Malam tuh aku tak keluar pun sebab I was glued to the internet, nak tengok results pasal Election 2008. Macam tak percaya aje yang Opposition boleh tawan sampai 5 States. Hmmm, Malaysians are not that bodoh after all, kata aku dalam hati.
Besoknya aku pergi kerja lewat sikit dari semalamnya, lewat dalam masa 20 minit gitu lah, still aku sampai kat apartment David tuh way before 10 am. Terus aje lah tolong Hal kat bilik air, then pakaikan dia pakaian. Siksanya, nak pakaikan pampers, underwear, seluar, semuanya kena dibuat sambil dia berbaring. By 11 kitaorang dah ready, aku pakai all black, semua orang pakai kaler hitam. Pukul 11-15 sharp, limo sampai. Macam kelas aje aku, naik limo, for the very first time in my life. Lupa nak bawah spek hitam, kalau tidak, sure nampak lebih kelas, kan?
Kat New Jersey letaknya cemetry tuh so perjalanan adalah dalam 45 minit gitu, sebab diaorang terpaksa ke rumah mayat dulu nak tunggu keranda. Limo kitaorang yang disuruh mengekori kereta mayat sebab dalam limo tuh ada mak dan kakak Hal/David. Jugak maid mak Hal, perempuan Filipino. David sama Hal nih adik beradik tapi berlainan mak.
Dah sampai ke cemetry, kena pulak tunggu dalam kereta, dalam setengah jam gitu sebab diaorang kena sign a few papers, lepas tuh adalah dikasi penerangan macamana upacara nak dijalankan. Aku tengok kat belakang, berderat kereta menunggu, ramai jugak rupanya yang datang pengebumian tuh. Bapak David/Hal nih dulunya macam terkenal jugak kot, dia jadi Chairman banyak organisations.
Macam yang dijanjikan, service mula pukul 1-00, aku sama Hal tak lah tunggu dalam limo aje. Instead, kitaorang angkat Hal ke dalam wheel chair, then aku tolak wheel chair tuh ke tepi jalan. So kitaorang lepak di tepi jalan aje lah, diaorang tuh semua nun di atas bukit, kubur bapak David/Hal tuh lot bukit rupanya.
Dalam setengah jam lepas tuh barulah semuanya bersurai. The whole time tuh aku bayangkan macam aku tengok movie aje, sebijik macam dalam movie aje gayanya. New experience to me. Macamana pun aku bersyukur yang aku tak disuruh turut sama ke kubur. Balik tuh cuma aku, David dan Hal aje dalam limo sebab orang lain naik limo yang lagi satu, diaorang pergi lunch, kitaorang tak join diaorang.
David suruh aku kerja sampai 6 petang sebab dia kata diaorang akan ada tetamu yang nak datang nak kasi condolence gitu. Isnin sama Selasa pun diaorang ada buat open house gitu so aku pun expect akan kerja lewat sikit untuk dua hari tuh.
Lepas lunch, lepas basuh pinggan, sebelum nak urut Hal, uruskan pasal dia nak berak lagi. David beritahu aku supaya jangan terkejut sebab biasanya Hal tak akan berak 2 days in a row macam tuh. Weekend biasanya sekali aje. Hari-hari lain, dia berak sebelah pagi, masa caregiver yang sorang lagi tuh kerja. I did better than yesterday, cari-lubang-jubur wise lah. Sekali cucuk aje dah termasuk ke dalam. Nak angkat Hal turun naik throne pun macam dah senang sikit sebab dah tau caranya. Semalamnya tuh punyalah siksa aku dibuatnya.
Dan aku semakin boleh terima hakikat yang that's part of the job, part of the deal. Dan aku terfikir, katalah aku jadi macam Hal tuh, sure helper aku akan berfikiran yang sama macam apa yang aku fikirkan masa tuh. Terus aku cuba ingatkan diri aku yang nanti malam aku nak tonggengkan bontot aku depan cermin, nak tengok macamana keadaannya. Sure tak lawa kan?
Sampai pukul 5 aku urut Hal, then siapkan dia berpakaian sebab ada guest nak datang. Masa guest datang tuh, aku kat dapur aje lah, tak buat apa pun. Sebelum aku blah pukul 6 tuh, aku beritahu Hal, then kawan dia yang datang tuh terus menyampuk, "You take a very good care of my friend, ok?", dia kata kat aku gitu.
"He's good, I rate him 9 out of 10, kata Hal. "I give him 98% mark", kata David dari dalam bilik. Rupanya dia tengah mengira duit gaji aku sebab gaji dibayar setiap Sunday. So happy jugak aku, dua hari kerja dah dapat gaji. Dapatlah 200 lebih sikit untuk kerja for that weekend.
Malam, kitaorang makan kat Redang Island lagi, tak ada tapau untuk besoknya pun sebab aku cadang nak masak. Mamposlah kalau hari-hari makan kat luar, at least aku nak buat kelainan sikit besoknya, lagipun weekdays aku start kerja pukul 4-30 petang.
----------------------------
Ok, cerita pasal Syed pulak. Biasanya, masa aku tidur Syed akan guna laptop aku. Dan masa aku kerja pun, aku dah tinggalkan laptop kat rumah. So dia memang ada access to the internet lah, untuk dia cari kerja. Ada dia dapat satu interview nih, aku pun tak tahu dari mana. Kerja carpentry. Besok paginya tuh dia dapat call dari this guy yang nak set up kan interview. Aku dengar-dengar gitu ajelah. The guy tanya Syed, dia ada degree, ada MBA, apa pasal nak kerja carpentry pulak kan? Syed dengan naive nya kata yang dia nak kerja tuh sebagai batu loncatan, nak cari experience, sebab dia kata dia ada experience kerja-kerja office so it's about time dia cari kerja yang lain sikit.
Aku macam tak setuju aje bila dengar dia kata gitu, jugak bila aku tahu yang dia ada beritahu yang dia ada Degree, ada MBA, tapi nak kerja carpentry. I mean, apa ke jadahnya nak beritahu itu semua kan? Employer bahlol aje yang akan ambik orang yang ada MBA untuk kerja labor job gitu kan? Aku senyapkan ajelah sebab Syed macam confident yang dia akan dapat kerja tuh, siap buat plan lagi yang dia nak belanja aku sama kakak tiri dia yang kat DC tuh nanti, lepas dia dapat first pay-check.
So besoknya, lepas balik kerja, terus aku talipun Syed, ajak keluar makan. Dia tak dapat kerja tuh, Mat Salleh tuh nak kan orang yang ada experience. Masa tu lah aku beritahu Syed yang lain kali, kalau nak apply kerja "bodoh-bodoh', jangan beritahu yang dia tuh ada Degree, ada MBA semuanya. Aku senyapkan ajelah bila dia tanya aku, "Apa pasal?".
Besoknya kitaorang keluar ke Chinatown Brooklyn, sebab aku nak beli beras, nak masak. Aku beli udang, sayur, telor etc, nak buat nasi goreng.
"Kau jangan expect aku akan sediakan makan setiap hari, pandai-pandai kau lah kalau nak makan. Telur ada, maggi mee ada, semuanya ada, kau buat sendiri lah", aku sound gitu kat Syed masa tengah makan tuh. Aku dah bosan dah benarnya sebab sejak dia ada, aku asyik fikir apa yang nak dimakan, dia rileks aje. Tak sampai lah hati aku nak pergi makan sorang-sorang kan? Tapi, dia nih jenis ambik kesempatan pulak tuh, itu yang aku tak dayanya tuh.
--------------------------
Isnin dan Selasa minggu lepas aku kerja sampai 9-30 malam (5 jam) sebab open house tu lah. Tak ada lah ramai sangat orang datang, dalam lima enam orang aje tapi, sebab style orang kaya, semuanya kena ikut protokol gitu. Isnin, 5 orang yang datang. Dan sepanjang diaorang sembang tuh, aku kat dapur aje lah. Punyalah bosan, Tuhan aje yang tahu. Selasa lebih bosan sebab ada dalam 10 orang yang datang, walaupun tak serentak. Mak David aje yang macam nak sembang dengan aku yang berdiri kat dapur tuh. Takat tegur-tegur gitu ajelah, dia pakai mink coat yang panjang tuh. Tengok aku pun melalui anak mata aje lah. Macamana pun, baik orangnya gayanya mak David tuh.
Masa melepak kat dapur tu lah baru aku rasa aku dapat baca perasaan orang-orang gaji orang Indon yang kat Malaysia tuh. I did exactly apa yang diaorang buat, belek-belek kuku, not knowing what to do sementara tunggu guests balik. Then again, diaorang patutlah sanggup buat-buat bodoh gitu kan? Sebab diaorang memang bodoh, tak educated, dari kampung kat ceruk Indo pulak kan? Aku? Aku tak bodoh, aku ada Degree (dari UK pulak tuh wakakakakka), aku orang KL, I don't deserve to be doing this.
Tapi.... tak apa lah, aku tak buat apa-apa pun dibayar 15 dollars sejam kan?
---------------------------
"Tak kan kau nak lepak aje, kau tak nak cari kerja ker?", aku tanya Syed malam tuh bila dia kata dia dah give up nak cari kerja. "Kau nih mudah sangat give up lah, baru sekali dua cari kerja, dah putus asa. You have to keep on cari, jangan banyak dalih lagi", aku kata gitu.
So mula dari situ, kitaorang start bertekak. Baran jer aku jadinya sebab dia tuh ada aje jawapannya, jawapan bodoh-bodoh gitu lah. More pada alasan tak nak kerja.Aku tahu yang aku tak akan sampai hati nak halau dia tapi ada a few times aku beritahu dia yang kalau dia tak suka aku asyik dok menasihati dia, dia boleh keluar. Dan aku beritahu dia yang aku sekarang dah letih nak melayan dia, aku tak pernah expect yang dia seteruk itu orangnya.
"Tak kan aku nak kerja jadi kuli Joe, butuh lah aku nak buat semua tu", kata dia gitu. Nak tergelak aku mendengarnya sebab dia nih tak ada rupa Melayu langsung, itu yang aku macam pelik aje bila dengar "Mat Salleh" mencarut in Malay.
"Syed, aku ada Degree tapi aku kerja cuci bontot orang. Ko, ko ada MBA, patutnya kau kerja cuci kote, cuci burit orang", aku bidas dia balik.
Kitaorang gelak-gelak lepas tuh.
"Umur kau berapa?", aku tanya dia. Bila dia kata 31, terus aku kata, "You don't act and look your age".
"I know I don't act my age", kata dia. Dia macam terfaham aje apa pasal aku tanya umur dia.
"Kat Malaysia dulu kau kerja apa?", aku tanya lagi.
"Aku tolong kawan-kawan aku berniaga kat pasar malam, jual pakaian, jual kopiah", dia jawab gitu.
Then kitaorang bertekak lagi, sebab aku jadi bosan dia asyik membebel aje kerjanya sedangkan aku nak online, dan aku pun letih sebab baru jugak balik kerja.
"Shut the fuck up, you want me to kick you out?", aku tunjuk jari telunjuk kat dia. Senyap lah dia sekejap. Tak lama lepas tuh dia bersuara lagi. "You are such a fucking ass-hole!", aku terus aje membebel gitu.
Saja jer agaknya dia nak kasi aku jadi bengang. Tak lama lepas tuh dia tanya aku, "Joe, kau pernah dengar cerita Nabi Musa sama Khidir tak? Terus aje lah dia cerita kisah tuh, sesambil tuh aku googlekan kisah tuh sebab aku rasa malu yang aku tak tahu (lupa ?) pun cerita pasal Nabi Musa tuh.
"Kau jangan ambik hati apa aku cakap tadi Syed, aku pun rileks aje, aku tak marah ko, aku tak ambik hati pun', aku kata gitu sebelum aku tidur. Iyalah kan, sebelum tidur, kenalah mintak maaf kalau ada tersalah apa-apa kan?
"Tak ada lah Joe, aku tak ada apa-apa, aku biasa aje", kata Syed.
"Ok, esok kita gaduh lagi, aku kata gitu.