung kalau cellphone aku off seharian.

Malam tuh, bila aku dah nak tidur, aku on kan cellphone aku, as expected memang banyak messages dari Heru. Sampaikan tak larat aku nak mendengarnya. Rupanya dia ada datang ke rumah sewa aku. Sakan dia marah kat aku, dia kata aku penipu besar. Dulu aku ada beritahu dia yang landlord aku orang Indo, tapi yang bukakan pintu, dan yang tanya dia tuh bukannya orang Indo. Tapi Cina (yang duduk di lantai satu) dan Mamat Bangla yang di sebelah bilik aku. Kebetulan pulak landlord aku tak ada, ataupun tengah tidur. 

Memang salah dia lah kan, datang tak kasi tau aku. Mungkin jugak dia ada cuba contact aku sebelumnya tapi tak dapat sebab aku off kan cellphone, YM pun aku dah permanently offline kan dia. Mungkin jugak dia ingat, since tuan rumah tuh orang Indo, dia boleh datang sesuka hati, dan kalaupun aku tak ada di rumah, sure orang Indo tuh akan benarkan dia lepak di situ sementara tunggu aku balik kerja, kan? Silap lah tuh, this is New York lah. 

Lagi satu silapnya, rasanya aku ada beritahu dia yang aku kerja dari pagi kalau weekends. Dia sure ingatkan aku kerja petang setiap hari, even hari-hari weekend. Dia sure ingatkan yang aku masuk kerja pukul 4-30 jugak hari tuh. 

Dari messages dia tuh, dia kata yang dia datang ke rumah sewa aku dan since aku tak ada, dia terpaksa ke Philadelphia, dengan membawak beg-beg yang besar, berat dan banyak. Terus aku terbayang kan beg dia yang punyalah besarnya tuh, yang boelh taruk folded-bike tuh. 

Itulah, berbakul-bakul dia kutuk dan marah aku kat dalam voice mail tuh. Aku off kan balik cellphone aku, dan malam tuh aku pun awal tidurnya. Iyalah, esoknya aku akan masuk kerja awal pagi jugak. Lagipun, tak ada sesiapa online kalau masa hujung minggu. 

Tengah sedap-sedap tidur aku terjaga, aku rasa macam ada orang panggil nama aku kat luar tuh. Rasa macam bermimpi pulak sebab bila aku sedar, tak ada pulak suara. So aku tidur semula, then ada balik orang panggil nama aku. Aku mimpi ker? Tak pasti pulak aku bermimpi. Macam Mimpi Yang Tak Pasti lah kaedahnya. 

Tak lama lepas tuh ada orang ketuk bilik aku, aku kenal siapa yang ketuk tuh sebab dia tanya aku dari luar, "Joe, you in there?". Mamat Bangla tu lah. Aku diam kan aje, aku tunggu dia ketuk lama-lama tapi tak ada pulak. Aku pun terus aje lah sambung tidur bila lama aku tunggu-tunggu, macam tak ada bunyi bising dah. Sah lah aku mimpi tadi tuh. 

Pagi esoknya, dalam kelam kabut nak pergi kerja, sempat aku check voicemail aku. Rupanya Heru yang panggil aku semalanya tuh. Rupanya dia datang lagi sekali ke rumah sewa aku. Tak terkata apa lah aku, pelik jugak apa pasal aku tersedar masa dia panggil nama aku tuh? 

Aku berbelah bagi samada nak talipun dia pagi tuh, iyalah, aku akan kerja sampai petang hari tu tuh. Lastnya tak ada lah aku menalipun dia, aku biarkan aje cellphone aku off lagi sehari. 

Macamana pun aku rasa macam guilty sesangat pasal tak contact Heru. Sampaikan aku ada terconfess sama Hal, aku mintak nasihat dia. Hal selamba aje kata yang itu bukan salah aku, "You thought you were dreaming", kata H*l. "He should have called you first....", kata Hal lagi. Terlega lah sikit aku mendengar jawapan Hl tuh, tak ada lah aku rasa macam guilty sesangat. 

---------------------------

Aktiviti kitaorang hari tuh, pergi Roosevelt Mall kat Long Island. Sebab David nak beli bantal. Mamposlah gelagat orang kaya-kaya nih, beli bantal pun yang harga $125, dua bijik pulak tuh. Nasib baik tak beli tilam yang harga sampai enam tujuh ribu sebjik tuh, sebab kalau tengok gayanya menrynya, memang macam David nak rembat aje tilam mahal tuh. 

Sebab terlama kat Mall tuh, kitaorang tapau aje lah makanan untuk lunch. Lepas kasi Hal makan, dia mintak aku dudukkan dia kat throne sebab dia nak berak. Dan aku pun nak habis kerja pukul 6 tuh. 

Sebab dah biasa, dan dah rasa senang aje nak masukkan Enzyma (liquid) ke dalam bontot Hal, aku tak pakai gloves pun. Hal bukannya nampak, sebab dia menonggeng, so aku, sambil pandang siling, aku raba-raba ajelah lubang jubur Hal tuh, guna muncung botol Enzyma yang panjang tuh. Bila rasa macam betul aje itu lubang jubur dia, aku rodokkan botol tuh, dan aku picit kuat-kuat so that liquid tuh masuk dalam jubur dia. Tah apa pasal tah, tak semua liquid tuh masuk, banyak yang tertumpah kat dalam toilet bowl, sampaikan Hal jadi marah, merungut-rungut dia. Aku pun marah lah jugak jadinya, siap aku suruh dia diam sebab aku yang tengah mengusahakan bontot dia tuh. Dalam aku tengah bingung apa pasal Enzyma tuh tak masuk sedangkan aku rasa betul dah lubang jubur Hal tuh (tak kan aku nak raba guna jari, gila ko!), Hal cepat-cepat suruh aku tegakkan dia sebab dia rasa dia dah nak terberak. 

Zussssssss!!!!!!!!Prekpekpekpeks.....gitulah kuatnya bunyi Hal berak, sampaikan terbersembur taiknya, tanpa sempat aku larikan tangan aku. So, kena taik lah tangan aku. Patutlah Enzyma tuh tak masuk semuanya, ada segerombolan taik yang berkawal di pintu jubur Hal tuh rupanya, kata aku dalam hati.

"Shit!", kata aku.

"Fuck!", kata aku dalam hati.

"What happened?", Hal tanya aku. Terus aku halakan tangan aku kat dia, sambil tunjukkan hasil tangkapan aku. Nasib baiklah tangan aku tuh aku genggamkan, kalau tidak......

"Oh I'm sorry", kata Hal. Aku macam terpinga-pinga tak tau nak buat apa, Hal pun macam tak tau nak kata apa, lagipun dia tengah sibuk berak. 

"Holy shit!", kata David bila dia terbau bungkusan tissu paper yang aku buangkan dalam trash kat dapur. Kalau dia tau lah yang tangan aku kena taik (aku dah kesat dulu kasi buang), sure lagi hebat dia mencarutnya. 

Aku masuk semula ke bilik air sebab nak basuh tangan, Hal tak habis-habis mintak maaf dengan aku. Aku terus hilang rasa nak marah, aku tak marah pun sebenarnya. Mungkin sebab terkejut sangat kena taik tuh. Wakakakakakak

Punyalah aku kesian kat Hal yang kalau tengok air muka dia, bodoh aje sambil mintak maaf dengan aku. Sebab kesian, sebab tak nak dia rasa malu, aku pun sembang-sembang lah dengan dia kat bilik air, macam-macam aku tanya. Selalunya kalau dia berak, aku biarkan aje, tapi hari tuh aku layan dia sembang, solely sebab aku kesian dengan dia yang termalu sebab memancutkan taik ke tangan aku.

Tak jadi aku nak makan tuna sandwich yang David sediakan untuk aku tuh, terus aje aku tapau untuk bawak balik. Masa tu pun dah lewat sebenarnya. Aku jadi happy semula bila David bayar gaji sebelum aku blah. 

Masa dalam train, sambil tungkat dagu dengan tangan kanan yang aku taruk kat tingkap train, aku dok fikir macamana nak buat dengan Heru tuh, nak talipun dia ker atau nak buat senyap aje. "La, berbau lagi tangan aku nih", bila aku terhidu tangan yang menongkat dagu aku tuh. Terus aku jadi insaf. Agaknya ini balasan sebab aku tak tolong Heru gamaknya. Dibalas dengan taik. Tersengih sorang-sorang aku jadinya, sambil geleng-geleng kepala.