Hari tuh, kitaorang (aku, David dan Hal) keluar pergi mall. Itu aje lah aktiviti seharian kitaorang. Nak menyediakan pakaian Hal, nak menyiapkan dia, semua tuh dalam sejam lebih. Payah hidup jadi orang kaya macam diaorang tuh, semuanya nak dijaga, pakaian kena match, penampilan kena dijaga. Aku selalu fikir, tentu diaorang pandang aku semacam aje sebab aku punya pakaian selama ini simple aje. Jacket aku tuh satu itulah, tak macam diaorang yang tukar setiap hari. Macamana pun, aku peduli apa kan? Kalau aku tak susah, tak kan lah aku kerja jadi kuli diaorang kan?
Seronok jugak dapat keluar sekali sekala ke mall gitu sebab aku kalau sorang-sorang memang tak akan pergi ke mall lah kan? Mall yang kitaorang pergi tuh kat Long Island, dalam setengah jam perjalanan dari Forest Hills. Besar mall nya, so merayau-rayau kat dalam aje lah kerjanya kitaorang sementara tunggu David yang pergi tukar jam Rolex yang dia baru beli ituhari. Sebab Hal guna electric scooter so senanglah sikit aku, tak payah nak tolak macam menolak wheel-chair kan? Cuma aku ikut aje ke mana dia pergi, takut dia terlanggar apa-apa masa kat dalam mall tuh. Dia mana perasan, banyak pakaian-pakaian yang jatuh ke lantai bila dia lalu tuh, sebab dia nih ke sana sini menyelinap pilih itu ini, belinya tak jugak. Bengkek jer sales person yang tengok Hal tuh. Sure dalam hati diaorang kata, tak sedar diri tuh cacat, nak menyusahkan orang aje kerja nya. Memang pun, sedangkan aku pun ada terfikir gitu.
Kebetulan David tanya aku petang tuh kalau aku nak balik sejam lebih awal sebab by 5 pm semuanya dah ready, dah tak ada kerja yang aku kena buat. So aku setuju aje lah, daripada aku melangut tunggu sampai pukul 6 kan?
Masa nak turun train dekat subway station kat rumah, aku ternampak Syed tengah nak naik train tuh. Terus aku tegur dia, dan aku patah balik masuk semula ke dalam train tuh. Sebab aku nak tahu cerita dia. Rupanya Syed dah kerja kat 7-Eleven tuh. Malam semalamnya dia mula. Patutlah dia tak balik ke rumah malam semalam, rupanya dia dah kerja. Dia beritahu yang semalamnya dia ke tempat ajen kerja, so masalah settle semuanya. Bila aku tanya dia apa pasal dia tak balik dulu ke rumah (sebelum pergi kerja malam semalamnya tuh) dia kata yang dia masa tuh tengah bengang, lagipun dia dah macam kebulur sebab tak makan, tak ada duit. Yang dia ada hanya lah metro card yang aku kasi dia tuh.
Kat tempat kerja, nasib baik dia boleh makan benda-benda yang dah nak expired, yang dah nak dibuang. Terkesian aku mendengarnya tapi tak ada lah aku tunjukkan sangat kesianan aku tuh walaupun mulanya aku rasa macam nak kasi dia duit poket aje. Syed kata dia suka kerja di situ sebab tak sibuk kalau kerja di sebelah malam, cuma staff lain macam tak suka kat dia sebab dia kerjanya slow. Lagi sekali aku terkesian mendengarnya, aku boleh bayangkan yang dia terkial-kial kerja.
Ada jugak aku terfikir yang berapa lama lah dia boleh bertahan kerja di 7-Eleven tuh, dah lah kerjanya 12 jam sehari, malam pulak tuh. Dan gajinya cuma 1800 sebulan, yang kalau diakira, memang way below minimum wage yang dibenarkan. Tapi, kerja dengan orang Asia memang lah gitu, kalau kita tak puas hati, berhenti aje, diaorang boleh cari orang lain. Berlambak lagi orang lain yang sanggup buat kerja-kerja gaji kecik gitu tuh.
"Kau kerja aje lah dulu sementara tunggu kerja lain yang bagus", itu aje lah yang aku dapat beritahu dia. Kadang tuh aku kesian tapi at the same time aku kata dalam hati, padan muka kau!
Besoknya aku dapat gaji (Sunday), baru lah rasa best sebab dapat gaji penuh seminggu. Tak ada macam kalau kerja dulu-dulu tuh, ditahan seminggu lah, dibayar lambatlah. Ini tidak, habis aje seminggu, terus dibayar gaji. Senanglah gini, kalau aku nak berhenti kerja ker apa ker nanti.
Aku rasa lega sikit bila Syed dah kerja nih, aku tak payah nak susah-susah fikir pasal dia. At least aku boleh tidur sorang-sorang sekatil. Dan aku boleh online dengan aman damai sorang-sorang, tak payah nak menyorok-nyorok nak update blog, nak chat semuanya tuh kan?
So petang tuh dengan bersemangatnya aku, beli makanan siap-siap sebab nak lama sikit onlinenya. Bila aku bukak pintu bilik, terkejut beruk aku bila tengok Syed ada di katil. Tengah tidur. Aik, dia tak pergi keja ker nih?
"Aku dah tak kerja, Joe", kata Syed.
Tak ada lah aku terkejut sangat mendengarnya sebab aku memang dah agak pun. Cuma tak lah aku expect dia akan berhenti secepat itu, at least seseminggu dua, kan? Dia kata dia pergi kerja mulanya tapi dia terlambat. Then dia mintak berhenti. Aku tak berapa percaya, aku agak dia kena fired sebab kalau dengar gaya ceritanya tuh, diaorang tak suka dia sebab dia kerjanya slow. Datang lewat pulak tuh.
So kau nak buat apa sekarang? Tak nak cari kerja lain ker?", aku tanya dia gitu.
"Aku nak balik Malaysia lah Joe", kata Syed. Lepas dari tuh dia terus ajelah kata, "Nak balik Malaysia, nak balik Malaysia", sampai aku bosan jadinya.
"Kau nak balik, baliklah. Kalau ada duit beli ticket, kau baliklah", aku kata gitu.
"Belikan aku ticket, Joe", selamba aje dia kata gitu. Pundeks sesangat, rasa nak carutkan aje dia tuh. Tapi aku senyapkan aje.
"Kau balik Malaysia, kau jadi pelakun aje lah Syed. Tak payah nak guna brain itupun kalau kau ada brain. Kau kan ker muka Mat Salleh, sure mudah laku", aku kata gitu. Dia gelak aje.
Sejak dia tak kerja, aku semakin tensen. Bukannya apa sangat, aku macam meluat tengok dia yang everytime aku bangun pagi, dia masih tidur. Aku balik kerja, dia masih tidur. Sebelum pergi kerja, aku make sure ada makanan yang dia boleh makan, either lauk yang aku tapau, atau ada tuna salad, telur, roti, benda-benda gitu. Sekali sekala aku ajak dia keluar untuk breakfast, atau dinner.
Cuma yang buat bengangnya, kalau aku beli makanan tuh lebih sikit, kadang tuh dia makan semuanya. Ituhari aku beli tomyam saiz besar, beli sambal udang jugak. Aku tak makan tomyam tuh sebab cadangnya nak makan esok harinya, aku makan satu lauk aje, udang tuh. Tapi dia, disentalnya kedua-dua sekali, berselera aje. Aku tak lah kata apa cuma aku fikir, patutnya makan satu jenis lauk sudahlah kan? Satu lauk lagi tuh simpan untuk besoknya. Then again, dia tak terfikir pulak macamana susahnya aku (well, tak lah susah mana pun) nak dapatkan duit untuk beli makanan tuh. Kena cuci jubur orang!
Malam tuh bila aku bukak fridge, dah habis rupanya tomyam tuh. Mula dari tuh aku jadi geram aje so besok-besoknya aku sediakan makanan yang secukup-cukupnya aje.
"Joe, aku dapat kerja part-time kat DC", kata Syed malam tuh. "Kerja kat Library of Congress", kata dia lagi. Terus aje aku suruh dia terima kerja tuh sebab itu aje peluang nak suruh dia blah dari bilik aku tuh. Biar dia duduk sama kakak tiri dia semula, biar dia menyusahkan kakak tiri dia pulak.
"Tapi kerja tu 40 jam aje seminggu, aku kena bayar tax lagi. Gaji 11 dollars sejam, mana cukup aku nak duduk DC, nak bayar sewa, nak makan?", kata Syed.
"Untuk sementara aje, nanti kau dapat kerja bagus, kau cabut lah", aku kata gitu."Nanti kalau Hillary Clinton jadi President, kau boleh jadi Intern dia", aku melawak.
"Sementara tunggu aku start kerja di DC, aku lepak sini aje lah", kata Syed. dan aku pun membilang hari untuk dia blah dari bilik aku.