Aktiviti aku sehari-hari, sama aje. Yang lainnya pun kalau weekends aje lah, sebab kalau weekends, aku kerja dari 10 pagi sampai 6 petang.
Diam tak diam dah dekat sebulan aku kerja sebagai caregiver di apartment David/Hal nih. Hari-hari kerjanya, dalam seminggu tuh adalah up to 40 hours semuanya. Ada jugak sekali sekala aku buat kerja lain, tapi aku semakin malas sebenarnya nak cari kerja part-time. Entah, aku rasa macam dah puas hati dengan apa yang aku buat sekarang, lagipun, semua kerja part-time tuh, sekali sekala aje, bukannya like a few hours a day tapi setiap hari. Kalau ada kerja yang gitu, aku nak, dapatlah tambahkan income aku.
Aku kan ker selalu nya dulu tuh kerja 12 jam sehari? So bila kerja cuma 4 jam aje nih sehari, aku rasa macam banyak sangat masa free, sampai jadi malas aku dibuatnya. Macamana pun aku bersyukur yang walaupun kerja cuma beberapa jam sehari tapi pendapatannya lebih dari kalau aku kerja 12 jam di restoran Cina. Dan itu jugak yang buat aku tak kisah sangat walaupun terpaksa buat kerja yang kotor-kotor, cuci bontot Hal etc. Memang kerja jaga orang cacat macam tu kan?
Sekarang nih, biasanya, pagi-pagi aku akan pergi jogging. Tak lah jogging sangat benarnya, more like jalan-jalan, berlari-lari anak gitu. Malu aku nak lari-lari sebab biasanya aku tak mandi pun, aku takat basuh muka masa ambik wudhu Sembahyang Subuh aje gitu. Lagipun, kat kawasan aku lari-lari tuh, kawasan ramai orang, bukan kat park. So macam awkward gitu, iyalah, most of them tengah nak pergi kerja kan? Biasanya aku akan lari ke arah Chinatown di Brooklyn nih, a few blocks dari rumah.
Sampai kat area kedai tuh, aku beli barang makanan, apa-apa lah yang aku rasa nak terbeli, biasanya aku beli buah-buahan. Atau sayur. Macam semalam tuh, aku termasuk this one kedai, aku tengok ada jual sayur-sayuran Asia, ada peria, ada terung, timun bagai. Terlaju aje aku ambik a few bijik terung, on the way balik tuh baru aku terfikir, aku nak buat apa dengan terung nih?
Dah jarang sangat dah aku breakfast kat luar skarang nih, kecuali weekends. Sejak makan Quaker Oats aje for breakfast nih, aku jadi malas pulak nak makan lunch. Kenyangnya sampai ke petang. Kadang-kadang aku tukar makan wheat flakes atau raisin bran. Terpaksalah makan benda-benda gitu walaupun aku tak suka. Aku buatlah pengelat sikit, oatmeals nya aku taruk sikit aje, yang banyaknya aku taruk grapes, strawberry. Sampai tak nampak oat nya, macam makan buah-buah aje.
Oh yes, baru sekarang aku terfaham "an apple a day keeps the Doctor away". Seriously, dulu aku tak faham. Aku sejak dulu lagi memang tak suka dan tak makan apple, tapi sekarang nak buat macamana, terpaksalah makan jugak apple walaupun aku tak suka. Pelik aku nih, aku tak suka something bukan sebab rasanya tapi sebab aku dah set kan mind aku yang aku tak suka. Bila gitu, benda yang sesedap mana pun, aku tetap tak nak makan jugak. Dengan aku nih, banyak cekadak-cekadak yang tersembunyi rupanya.
Kalau aku ada hal aje aku akan keluar (nak buat laundry, nak beli barang) tapi biasanya aku tak ke mana-mana dah lepas breakfast. Aku akan lepak di bilik aje, tak buat apa-apa sangat pun. Aku tak nak selalu keluar jalan-jalan kat area aku duduk nih sebab kat sini bnayak sangat kedai. Sure aku akan terbeli benda-benda yang tak sepatutnya aku beli. Aku nih jenis pemalas orangnya - contohnya: Sebab aku malas basuh pinggan mangkuk, gelas-gelas, aku buang aje (berkerakah pinggan mangkuk tuh sebab lama tak dicuci dan bila nak cuci, kotoran dia tak boleh hilang). So, aku buang aje lah pinggan mangkuk, gelas, cawan,sudu garpu semua tuh. Dan aku beli yang baru. Sebab murah aje.
The same thing goes to tshirts, stokin etc. Bila lama tak cuci (aku buat laundry dua minggu sekali), kotoran susah nak hilang. So aku buang, or buat kain lap. Dan aku beli yang baru. Again, sebab benda-benda tuh murah di sini. At least kat tempat aku duduk ni lah, banyak kedai-kedai gitu sebab di kawasan nih kawasan orang-orang biasa yang macam aku aje.
Aku nih kan, ada gaya-gaya macam orang kaya kan style hidup aku. Orang kaya yang miskin. Atau, orang miskin yang malas. Atau orang miskin yang berlagak kaya. Atau orang miskin yang ingat dia kaya.
So biasanya aku akan online aje lah, lepak-lepak gitu aje. Masa tu lah aku rasa wasted sangat hidup aku nih, banyak masa free tapi tak tau nak buat apa. Last-last aku melepak aje lah sambil fikir-fikir pasal kewastedan aku tuh. Itu baru betul-betul "waste" kan?
Patutnya aku gunakan masa tuh untuk belajar Forex for example, atau buatlah apa-apa lain yang patut. Atau buat update blog. Apa-apa lah kan? Aku malas, aku lepak-lepak kosong gitu aje sepanjang tengahari, sementara tunggu nak pergi kerja. Sunyi sepi aje hidup aku, nak chat dengan orang pun aku malas, I'm more to nak hidup macam ini aje, sendiri-sendiri. Tak nak harapkan orang lain, as if orang lain boleh diharapkan untuk bagi keceriaan dalam hidup aku yang tak pernah ceria nih kan?
Oh yes, dulu aku ada terfikir yang aku nak ambik kelas Spanish for a few hours a week sebab kalau boleh aku nak master kan Spanish aku nih. Aku rasa handicapped sangat duduk Amerika tapi tak reti Spanish, tambah-tambah orang tak percaya yang aku tak reti Spanish. Tengoklah nanti, aku kena buat schedule betul-betul nih, takut pulak nanti tak sempat dua tiga kelas, aku dah tak boleh join. Macamana pun aku bersemangat gila nak belajar Spanish nih.
Walaupun aku masuk kerja pukul 4-30 pm tapi biasanya pukul 2 lebih sikit aku dah keluar. Perjalanan ke tempat kerja sejam lebih sikit aje tapi sebab aku terpaksa tukar 3 trains, itu yang aku keluar awal sikit. Boleh kalau aku keluar pergi kerja dalam pukul 3 gitu tapi aku kadang tuh nak lepak-lepak dulu kat mana-mana. Dari Brooklyn aku naik R Train, dua stations kemudian tukar pulak naik N or D train (express) sampai ke 34th Street. Dari situ, tukar naik F Train (express) ke Forest Hills pulak. Walaupun express tapi banyak jugak sttaions yang train tuh berhentinya.
Since aku banyak masa, kadang tuh aku melepak dulu kat Times Square. Dari 34th Street aku jalan aje ke 42nd Street gitu. Cuma yang buat ruginya, kalau aku keluar dari station, nanti kena tambang sekali lagi. Kena dua kali bayar tambang gitu. Tapi since aku pakai MetroCard, tak lah terasa sangat yang aku membazir duit kan?
Kadang-kadang aku tak keluar pun dari station, takat merayap-rayap kat dalam-dalam tuh aje, sambil tengok orang-orang busking. Kadang jadi terralit dibuatnya. Ituhari aku tengok this Mamat busking kat Times Square punya subway station, aku tengok, orang lain semuanya happy-happy aje. Aku pun happy gak tengok Mamat tuh perform tapi sepanjang dia menari tuh aku terfikir lain pulak. Aku fikir, susahnya hidup dia nih kot sampaikan terpaksa jadi street performer. Dah lah nasib dia Tuhan jadi kan dia kerdil. Macamana pun aku happy bila at the end of his dance, banyak duit yang dia dapat.
Aku blah dari situ bila aku tengok orang lain bertepuk tangan, sama-sama menari (ikut rentak lagu Michael Jackson tuh) sedangkan aku lain pulak fikirnya.
Entahlah, why do I always think differently?