Punya lah siksa nak menunggu Sunday, hari Syed nak blah ke Washington DC. Siksa jiwa raga aku dibuatnya. Walaupun aku tak ada sembang sangat dengan dia pun dalam sehari-hari tapi sebab dia ada di bilik aku, itu sudah cukup buat aku tertekan. Aku, macam orang lain jugak, kalau aku tak suka kat seseorang tuh, tak tengok dengan anak mata pun aku malas jadinya kan? Eh, salah perumpamaan tuh kot. Nak pandang pun malas jadinya, itu maksud aku.
Aku bangun pagi, dia ada. Seharian aku melepak sebelum pergi kerja, dia ada. Aku balik kerja, dia ada. Yang lawaknya, masa balik kerja, biasanya aku beli makanan. Kalau dulu kitaorang sama-sama pergi makan, tapi sejak lepas tuh, aku tapau aje. Bila dia tau aku balik, biasanya dia akan bangun, then bila dia nampak aku jinjing beg plastik (yang surenya ada isi makanan), dia akan terus bangun. Then dia akan makan, tak payah nak tunggu aku pelawa pun. Aku pun, lepas pada tuh, memang tak pelawa-pelawa dah, aku diamkan aje. Lepas makan, selamba aje dia tidur semula. Itu yang aku rasa macam bengang aje tuh.
Pergi kerja aku tak bawak laptop sebab kesian dia di rumah sendirian tak ada apa aktiviti. Lagipun, senanglah kalau dia nak cari kerja kat internet kan? Lagipun, aku mana boleh online masa kerja. So disebabkan aku bengang dengan Syed, aku keluar pergi kerja pun a few hours lebih awal. Kebetulan pulak kat area tempat David duduk tuh ada library, so aku melepak aje kat library. Ataupun aku melepak kat cafe. Yang kalaulah aku bawak laptop, alangkah seronoknya boleh online for a few minutes.
So kaedahnya, aku tinggalkan laptop kat rumah. Tiap kali lepas online, aku akan pastikan yang aku clearkan cache, aku buang segala history dan traces site-site yang aku pergi. Takut jugak mana lah tahu dia akan terjumpa blog aku, atau terjumpa blog-blog member, kan? Sebab aku dah sure akan tulis pasal dia kat blog nanti tuh.
"Joe, aku baca blog kau semalam", kata Syed kat aku besoknya, masa aku baru aje on kan laptop.
Ooouucchhh!!!!!
Aku diam kan aje, aku dah agak yang sooner or later memang dia akan terjumpa blog aku. Puas aku fikir, macamana dia boleh jumpa blog aku. Then baru aku teringat yang aku guna IE kalau nak surf, dia guna Firefox. Kat Firefox address bar tuh, kalau tak silap aku, kat bawah sekali, ada url blog aku. Mungkin dia dapat dari situ kot.
"Best lah kau Joe, caya lah kau!", kata Syed lagi. Aku tetap diam tapi kepala aku ligat mencari idea macamana nak kasi tutup blog aku. ""You wrote good things about me, tak pernah orang tulis pasal aku kat internet. Awek aku pun tak pernah mention nama aku kat blog dia", kata Syed lagi.
Aku tetap diam, tetap selamba, tak berkata-kata, tapi aku cuba ingat-ingatkan apa yang aku tulis pasal dia. Benda yang baik-baiklah kan? Rasanya tak ada pun good things about him kan? Dan nasib baiklah semalamnya aku tak sempat nak publish satu entry nih yang kalau dia baca, sure dia bengang kat aku. Pasal aku sakan mengutuk dia kat dalam entry tuh. Itu yang aku jadi pelik tuh bila dia rasa macam honored pulak bila aku mention nama dia kat entries aku.
"Kau belajar tulis blog kat mana Joe? Pandai lah kau tulis", kata Syed lagi. Aku masih tak jawab sepatah haram pun, aku dengar aje apa yang dia cakap. Sambil fikir, apa tindakan aku nak buat seterusnya. Walaupun aku nampak macam selamba aje, tapi di dada ku berombak. Pelik pun satu hal jugak, pelik sangat aku yang Syed tak marah apa-apa pun, kalaulah betul dia baca blog aku. Sebanyak mana dia sempat baca? Tak kan dia tak terasa hati dengan aku yang sakan mengutuk dia? Ker dia faham yang aku tulis tuh semuanya betul, semuanya benda yang kitaorang lalui? Aku fikir, kalaulah aku jadi dia, sure aku dah mengamuk semalamnya lagi dah. Atau, sure aku dah blah, tak nak duduk situ lagi. Tapi, lain pulak dengan Syed nih, dia selamba aje. Dia rasa besar hati pulak pasal nama dia ada aku mention.
Sah lah dia nih retarded, kata aku dalam hati.
"Gambar sapa tu Joe, awek kau ker?", Syed tanya aku bila dia nampak YM kawan aku, aku selamba aje berYM, sebab tengah dalam kekalutan. Kekalutan yang selamba gitu.
"Ha ah", terlaju jer aku jawab.
"Kau kenal ramai awek ker Joe, introduce aku kat diaorang", kata Syed. Aku diam kan aje, tak sampai hati aku nak even fikir sapa yang aku nak kenenkan dengan Syed tuh.
"Kau ni spy ker Joe? Kau spy aku ker?", tanya Syed bila aku siap mandi, yang masa tuh aku dah pindahkan url blog aku ke tempat lain.
"Nobody owns the internet, kau boleh tulis apa yang kau nak. Kau pun ada Friendster, MySpace kan? Sapa-sapa boleh tulis blog, aku tulis pasal my life, kau, orang lain, boleh tulis apa-apa yang kau nak, no one's stopping you", aku kata gitu.
Mood aku jadi tak baik aje masa kerja petang tuh, aku asyik nak marah aje jadinya. Hal pulak banyaklah cekdaknya.
"Don't push me ok?", aku tepis tangan Hal. Terkejut dia. Lama tuh baru aku terperasan yang Hal tak ada lah niat nak tolak aku tapi sebab dia tuh macam kaku, jadi nampak macam dia tolak aku. Macam orang yang ada Parkinson disease kan, tangan diaorang terketar-ketar, so nampak macam diaorang tuh kasar aje.
"I didn't mean to push you, now you're getting upset", kata Hal. Tapi tak lama lepas tuh aku cool balik. Gitu lah dengan Hal nih, almost everyday ada aje yang aku sentapz dengan dia nih. Mungkin dia tak niat apa-apa sangat cuma aku aje yang mudah terasa hati. Ditambah dengan kecockyan dia tuh kadangnya, memanglah aku kena banyak bersabar.
Oklah, untuk sementara waktu, aku tak nak update blog, tunggu Syed dah balik ke DC nanti, ha, masa tu lah baru aku buat update, tulis cerita pasal dia tuh, kata aku dalam hati. Kalau dia dah tak ada nanti, senanglah sikit aku nak tulis blog, kan? Sure dia dah tak dapat cari blog aku sebab aku pun dah cuba googlekan blog aku, memang tak akan jumpa. Sebab blog aku akan pointkan ke alamat lama aku, which I think, terverylah coolnya.
Ish, meroyanlah jutaan peminat aku nanti nih, ada aku terfikir gitu. Tak apa lah, diaorang peminat aje kan, bukannya kawan-kawan aku pun sangat kan? Kalau kawan-kawan aku, sure diaorang selalu lepak kat tagboard, dan sure diaorang akan tahu url baru aku kan? Sebab tagboard aje lah tempat aku kasi update, tempat menghubungkan aku dengan kawan-kawan aku kan? Ha, itulah, dulu aku dah beritahu, jangan take for granted yang blog aku nih akan sentiasa berada di awang-awangan.
Biar padan muka diaorang tuh, baca blog senyap-senyap, tak nak ambik tahu. Bila aku pindah url blog, baru gelabah masing-masing, kan? Biar diaorang terseksa, biar diaorang merana. Rasakan! Wakakakkaka *Mamposlah statement macam artis pencen*