Dah siap berpakaian, Hal ikut aku turun ke dapur pulak lah kan? Pasangkan tv, so dia tengok tv sementara aku sediakan kopi dan juice untuk breakfast dia esoknya. Bukan apa sangat pun, masukkan kopi ke coffee mixer, tuangkan juice ke dalam bekas air dia. Itu aje, senang aje kerjanya kan? Tapi, with Hal ada kat situ, kerja yang senang gitu tuh jadi susah ya amat.
Nak bukak kitchen cabinet kena slow-slow, nak bukak fridge pun kena ada aturan, nak sukat kopi kena betul-betul, pendek kata, nak buat sesuatu tuh semua kena ikut style dia. Tensen jadinya. Kadang tuh, kalau David balik kerja agak cepat, dan bila Hal tak ada di dapur, aku buat benda tuh sekelip mata aje.
Lepas tuh, panaskan soup. Hal makan soup setiap petang. Aku yang suapkan. Biasanya by that time, David dah balik kerja, so Hal akan ke bilik, dia nih macam tak boleh berenggang dengan adik dia tuh. Masa diaorang kat bilik, aku buatlah apa-apa yang patut. Tak ada kerja apa sangat pun, lap-lap apa yang boleh dilap. Then aku tengok tv aje lah, tengok Cash Cab. Diaorang tengok jugak, tengok kat dalam bilik. Aku tengok kat dapur. Selalu masa tengah quiz tuh, mak David akan talipun, nak tanya answers to the quiz. Mak diaorang duduk kat area situ jugak, a few blocks away aje.
Seterusnya penyediaan dinner. Biasanya diaorang order aje makanan, sekali-sekala aku disuruh pergi beli pizza kat luar. Best jugak, boleh aku jalan-jalan. Sekali seminggu, aku disuruh prepare salad. Aku suka tuh sebab at least ada kerja yang betul-betul kerja. Potong timun, bawang besar, lettuce, taruk tomato, chick peas, tuna salad, raisin, walnut, apa-apa tah lagi. Biasanya salad tuh tahan untuk 2 kali makan, diaorang makan untuk malam esoknya. Aku sekarang dah tak makan sama diaorang, malas lah aku. Diaorang pelik apa pasal aku tak nak makan tapi aku kata lah yang aku biasanya dinner dalam pukul 10 gitu, lepas balik kerja. Sekarang nih, kat apartment diaorang, cuma aku akan makan lunch aje, kalau weekends tuh. Selainnya, aku cuma minum air.
Dah bersih-bersihkan apa yang patut, dah kasi Hal makan pill, diaorang masuk bilik, tengok tv. Aku, mengemas-ngemas apa yang patut, buang sampah, lap meja, things like that. Dalam 7-45 malam, Hal akan ke bilik air, aku yang tolong dia cuci tangan, muka, gosok gigi. Then siapkan tempat tidur dia. Sesambil tuh tengok tv sama diaorang, biasanya tengok American Idol. Sabar lah diaorang nih, dah tua bangka pun suka tengok American Idol.
Dalam pukul lapan suku, kena pam kencing H*a lah pulak. Dia kencing dalam botol, so aku kena masukkan kepala kote dia ke dalam muncung botol, then dia pegang botol tuh. Then aku kena tekan perut dia dengan dua-dua tangan aku, sekuat-kuatnya, sampailah air kencing dia terpancut. Letih gak nak menekan perut dia tuh, tambah-tambah kalau dia kurang minum di sebelah siangnya, dan tak ada air yang nak dikencingkan. Mulalah dia menyalahkan aku, kata aku tak tekan kuat-kuat, sedangkan aku dah habis tenaga menekan perut dia tuh. In that case, dia akan suruh David yang tekan, sebab David nih gemuk, berat.
Yang tak dayanya kadang tuh, tekan perut dia, harapkan kencing yang keluar, tapi every time aku tekan, dia terkentut-kentut. Bersahut-sahutan pulak tuh. Puaslah aku menahan napas, sesambil menekan perut dia tuh.
Lapan setengah aku habis kerja. Masa balik nih biasanya aku tak singgah di mana-mana, terus aje aku berkejar-kejaran kat tiga-tiga subway stations tuh, so biasanya dalam masa sejam aku dah sampai ke area rumah. Dah jadi habit, aku akan singgah kat kedai runcit yang memang banyak berkeliaran di kawasan aku duduk nih. Ada aje barang makanan yang aku beli.
Dah sampai rumah, online sekejap, sesambil menalipun Redang Island, nak order makanan. Sekarang, dalam seminggu, adalah tiga atau empat kali aku order makanan dari restoran tuh. menu yang sama, tumis sotong, atau tumis udang, atau rendang udang. Kadang tuh kankung belacan, assam laksa, mee curry.
Semenjak dua menjak nih aku masuk tidur tuh agak cepat, kadang belum pukul 11 aku dah tidur (Tapi sure nya lah dalam pukul dua tiga pagi aku akan terbangun sekejap, then online barang sesepuluh minit)
Kalau weekends, lain pulak ceritanya. Biasanya aku sampai ke kawasan apartment David tuh sebelum pukul 9 pagi, so aku akan ke bakery tuh untuk breakfast. Sesambil online. Weekends aku bawak laptop. David sama Hal baru lepas breakfast biasanya masa aku sampai tuh so terus aku cuci apa yang patut kat sinki tuh. Since diaorang lepak tengok tv, aku mop rugs, dan lap lantai. Tak ada sampah kotoran pun biasanya. Then aku tengok tv aje lah sementara tunggu kalau-kalau diaorang ada plan nak keluar. Kalau tak ke mall, pergi tengok wayang, itu aje aktiviti diaorang. Kalau tak, David akan ke gym, atau pergi jumpa kawan-kawan dia.
So tinggallah aku sama Hal kat rumah. Aktiviti utama, cukur kan Hal, cuci muka, tangan. Kadang aje sponge-bath kan dia. Dah dua kali dah dia beritahu yang dia rasa gatal sebab bulu kat lubang bontot dia panjang. Mak oii, janganlah dia suruh aku yang cukurkan bulu lubang jubur dia tuh, mintak-mintak dia suruh caregiver Filipino tu lah nanti buat benda-benda cukur tuh.
Entah, the rest of the day tuh tak ada buat apa pun, kadang dia suruh susun baju, betulkan itu ini. Terasa lama sangat masa kalau macam tu tuh, bosan aku jadinya sebab tak ada apa nak dibuat.
Kalau David ada balik, lunch kitaorang sure nya tuna sandwich. Kalau dia tak ada, aku akan ke kedai pizza. Aku singgah gak kat bagel shop beli sandwich, sebab aku tak makan pizza.
Petang, buat benda yang sama lah, urut Hal, atau temankan dia tengok tv. Atau, kalau dia nak online, aku yang navigate kan. Nak klik mana-mana link tuh kena klik sekali aje sebab kalau klik dua kali, internet charge didoublekan, kata Hal. Bodoh punya Doktor, dia ingat aku nih bengap sangat.
Yang paling aku tak suka kalau weekend tuh, terpaksa jaga Hal nak berak. At least sekali, biasanya sekali aje. Kalau tak Sabtu, sure Ahad tuh. Itu lah kerja yang aku paling malas sekali, tapi aku nak buat macamana kan?
Dan biasanya masa ini lah aku jadi either marah sangat atau terkesian sangat dengan Hal tuh. Well, sebenarnya kan, hampir setiap hari akan ada aje benda yang buat aku bengang kat Hal tuh. Setiap hari. Kalau lah aku ikut perasaan, dah lama aku berhenti kerja situ tuh. Sebab itulah, tak tahan dengan kerenah dia yang cerewet sangat tuh. Seingat aku, dah dua kali aku beritahu Hal yang kalau dia tak suka aku, cari aje orang lain sebagai pengganti.
Sebab kadangnya cara dia tuh macam dia tak suka kat aku. Aku nih kan ker sensitif orangnya? Lagipun, aku bukannya suka sangat kerja caregiving nih (selain dari sebab gaji), kalau aku suka, apa pasal aku rasa malas sangat kalau masa nak pergi kerja tuh, walaupun kerjanya cuma 4 jam aje sehari kan?
"I don't want you to go, Joe", gitu kata Hal, so dari situ aku tau yang dia bukannya marah atau tak suka aku cuma perangai dia tu lah, cerewet teramat. Bab itu aje yang aku tak tahannya. Sampaikan aku selalu kata dalam hati, "Orang tua nih, patutlah Tuhan jadikan dia cacat, cerewetnya lebih-lebih sangat". Atau, "tak sedar diri tuh cacat orang tua nih". Macamana pun, aku nih cepat cool orangnya, ditambah pulak bila aku fikir yang aku tak akan dapat gaji sebaik itu dah kalau aku kerja tempat lain. Aku fikir jugak yang orang lain tuh dibayar gaji minimum wage aje sejam, aku pernah dapat gaji way below minimum wage pun, dan sekarang nih gajinya 3 kali ganda dari minimum, tak kan aku nak berhenti pulak kan?
Aku kena accept him the way he is lah kan? Sehingga aku dapat kerja yang lebih bagus, yang gaji lebih tinggi. Masa tuh nanti aku tonggeng kan bontot aje lah kat Hal, macam dia tonggengkan bontot suruh aku cuci jubur dia tuh kan?
Iyalah kan, kita janganlah mudah berpuas hati dengan apa yang kita dapat kan? Kena lah sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memperkukuhkan ekonomi seharian kan?
David sama Hal tau yang aku nih good in geography/travel dan music (kalau soalan kat Cash Cab tuh pasal geografi, atau nama-nama tempat, sure diaorang tanya aku) so kitaorang selalu sembang pasal benda tu aje lah dengan aku. Aku tak suka sangat sembang pasal travel sebab diaorang tuh cuma pernah sampai London aje, kampung sangat kan? Wakakakkaka, aku tak nak diaorang terasa rendah diri, aku ada tercerita yang masa aku student dulu aku pernah merayau kat Europe for about 18 months. Ternganga lah mulut diaorang kan?
So aku lebih suka sembang pasal lagu-lagu, atau pasal tv shows yang lama-lama. Aku selalu tanya diaorang pasal British singers pasal ada jugak penyanyi yang so huge in the UK, tapi tak terkenal langsung kat US nih. Dan since diaorang tuh orang lama, sure lah aku kena tanya pasal penyanyi lama-lama kan? Diaorang tanya aku, tau dak singers like Shirley Bassey, Earta Kitt gitu tuh? Manalah aku tau, walaupun aku pernah dengar nama.
Bila aku tanya diaorang, tau dak Bananarama, Cliff Richard, Alison Moyet, Black, T'Pau, Curiosity Killed The Cat, penyanyi-penyanyi tahun 80an, diaorang tak tahu pun. Untung aku masa sekolah dulu aku suka selongkar beg kakak aku yang tergila-gila sangat kat Wham! sampai berangan nak kawin sama Andrew Ridgley. Sekarang nih diaorang hooked kat lagu-lagu Alison Moyet, so balik-balik pasang youtube.com lagu-lagu All Cried Out, Weak In The Presence Of Beauty, Love Letter aje lah kerjanya diaorang tuh.
Aku layan kan aje.
You took your time to come back this time
The grass has grown under your feet
In your absence I changed my mind
And someone else is sitting in your seat
I know that I said that there'd be no-one else
I know that I said I'd be true
But baby - I burned Cupid's arrow
And here's the short and narrow
I've nothing left to offer you
'Cause I'm all cried out
You took a whole lot of loving for a handful of nothing
All cried out
It's hard to give you something when
You're pushing and shoving me around
So don't look surprised there was no disguise
You know where I stood from the start
So stop - look around you
You're right back where I found you
Take back your cold and empty heart
You go your way
I'll go mine
I won't stay around here
Don't waste my time
All cried out.......
Kalau dah siap semuanya, dah baringkan Hal kat katil, aku mintak diri lah untuk balik. Diaorang suruh aku tunggu sampai pukul 6 tapi aku tak nak, kalau tunggu sesambil buat kerja tuh oklah kan? Lagipun, weekends aje lah aku rasa nak merayau ke mana-mana pun, so lepas balik kerja biasanya aku singgah kat Times Square, jalan a few rounds, baru lah balik. Itupun kadangnya aku singgah kat Chinatown.