Thursday, October 11, 2012

15032008


Tak ada masalah pun tidur sekatil, lena aje kitaorang. Syed tidur hala ke dinding, aku tidur membelakangkan dia. Tak berlaga bontot pun. Lelaki memang gitu kot, tidurnya tertib aje, tak bergerak-gerak. 

Aku tak tahu macamana Syed nak cari kerja sebenarnya, kerja yang macamana yang dia nak cari, so aku bukakanlah a few websites (craigslists.com sama backpage.com) tempat cari kerja yang sometimes are just too nasty and dangerous. Aku tunjuk sana-sini tapi dia macam tak berminat aje. 

"Tak kan aku nak kerja bodoh-bodoh ni Joe", dia mula kasi alasan. Aku tak terasa hati pun walaupun kerja bodoh, tapi gaji aku hampir tiga kali ganda dari kerja di Chinese restaurant. Dapat dari craigslist.com kerja tuh. So seharian tuh kitaorang tak buat apa pun, keluar pergi breakfast, lunch and dinner aje. Mamposlah kalau macam nih, kata aku dalam hati. Tak apa, aku nak tengok dulu macamana keadaannya. Aku tak nak lah aku yang tensen-tensen sedangkan Syed rileks aje. Cuma aku tak suka bila dengar dia cerita nak buat itu ini, once dapat kerja yang bagus nanti. Biasanya aku akan pintas cakap dia tuh, aku terus kata, "Kau cari kerja dulu lah...."

Tapi kan, lama-lama bosan jugak aku jadinya, aku asyik nak marah aje akhirnya. Aku selalu perli dan sindir-sindir dia aje. Pantang dia cakap, ada aje aku jawab. Sampaikan aku terfikir yang dia nih macam tak ada perasaan sebab bertubi-tubi aku sindir dia, dia selamba aje. Masih boleh gelak-gelak. Then again aku rasa aku patut buat macam tuh, aku tak boleh berlembut sangat. Orang macam tuh memang susah nak sedar, kan? Kena selalu sedarkan dia. I have to hit him hard walaupun aku rasa`macam bersalah aje tiap kali aku perli dia.

Malam tuh aku cari kat internet, nama-nama employment agencies yang kat Manhattan. Esoknya kitaorang nak pergi redah cari kerja. Bukannya employment agencies orang Asia yang cater untuk orang-orang gelap macam aku nih. Ini kira macam head-hunter lah gitu, yang legal, yang betul-betul punya, yang American punya. Yang kerjanya bagus-bagus, gajinya berpadanan dengan qualification dan experience. Ada lah aku salin a few nama companies, employment agencies, yang semuanya di sekitaran Times Square. 

Pagi-pagi lagi lepas breakfast, kitaorang terus pergi. The first one tuh kat  this building kat sebelah Empire States Building. Nak masuk ke situ pun rasa macam takut-takut aje sebab tempatnya dikawal rapi, macam tempat hebat aje gayanya. Aku suruh Syed sorang aje naik ke atas sebab nak kena register bagai, aku tak nak lah gunakan fake ID aku tuh. 

"Jom lah naik sekali, tak kan kau nak suruh aku pergi sorang-sorang?", Syed ajak aku. So aku ikut aje lah. Memang pun, kelas sangat tempatnya, Syed (kitaorang) yang pakai serebeh aje tuh, macam tak dilayan aje. Takat disuruh hantar resume aje. Memang kitaorang tak expect yang nak ke tempat-tempat gitu kena pakai smart-smart, kitaorang pakai biasa aje. Then kitaorang ke office lain, a few blocks away. Tak ada lah nampak macam hebat sangat office yang kedua tuh tapi memang ramai kitaorang tengok, orang yang tengah isi application forms, ada yang tengah tunggu untuk diinterview, semuanya lah. Syed disuruh fill in a few forms, sebab dia tak bawak CV. 

"Eh, aku bawak balik ajelah form ni, esok datang semula. Aku lupa lah apa aku tulis kat resume aku", dia macam cari alasan tak nak isi form tuh. 

"Ala, apa susahnya? Tak kan kau lupa apa-apa info pasal diri kau? Buat sekarang lah, kalau kau bawak balik, sure kau dah tak datang sini dah. Apalah bodoh punya manusia!", aku kata gitu. 

"Ok, ok, ok", itu aje jawab dia, terus dia isi form tuh. Memang bengap kan, bukannya dia ada kerja pun selama ini sampai lupa apa-apa info kat CV kan?Tak lama tuh nama dia dipanggil untuk introduction apa tah. Bukan proper interview, more towards nak tahu dia punya computer knowledge, typing skill, benda-benda gitu. Lama interviewnya, sampai tertidur aku menunggunya. Then dia dipanggi untuk diinterview sekali lagi, yang lebih proper. Tapi tak lama lepas tuh dia keluar semula, rupanya dia disuruh datang besoknya sebab dia tuh tak properly attired. Disuruh datang esoknya, pakai kemas sikit, untuk diinterview sekali lagi. So kitaorang terus aje lah balik. 

"Waaa, baru berapa hari aku sama kau Joe, ada improvement. Bagus punya ni Joe. Caya lah Joe", kata dia. 

"We are in the middle of the city, macam tak percaya lah Joe. You parents must be so proud of you lah Joe. Kau ni nampak aje simple tapi kau pandai lah Joe", lega jugak aku mendengarnya yang dia tuh macam bersemangat nak cari kerja.

On the way ke rumah, kitaorang singgah sekejap kat kedai pakaian sebab Syed tak ada baju dan tie. Aku kasi dia 20 dollars sebab masa aku masuk kedai tuh, aku nampak ada banyak baju yang harganya 17 dollars. Memilihnya mengalahkan perempuan lagi, dibelek satu persatu. Bila aku kata aku nak blah dulu, baru lah dia ambik this one baju, sama tie. 25 dollars semuanya tapi masa dia nak bayar tuh, aku ada tengok yang dia ada pegang duit 5 dollars. So aku tak lah tokok lagi 5 dollars, aku buat tak tahu aje bila dia jeling-jeling akau, nak suruh aku bayar another 5 dollars. 

Malas lah pulak aku nak belikan dia kasut, so dia kata dia nak pakai kasut aku aje. Dia besar dari aku, aku tak rasa kasut aku muat tapi bila dia cuba, ngam-ngam pulak [*biasanya, orang yang telapak kaki besar nih, kote pun besar kan?*], so selamat lah duit aku. 

Besoknya dia pergi interview, aku tak keluar pun sebab nak pergi sembahyang Jumaat. Balik dari interview, terus dia kata yang he did well, cuma tunggu aje lah kalau ada tawaran kerja dari head hunter tuh. Aku tetap suruh dia cari ajensi kerja yang lain, cuba sebanyak mana yang boleh tapi dia kata cukuplah dengan satu tuh. Aku macam tak percaya aje bila dia kata yang selama ini dah dua tiga ribu resume yang dia hantar tapi satu pun tak ada jawapan. 

Sebab esoknya aku akan mula kerja, aku ajak dia ke Times Square, cadangnya nak tengok wayang. Hujan lebat pulak tuh, kitaorang pergi makan dulu kat satu Pakistani/Indian restaurant kat sebelah Port Authority Terminal. Makan beriyani, buffet style. Sesambil tuh tengok filem Hindi apa tah tajuk dia, Shah Rukh Khan berlakun. 

"Aku suka style kau lah Joe, selamba aje makan kat tempat-tempat macam ni. Ini macam makan kat hotel ni", kata Syed. 

"Ala, kalau aku sorang-sorang, aku tak makan kat sini", aku jawab gitu.

"So kira bagus lah aku jadi kawan kau ni kan?", kata Sy*d. 

Tak ada pulak wayang yang sesuai dengan timing kitaorang, yang ada semuanya akan main dalam masa sejam setengah. Kat luar hujan lebat, memanglah tak dapat nak merayau-rayau kan? So kitaorang terus aje lah balik ke rumah.Nak kena tidur awal sebab besoknya Saturday, aku mula kerja pukul 10 pagi. Aku kena bertolak awal sebab weekends biasanya train tak banyak.