Thursday, October 11, 2012

12032008


Lama jugak aku lepak kat Grand Central Station sebab train pukul 3-07 pm. So aku pergi makan kat this one Indian fast food restaurant, yang bagi aku amatlah mencekik darah. Bayangkanlah, nasi beriyani kosong sama sayur dan sebotol mineral water, harganya sampai 15 dollars. Dasar pundeks sangat tau! 

Perjalanan ambik masa hampir dua jam so by 4-43 pm aku patutnya sampai kat station di Milford. Terralit aku menengok pemandangan kat luar, lawa-lawa, itu yang aku sikit pun tak tidur. Aku sampai aje, dah ada kereta yang menunggu, driver sama PakCik yang mintak aku tolong picit-picit dia tuh. Naik Lexus gang! Rupanya diaorang baru balik dari rehab center ker apa tah, on the way balik ke rumah. Driver tuh macam Personal Assistant PakCik tu lah gayanya. Aku jadi macam panik aje sebab aku, bila fikir balik, rasa macam bagus aje. Iyalah, turun jauh-jauh dari New York kan? Macamana pun aku ikutkan aje, ala, I have nothing to lose pun kan? Itu yang aku dok fikir tuh. New experience pun yer jugak. 

Tu dia, besar mansion PakCik tuh, ada a few staff/housekeepers yang greet dia masa dia sampai tuh. Makin tertakut aku jadinya. Ah, lantaklah,kata aku dalam hati. Too late nak back off. Lagipun kerja sejam setengah gitu aje kan? Lantaklah, sapa suruh ko cari aku kat internet, kan? 

Tak ada apa kerja pun yang dia suruh aku buat benarnya, setakat urut-urut badan dia sebab dia kata dia letih sangat. Sepanjang aku urut tuh, assistant dia tuh ada jer memerhati. Makin gelabah aku jadinya, cuma apa yang aku fikir, dia akan bayar aku tak lah sebanyak mana pun so kira berbaloilah kot dengan hasil kerja aku yang tah apa-apa tuh. 

Ada a few times PakCik tuh puji aku, kata yang aku pandai urut, itu yang buat aku bersemangat sikit tuh. Aku banyak picit tengkuk, kepala dia, saja nak kasi dia tertidur. Dia beritahu aku yang kalau aku ada masa, dia nak aku kerja (part time) kat apartment dia di New York sebab dalam seminggu dia turun NYC dua kali. 

Sejam aku kerja tuh, aku dikasi 60 dollars, the easiest 60 dollars I ever made. Sejam punya kerja. Duit tambang train pun dikasi jugak. Then PakCik tuh offered nak drive kan aku ke Norwalk sebab dia nak ke rumah anak dia, so that aku boleh naik train dari Norwalk aje, save masa dalam sejam gitu. PakCik tuh yang drive sendiri so sepanjang perjalanan tuh kitaorang sembang aje lah. Entah apa lah yang aku cerita tapi PakCik tuh macam tersuka dengan cerita aku. 

"Go on, go on...", kata dia bila aku berhenti cerita. Aku ada terfikir, apa pasal aku nak cerita kisah aku kat orang yang aku tak kenal kan? Tapi, at the same time, aku rasa macam seronok pulak bercerita, more so sebab PakCik tuh suka dengar. Dan, for the second time in like 2 weeks, terngiang-ngiang lagu Fast Car (Tracy Chapman) kat telinga aku. Macam deja-vu all over again gitu, aku rasa aku dah lalui benda tuh (thru song) dan here I am, kata aku, kat tengah-tengah highway di Connecticut, dipandu laju oleh PakCik tuh. 

Aku sampai New York pun dah malam, berkejar aku ke Restoran Redang Islandsebab dah nak tutup dah masa tuh. 

"Eh Joe, I'll be in New York day after tomorrow", kata Syed, kat talipun.

"Kau nak ke sini ker, atau you have somewhere else to go?", aku tanya dia. Sesambil tengok keadaan bilik aku yang berkaparan tuh. Kena bersihkan bilik nampak gayanya nih, kata aku dalam hati. 

"Aku stay dengan kau lah Joe, aku nak cari kerja, apa-apa kerja", kata Syed. 

"Aku tak kisah kau nak duduk dengan aku, aku pun dah mula kerja hujung minggu ni....bla bla blah...", aku ceritakanlah kat dia pasal kerja aku. 

"Cun, cun, Joe. Caya lah", kata Syed. 

------------------------------

Tiap kali aku ke Restoran Redang Island, aku akan lalu kat this one furniture shop. Aku ada tersuka kat satu computer table yang didisplay kat situ, dah a few times aku tanya-tanya amoi yang kerja di situ tuh, dah beberapa kali aku hampir terbeli meja tuh. Tapi sebab masa tuh aku belum pasti yang kat mana aku akan kerja, jadi aku lupakan niat aku. Since aku dah tahu yang aku akan tetap di New York, teruja sesangatlah aku nak beli, kan? 

So besoknya aku spent the whole day mengemaskinikan bilik aku. Bersihkanlah apa-apa yang patut. Beli apa-apa yang patut untuk tetamu yang akan datang besoknya tuh. Then aku ke kedai furniture tuh. Aku beli meja tuh, $140. Terpaksa lah beli kerusi pulak kan? Terpandang pulak satu table lamp yang lawa nih, yang kalau taruk kat computer table tuh, memang cun habis. So melayanglah 200 dollars kat kedai tuh. Entah apa pasal, dah bertahun aku di Amerika, itu kali pertama aku beli furniture. Macam nak lama aje kan? Aku dah fikir, aku nak sedekahkan aje lah barang tuh nanti, kalau aku balik Malaysia nanti. 

Dua kali aku berulang alik mengusung kerusi meja tuh, rumah aku adalah dalam 6 blocks aje dari kedai tuh. Aku kira, tak sampai 100 langkah, aku berhenti ambik nafas. Tak adalah berat mana pun meja tuh (dalam kotak) tapi sebab dia besar, itu yang payah nak usung tuh. Aku pun, malu lah nak usung sampai taruk kat bahu, kat kepala kan? Aku usung meja tuh sambil control lawa lah, gitu maksud aku. Macam jinjing gitu. Lagipun aku nak test daya kekuatan dan pernafasan aku. Shit, dah tua aku nih, nak usung meja tu pun dah termengah-mengah aku, separuh mati. 

Dah sampai rumah, masalah lah pulak nak pasang kerusi meja tuh. Memanglah ada ditunjuk ajar cara nak pasang kerusi meja tuh, tapi tau lah kan, barang perbuatan Cina, tak ada lah ditunjukkan dengan detail sesangat. Dah lah aku nih kalau pasal DIY aku memang surrender. So terkial-kial lah aku nak memasang kersui tuh, what with pisau yang aku jadikan screwdriver.

Macamana pun, berjayalah jugak, walaupun berpeluh-peluh. Now, meja pulak. Belum apa-apa aku dah termenyesal beli meja tuh. Sebab aku tak confident aku akan reti pasang. Berjam-jam aku cuba pasang meja tuh, then again, sebab tak ada screwdriver, aku takut-takut aje. Takut roboh meja tuh. Sampai this one stage nih bilamana aku dah give up sebab macam tak masuk akal aje cara nak pasang, so aku lari kejap ke kedai furniture tuh sebab nak tengok macamana cara diaorang pasang. Bila tokay tu tanya, aku katalah yang aku cadang nak beli furniture lain. Sedangkan aku asyik dok jeling kat contoh meja tuh, nak tengok macam mana diassemble. Siap aku ambik gambar lagi tuh, guna camera phone. 

Ooo, ada lekuk sikit kat tiang meja aku tuh so aku tak boleh nak screwkan habis-habis. Dan since tak boleh nak screw, benda lain pun ada yang tak boleh dipasang. Tapi tak apa, I'll just make do with apa yang dah terpasang, yang kalau aku goyang sikit-sikit, terlaju pulak bergoyangnya meja tuh. Satu lagi, aku tengok, banyak screws yang berlebih. Bukan empat lima bijik tapi belasan screws yang tertinggal. Ker diaorang memang ada kasi spare screws? Tak kot?