Walaupun aku kerja cuma 4 jam sehari kalau weekdays, dan 8 jam sehari weekends, terasa macam lama jugak aku kerja. Mungkin sebab aku kerja setiap hari kot? Rasa malas aje kalau nak pergi kerja tuh walaupun cuma 4 jam aje. Masa kerja pun aku asyik menengok jam aje. Mungkin sebab tak ada buat apa sangat pun, itu pasal aku rasa macam lama aje kerjanya tuh.
Kalau weekends, lagilah terasa lama, sampaikan aku selalu beritahu David yang aku nak balik awal aje sebab aku tak suka duduk-duduk aje tak buat kerja pun. Kadang tuh David sama Hal akan lepak di bilik tidur, dan aku lepak kat dapur aje lah sambil tengok tv. Weekdays pulak, biasanya sejam aku tengok tv sorang-sorang, masa tuh biasanya masa David baru balik kerja, dan Hal pun akan lepak sama-sama adik dia tuh kat bilik tidur. Masa tuh kerja aku cuma sediakan kopi dan juice untuk breakfast Hal esok harinya. Itu aje. simple sangat, kan? Dan sementara tunggu dinner, yang biasanya diaorang order, aku tengok tv aje lah. Ada satu quiz show nih yang kitaorang suka, Cash Cab nama program tuh. Pengacara quiz tuh, a cab driver, dia akan tanya passengers cab dia, a few soalans. Kalau betul jawapan, sampailah ke destinasi, diaorang akan dapat duit. kalau salah, 3 kali, passengers akan dikick out from the cab. On the spot gitu.
Sekali sekala aje aku disuruh sediakan salad, aku suka prepare salad tuh sebab sekurang-kurangnya masa terasa cepat sikit berlalu. Dapat jugak aku belajar, dapat tahu, benda-benda orang kaya suka makan. Benda bodoh-bodoh jugak diaorang nih makan rupanya. Cuma penyediaan makanan tu aje yang nampak macam kelas nya. Iyalah, nak kupas dan potong timun, bawang, semua tuh, semuanya guna benda-benda yang aku tak reti nak guna. Nak keringkan lettuce yang dah dipotong halus-halus, itupun guna mesin khas. Nak kacau, nak campuradukkan bahan-bahan salad tuh, itupun kena guna peralatan khas. Pendek kata, benda yang senang jadi macam susah dan rumit dibuatnya. Gaya aje lebih tapi hasilnya biasa aje.
Sabtu lepas, aktiviti utama kitaorang, tengok wayang. The first 2 hours kerja, menyiapkan Hal. By the time David balik dari gym, kitaorang dah siap sedia. Jalan kaki aje ke panggung yang tak berapa jauh dari apartment diaorang tuh. Kitaorang tengok film China, CJ7. David yang kata film tuh bagus sebab dia dah tengok 2 kali. Aku tak pernah dengar pun nama Stephen Chow, sampaikan diaorang pelik apa pasal aku tak tahu sedangkan aku orang Asia, lagipun aku nih diaorang kata knowledgeable kalau pasal nama-nama pelakun dan penyanyi. Tapi seriously, aku memang tak tahu, yang aku tau cuma Jet Li sama Jackie Chan. Oklah ceritanya CJ7 tuh, cerita budak-budak, macam filem ET aje.
"Did you cry?", aku tanya Dav*d bila habis film tuh.
"I did, once", kata David. "Did you?", dia tanya aku pulak.
"3 times", aku jawab gitu. Aku, tengok cerita budak-budak pun boleh menangis. Lembut sangat hati aku nih kan? Wakakakkaka By the way, aku pelik sebab diaorang tak tahu nama group yang nyanyi lagu Sonny dan I Like Chopin dalam film tuh.
--------------------------------------------
Saturday malam aku ajak Syed keluar makan, saja aje lah nak meraikan dia yang akan blah besoknya. Kitaorang makan kat Redang Island lah, kat mana lagi kan? Sakan jugak makannya, roti canai, Pad Thai, Assam Laksa, Cendol, Kopi. Tak ada pun cerita apa sangat, cuma aku dengar aje lah apa plan Syed untuk seterusnya. Dia kata yang dia akan kerja di DC untuk sementara waktu sebab bulan 5 nanti dia mungkin nak balik ke Seattle sebab ada family reunion gitu. Kakak dia yang kat Malaysia pun nak datang nanti. Lepas pada tuh mungkin dia akan balik semula ke East Coast, cari kerja lain. Aku dah terbayang yang dia akan cari aku lagi nanti tuh.
Yang aku sukanya, kitaorang tak ada pun sembang pasal blog aku. Aku tahu yang Syed dah beberapa kali cuba bukak blog aku, dia pun tahu yang aku tukar url blog tuh sebab dia ada baca blog aku. Cuma aku fikir, nanti kalau dia dah tak ada kat sini, aman lah aku kalau nak teruskan tulis blog kan? Cuma aku tertanya-tanya, apa pasal Syed macam tak ada reaksi aje dengan kutukan aku (kat blog) pasal dia tuh. Is it because apa yang aku tulis tuh semuanya betul? Dan aku pun rasa gitu jugak sebenarnya, aku rasa yang dia tak ada hak nak marah aku sebab apa yang aku tulis tuh sekadar melapurkan apa yang terjadi, apa yang aku fikir, tentang dia.
Cuma yang aku terkilan, dia tak ada pun rasa macam nak mintak maaf dengan aku, knowing the fact yang aku memang bengang dengan cara dia. Dah lah aku bersusah payah berusaha nak tolong dia, kan?
--------------------------------------------
Besoknya pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun. Aku tengok, towel, dan barang-barang yang aku kasi kat dia dulu tuh, semuanya dihangkut sama. Tah, tapi kalau aku, aku tak bawak sekali towel yang orang (aku) kasi tuh. Ala, itu benda kecik, orang (especially Syed) tak akan fikir benda-benda kecik gitu kan? Aku sorang aje yang selalu fikir benda remeh-temeh gitu.
Aku mintak kunci rumah kat dia, then aku kasi dia 50 dollars, untuk buat tambang ( USD 20) dan belanja makan. Tak ada terima kasih pun. Kalau aku, sure dah aku peluk-peluk dah orang yang kasi aku duit tuh kan? Then again, aku sama Syed tuh lain sangat cara pembawakannya.
So berangkatlah Syed ke DC, dan aku pun berangkat kerja.
--------------------------------------------
Masa dalam train tuh aku asyik dok fikir ajelah, aku rasa kesian kat diri aku sendiri. Kesian kat aku sebab tak ada kawan. Kesian kat aku sebab bersusah payah nak cuba dapatkan kawan. Offline, aku tak ada kawan, aku tercari-cari orang yang boleh aku jadikan kawan. Online pulak, aku macam ada kawan tapi I'm not their only kawan so basically aku tak ada kawan.
Tak apa lah, what with blog aku yang terpaksa aku pindahkan (dan in the process tuh aku tak dapat nak pindah balik ke blog lama, as a result, aku macam "hilang" begitu saja. Sedangkan aku tak ke mana-mana, aku masih macam semalam, aku masih di sini), aku rasa mungkin ini masanya untuk aku bersendiri-sendiri.
And the wind that blows, that's all you should know.....