5. Dah sebulan lebih dah aku kerja. Hari-hari kerja. Walaupun weekdays tuh cuma 4 jam sehari, tapi weekends 7 atau 8 jam, tapi setiap hari aku ke apartment David dan Hal. Ada dah terasa boringnya doing the same routine day in day out kan?
So aku tengah cari jalan aje lah untuk hilangkan rasa bosan aku tuh. Yang aku nampaknya, aku kena keluar jalan-jalan di sebelah pagi, sebelum pergi kerja. Masalahnya, aku nih malas keluar, nak memerap kat rumah aje. Bukan buat apa pun, online aje kerjanya. Tapi, kat online pun aku malas. Nak belajar Forex? Malas. Nak update blog? Malas, Nak chat? Malas. Nak cari kawan? Malas.
Aku tertakut nak keluar jalan-jalan sebab aku tahu sangat dah aku nih, sure akan ada terbeli benda-benda yang tak sepatutnya aku beli. Penyudahnya aku tak ke mana-mana. Penyudahnya aku lepak aje lah kat rumah. Penyudahnya aku jadi bosan melepak lama-lama kat rumah. Penyudahnya (sebab melepak aje) aku keluar kat area-area rumah dan pergi shopping sebab bosan. So gitulah, tak akan sudah-sudah penyudahnya.
Dan aku rasa, tiba lah masanya aku mengrewardkan diri aku dengan pergi either tengok Broadway show, atau tengok concert. Kenalah pembaloian yang setimpal kan? Aku ada cadang nak either tengok Jersey Boys atau A Chorus Line (pelakun dia Mario Lopez yang femes tuh) tapi rasanya baik aku tunggu Billie Elliot yang nak main bulan depan kot. Biar jadi one of the first few yang tengok show tuh kan? Itu baru betul-betul memorable nanti kan? Dengar cerita nya, ada nak buat show The Diana Chronicle tapi haruslah berbulan-bulan lagi tuh. Macamana pun, nak pergi Broadway show tuh top on my list lah buat masa nih.
Ada jugak, selalu jugak, aku check kalau-kalau ada concerts yang best-best. Banyak tapi timing tak sesuai, kebanyakannya weeknights. Yang weekends pulak, jauh-jauh. Bruce Springsteen, The Police, Bon Jovi, George Michael, Celine Dion, Billy Joel, antara concerts yang akan dibuat kat area sini. Tak ada pulak concert yang best, yang aku suka yang nak dibuat kat Madison Square Garden, setakat ini lah. Tak masuk akal lah kan aku tak akan ke Madison Square Garden nak tengok concert, sebelum aku balik Malaysia kan?
Rasanya aku tak ada pilihan lain kecuali pergi tengok Duran Duran kat Summerstage, Central Park. Itu akhir bulan depan tuh (lambat lagi), Sabtu, pukul 7-30 malam rasanya. Oklah timing, sempat aku bergegas dari rumah David nanti kot.
Dan rasanya dah lama dah aku tak pergi buat acupuncture treatment kan? Aku belum pernah buat pun sejak kat New York nih. Rasanya high time lah aku buat acupuncture semula kan? Laaa, cuci muka pun dah lama jugak tak buat nih.
Tapi, aku dah terbayang yang aku buat semuanya nanti tuh. Pergi Broadway show, pergi concert, buat acupuncture, buat facial, semuanya. Wakakakkaka Mamposlah habis duit kalau buat semuanya nanti tuh. Tu lah, rasa macam tak lengkap aje hidup aku kalau tak buat semuanya tuh, satu persatu. Nampak sangat aku nih tamak, kan? Mulanya fikir satu, then fikir yang lain, dan fikir alternative lain, last-last nak kesemuanya. Tak apalah, as long as I'm happy kan? That's all that matters.
[Nasib lah aku kerja aku jadi macam Julia Roberts yang dalam film Dying Young dan Jennifer Lopez yang dalam Maid In Manhattan tuh kan? ]
Ok, habis bab tuh.
6. Aku, almost every week aku buat satu kerja part time yang lain. Kadang-kadang dua. Susah jugak nak cari kerja part time gini nih, nak kena selalu online. Mungkin itu jugak sebabnya aku jadi malas sangat nak keluar, sebab aku kena selalu check email, aku ada resgister kat satu board nih untuk kerja-kerja caregiving.
Itu yang aku ada jugak dapat emails pasal kerja-kerja part time nih. My previous clients pun ada email aku tapi sebab timing tak ok, aku tak dapatlah nak kerja kat apartment diaorang tuh. Remember that guy yang bayar aku 60 sejam kat Connecticut dulu tuh? Dia selalu turun New York untuk berubat, tapi weekends. Aku kerja one whole day kalau Sabtu, Ahad, so tak dapat nak kerja dengan dia. PakCik John Walls tuh pun, yang kuat merajuk tuh, dia ada talipun jugak, aku selalu tengok iklan dia kat backpage.com. Kesian dia, tak ada orang nak kerja jaga dia kot.
Semua kerja part time yang aku buat, dibayar $20 sejam sekarang nih, kira besarlah tuh sebab ada aku tengok yang orang mintak dibayar $10 sejam aje. So kalau $20 sejam nih, kira dah masuk pekerja kelas atasan lah lebih kurang. Aku tibai aje, diaorang yang nak bayar aku $20 kan? Kalau nak kasi $15 pun aku sanggup benarnya.
Lagi satu, sebab dah terbiasa dapat gaji dalam lingkungan itu, aku dah malas nak cari kerja yang lain yang gajinya tinggi sikit aje dari minimum wage. tamak lah namanya tuh, mudah sangat lupa yang kerja kat restoran Cina dulu, gaji dalam enam tujuh dollars aje sejam.
So, aku kerja lah dua tiga jam sehari, buat tampung kerja 4 jam yang aku kerja hari-hari kat apartment David tuh. Banyak jugaklah dapatnya kalau dikumpul-kumpul kan? Tapi.... selama ini, dah 4 kali, aku, at the end of the session, aku tak ambik duit yang diaorang kasi tuh. Simply because aku macam terkesian dengan diaorang. Aku tau orang akan kata aku bodoh, nak buat charity (pasal aku macam sensitif sangat dengan word "charity" ni hah?) konon, nak jadi philanthropist gitu. Tak jugak benarnya. Kalau korang jadi aku pun, mungkin korang tak sampai hati nak ambik jugak kot.
Ada satu PakCik nih, dia dah lah tua, macam cacat pulak tuh. So aku ke apartment dia, tolong-tolong dia pindah barang dari tingkat 3 ke tingkat 1. Susun itu ini, berlari kejap pergi kedai, pergi sana sini. Untuk belikan barang-barang dan bayar bills. Bila dia nak kasi aku duit, aku tak sampai hati nak ambik.
Satu PakCik yang lain tuh gitu jugak.
Sama Mamat yang lagi satu tuh pun sama jugak.
Dan ada satu Mamat nih, Mark nama dia, in his late 30's, dia baru pindah kat area-area Wall Street. Dia suruh aku tolong dia kemas apartment for like 3-4 hours, once a week. Malam hari Ahad, dari pukul 7 petang (aku kerja sampai pukul 5 aje kat tempat David hari tuh) sampai siap semuanya. So aku pergi lah ke apartment dia yang aku tengok, macam tempat orang kaya-kaya aje. Tak lah aku terkejut sangat sebab nama pun kat Wall Street kan?
Kawan dia yang duduk kat apartment tu pun ada masa aku sampai tuh so terus ajelah kitaorang gotong royong bersih sana sini, susun itu ini. Tak lama kerja, terus aku jadi macam tersuka buat benda-benda tuh sebab diaorang bertiga tuh jadi macam kawan aku pulak. Kitaorang sembang aje sesambil kerja tuh, diaorang yang banyak tanya aku. Tanya pasal aku lah. Aku tak tahu tapi aku rasa diaorang macam pelik sangat kat aku kot, aku rasa diaorang underestimate aku mula-mulanya. Sure diaorang ingat aku nih just another immigrant yang tak tahu apa-apa. I blend so well dengan diaorang sampaikan aku ada terfikir yang aku tak sepatutnya baik sangat dengan diaorang. Sebab aku pekerja aje kan? Bila dua-dua member Mark nih dah balik, tinggal aku aje yang tolong dia kemas-kemas, bersih itu ini.
"You are a good guy Joe, you have values. Great values", kata Mak [mamposlah dibold dan dikalerkan lagi font tuh wakakakaka] , bila aku kata yang aku sorang-sorang aje kat New York, aku tak ada kawan pun. Ha, kadang nya aku nih sedap aje bercerita, macam menulis kat blog aje, laju aje.
"What do you mean?", aku tanya dia, tapi dalam hati aku kata, "Yes, yes.....at last ada jugak orang yang menghargai aku, at last ada jugak orang yang faham diri aku, walaupun baru beberapa jam dia kenal aku".
"You know what I mean, you are a serious person, you have personality, good traits" kata Mark. Macam nak tersedih pulak aku dengar dia kata gitu tuh walaupun hati aku tersengih-sengih senyum. Aku fikir, kalau betul apa yang dia kata tu, apa pasal aku tak ada kawan? Apa pasal member-member aku yang kat online tak cakap macam yang Mark cakap tuh? Diaorang nih tak kenal aku ker? Ker diaorang nih not worth it to be my friends sebab diaorang tuh baik sikit aje dari Syed yang tak reti menghargai kebaikan orang?
So, lepas pada tuh, tak heranlah bila Mark nak bayar aku, aku selamba aje kata, "No Mark, you keep the money". Terkejut sangatlah dia kan? Sampaikan dia mintak maaf kalau-kalau dia ada buat salah, tercakap kasar atau tersalah tanya apa-apa, sampaikan aku tak nak ambik duit upah. Tak reti jugak aku nak explain kat dia yang I was having a great time there dan apa-apa yang dia dan kawan dia puji pasal aku, itu dah lebih dari wang dollars. *Mamposlah aku nih suka makan puji rupanya*
Cepat-cepat aku mintak diri nak balik, sebab aku tengok Mark macam terpinga-pinga gitu. Kat dalam train baru aku terfikir yang aku nih tak fikir pun pasal Mark tuh. Sure dia tertanya-tanya kan? Nasib baik bila aku sampai rumah, dia ada email aku dan bila aku explain semuanya, baru lah dia boleh faham.
"See, I told ya, you are one great guy, Joe", kata dia kat talipun. Aku gelak kan aje lah. Macamana pun, aku setuju bila dia kata dia nak belanja aku makan, sama kawan-kawan dia, malam besoknya. Aku rasa happy aje lepas tuh bila tahu yang aku dah dapat kawan baru, bukan sorang tapi bertiga. "Best agaknya kawan dengan Mat Salleh nih, diaorang nih bukan macam Melayu kan, yang macam kolot aje pemikirannya tuh". Nasib baik lah aku nih, walaupun Bangla aje, tapi cara pikir aku kadang-kadang tuh mengalahkan cara pikir Mat Salleh lagi. Hehehhee