Ituhari masa aku jumpa Pakcik Arthur, aku janji nak datang lagi melepak sama dia, on my way pergi kerja. Aku ok jer. So harinih aku naik F train dan turun kat Lafayette Street, so tak payah jalan jauh sangat nak ke park tempat dia melapk tuh.
Terus aje lah aku ajak PakCik Arthur minum kat satu cafe nih sebab aku ada dalam sejam masa free. Dalam pukul 3 setengah, aku dah terpaksa pergi kerja.
"Kau buat apa selalu datang kat sini? Cari perempuan?", tu dia, selamba aje dia tanya aku.
"Tak ada lah, saya pergi berubat kejap ituhari. Harinih nak beli barang sikit", aku jawab sambil gelak-gelak.
"Kau berubat apa? Berubat macam aku ka? Aku ni, mati atas pantat aje lah nanti nampak gayanya", kata PakCik Arthur tuh tersengih-sengih.
Ya ampun lah orang tua nih, kata aku dalam hati. Macam gitu lah dia, sebijik macam masa pertama kali, dan juga kali kedua aku jumpa dia tuh, pakai baju kaler oren dia tuh, kat pocket penuh dengan tiket lotteri, cerita pun semua kisah amoi Cina yang dia konkeki (langgani). Cakap pun asyik dok mencarut aje, style orang lama-lama.
Aku janji nak ajak dia makan kat restoran Malaysia kat Chinatown tuh esoknya, ada satu restoran nih yang baru direnovate, dan PakCik tuh setuju. Dia kata dia akan tunggu aku kat pangkin tuh dalam pukul 12 setengah esok hari sebab awal pagi dia kena hantar bini dia yang dah nyanyuk tuh, untuk buat appointment Doktor.
So itu lah aktiviti aku hari tuh, aku pergi makan sama PakCik Arthur kat restoran tuh. Lama jugak aku menunggu dia, dekat pukul 1 baru nampak dia terhegeh-hegeh datang. Aku makan nasi goreng nenas aje, dia order roti canai sama nasi lauk rendang. Malu aku bila tokey tuh ingatkan aku sama PakCik Arthur tuh anak beranak. Iyalah, pakaiannya tak senonoh, orang tua punya style pulak tuh.
"Pukimak Cina ni, sedap pulak diaorang masak masakan Melayu ni, orang kita tak ada pulak jadi macam Cina-Cina ni", kata PakCik Arthur.
Lahap aje aku tengok dia makan. Terfikir aku, tak kan dia jarang makan makanan Melayu, bukannya dia tak ada duit, kan ker dia dapat pencen sampai 3000 sebulan?
Aku tanya-tanya lah jugak PakCik tuh pasal keluarga dia, siapa yang jaga dia, bini dia, things like that. Dia kata yang dia sekarang tinggal sama bini dia aje, ketiga-tiga anak dia entah ke mana-mana perginya. Bini dia dah semakin teruk nyanyuknya, asyik tengok tv aje kerjanya. Itu yang dia setiap hari keluar ke Chinatown tuh, balik rumah pun dah larut malam.
So itu aje lah kisah aku jumpa PakCik Arthur tuh.