"Eh kalo kamu mahu masak guna aja kompor lestrik (dapur letrik) yang aku beli tu aja", kata Yanti, masa aku balik kerja ituhari.
"Gak, aku udah beli makanan jadi, Ti", aku kata gitu.
"Kalo kamu mahu mandi, air harus direbus dulu. Masalahnya gas ku udah dipotong sih", kata Yanti lagi.
"Gapapa, aku tahu itu", aku jawab.
Dah lama gas kena potong, baru tu lah dia nak beritahu aku. Dah berapa lama aku tak mandi, dia tak tahu. Kecuali dua tiga hari lepas. Mandi yang terpaksa mandi. Wajib mandi. Itulah, penangan banyak makan bawang besar lah tuh. Punyalah siksa mandi air sejuk yang dah beberapa minggu gas dipotong tuh. Rasa macam mandi air batu aje. Dah lah kat luar sejuk. Sebijik macam mandi ais rasanya. Sampai keras-keras badan aku dibuatnya. Keras kejung. Anu aku pun jadik keras.
Yanti sekarang sibuk mengemas barang-barang dia yang teramatlah banyaknya tuh. Satu treler tak muat gayanya tuh. Tapi sebab bilik yang dia nak sewa tuh tak besar, jadi some of the barang dia nak kasikan kat Ara aje, selebihnya disimpan di storage.
"Aku mungkin nggak bekalan lama di sono, aku mahu coba sebulan dulu. Nanti kalo udah punya uang, aku mahu nyewa rumah sih", kata Yanti.
Memang aku tak rasa Yanti akan boleh lama, dia tuh dah lah kawin sama American, perangainya memang tak akan ngam dengan average Indons. Cara fikir dia banyak beza dengan cara fikir most Indons yang kat sini. Lagipun, keadaan rumah yang didiami a few keluarga tuh, memanglah tak akan ngam dengan style Yanti, yang selama ini tak pernah tinggal sebumbung dengan keluarga-keluarga lain. Tapi sebab dia tak ada duit untuk bayar sewa di rumah sekarang nih, dan bills pun dah menumpuk, itu yang dia terpaksa pindah tuh.
Cuma masalahnya sekarang, Ita dah balik semula ke rumah, sebab dia gaduh dengan Ara. Ara kan ker tengah sarat mengandung? Nak melayan budak yang perangainya memang tak boleh dikawal tuh? Dan Yanti pulak terpaksa cari bilik yang lain untuk Ita, di tempat baru nanti. Kalau tak ada, terpaksalah diaorang bertiga tinggal sebilik. Ita, Yanti dan Will.
Dan Ita pulak ada bawak kawan dia, budak Cambodian, yang lari dari rumah. Baru umur 16 tahun budak tuh. Dan Ita kata yang kalau Yanti tak kasi budak tuh menumpang di rumah sekarang nih, Ita pun akan lari semula. Mana lah tak stress nya Yanti tuh. So, terpaksalah dia menanggung seekor lagi biawak hidup. Budak tuh, punyalah malasnya, kuat makan, online memanjang, sambil menalipun. Langsung tak respek orang. After a few days, Yanti jadi bengang dan dia carikan kerja, so that budak tuh ada duit dan boleh menyewa sendiri di tempat lain. Tiga empat kerja yang dicuba, semuanya dia tak nak. Bosan kerja sama orang Indo yang tak reti English tuh, kata dia.
------------------------
Aku punya kehidupan seharian masa tuh, walaupun aku dah tak memasak, walaupun aku ada extra masa, tapi aku tak boleh tidur. Itu yang aku kata aku cuma dapat tidur 3 jam aje sehari. Bergolek kat tilam lebih lama dari tidur. Itu yang aku terpaksa makan TylenolPM aje kerjanya. Dan yang peliknya, makan ubat tuh pun, walaupun after a few minutes aku akan tertidur, tapi masih tak boleh lena. Biasanya, kalau makan ubat tuh, aku akan lena tidur. Ini tak, masih jugak 3 jam tidurnya. Aku jadi macam stress jer akhirnya.
Aku nih memang orang yang selalu fikir bukan-bukan, tapi ada benda yang aku tak akan fikir bukan-bukan. Atau, dengan kata lain, ada benda yang dulunya dah aku fikir bukan-bukan, tapi sekarang aku dah tak nak fikir bukan-bukan lagi dah. Aku dah tak nak layan dah fikiran tuh. Pasal kesihatan. Dulu pernah aku fikir yang dengan keadaan aku macam nih, kalaulah aku sakit, kalaulah ada bencana kat diri aku, macamanalah ceritanya kan? Ada aku terfikir gitu dulu tuh. Memanglah, aku kena fikir semua tuh. Tapi sekarang aku dah tak fikir dah. Ngeri kalau nak fikir. Tak akan jadi kerja, tak jadi apanya lah. So might as well aku tak payah fikir, kan? Macamana pun, aku tetap simpan di hati yang aku tawakkal ajelah, dan kalau lah ada apa-apa terjadi dengan aku, aku akan redha aje. Tawakkal dan redha.
Tuhan, aku janji nih, aku dah lama tawakkal, dan aku akan redha. No regrets whatsoever. Nope.
With that in mind, aku kenalah berusaha menjaga kesihatan aku. Aku kena sihat. Dan aku kena kuat.
So bila aku setiap hari rasa sakit kepala (lepas makan ubat pun masih sakit rasanya), bila aku dah kurang tidur, bila aku rasa di dada aku macam ada something yang stuck kat situ, dan bila mata aku pun semakin rabun rasanya sampaikan nak tengok tulisan pun dah tak berapa jelas, aku pun terfikir yang aku kena buat something.
Oooppps, bunyi macam nak berhenti kerja jer nih kan?
Sejak aku beli buku-buku ituhari, aku adalah kurangkan sikit aktiviti penginternetan aku. Sikit ajelah, dalam sesetengah jam gitu. Dan di waktu kerja tuh, aku cuba-cuba tidur. Tapi tak lelap. So aku cuba-cuba baca buku aje lah. Errmmm, tak sampai 3 mukasurat, aku dah tersengguk-sengguk. So aku online. Terlama lah pulak jadinya. Then baca buku lagi. Dalam-dalam pukul 6 pagi membawak ke pukul 11 tuh, itulah masa paling siksa. Jangan cuba-cuba lah nak baca buku, jangan cuba-cuba lah nak tengok tv. Terlelap di situ aje. Cuma yang peliknya, kalau aku online tuh, itu tak ada apa-apa hal pulak. Itu yang aku moskel tuh.
Aku balik ke rumah that Monday morning (afternoon dah sebenarnya) tuh, aku terserempak dengan Yanti sama Will. Diaorang baru turun kereta. Punyalah terkejut aku sebab kereta tuh bukan lagi kereta Ford putih diaorang yang bertampal plastik tuh. Tapi Audi! Audi siot!!! Audi yang dekat tiga puluh ribu US dollars tuh. Yang dah dekat dengan harga Lexus. Audi??????? Kaler hitam lagi!
Tapi aku selamba ajelah lepas tuh, aku tanya, "Mobil baru, Ti?. Bagus modelnya, mahal ini Tie. Hebat kamu". Memanglah ada unsur-unsur sindiran di situ tuh.
"Iya, kerna mobil putih ku udah mahu ditarik jadi aku tuker, ambil mobil yang baru", kata Yanti.
"Mahal ini Ti, berapa bayer bulan-bulan?", aku tanya lagi.
"Dalem empat ratusan, cuma aku nggak perlu bayer sekarang sih. Nanti Juli aku mula bayer", kata Yanti. Dia nampak macam malu-malu aje bila aku tanya gitu tuh so teruslah dia kata yang sekarang nih sebab Will dah balik bekerja di sama tempat dengan dia, dan akan datang dia dah tak payah guna banyak duit sangat (comparedkan dengan kalau dia sewa sebuah rumah), itu yang dia kata dia mampu bayar. Aku rasa nak ketawa ada, rasa kesian pun ada. Memanglah, kalau takat $400 sebulan tuh memanglah boleh dibayar tapi insurance, maintenance? Dan yang buat aku nak gelaknya, diaorang pun lebihkurang macam aku jugak, kerja kuli cabuk aje. No doubt di tahun-tahun akan datang Yanti akan buka business kecantikan dia, tapi, isn't it too early nak bergaya gitu dengan kereta Audi? Entahlah, tak faham aku manusia nih.
Tapi sebenarnya aku jeles jugak, sebab aku walaupun mampu berkereta mahal gitu, tapi sebab aku nih orang gelap, so terpaksalah aku lupakan semuanya tuh. Macam aku cakap ituhari, kat Amerika nih, hidupnya senang sangat kalaulah legal. Tapi kalau orang gelap, tersangatlah menyeksakan.
So itu ajelah setakat ini perkembangan kisah keluarga Yanti. Mungkin nanti dah tak akan dengar dah kisah diaorang nih bila aku pindah. Tak tahulah kalau-kalau akan datang aku akan terserempak dengan diaorang lagi. Aku pun rasa macam sedih jugak nak berpisah dengan diaorang yang walaupun perangainya tah apa-apa, tapi, macam aku cakap dulu, diaorang dah aku anggap macam keluarga aku.
That Tuesday night aku pergi kerja macam biasa, for the very first time aku tak tidur pun sepanjang perjalanan. Tah kenapa tah. Sibuk jugak kat kedai tuh masa aku sampai sebab bini Mr Yong terkejar sana terkejar sini buat kerja, melipat pakaian customers. Terus ajelah aku menyapu lantai. Bengang jugak aku sebab sepanjang hari, kalau kotor gitu, diaorang biarkan aje. Tapi kalau aku datang kerja, semuanya nak bersih. Tengah aku mengelap meja tempat orang melipat pakaian, Mr Yong yang dah nak balik gayanya tuh, datang kat aku.
"Don't use (the) computer after 6 ok?", dia cakap gitu kat aku.
Terus aku sentap!
Dan secara otomatik, dalam hati aku kata aku akan berhenti kerja. Betul-betul otomatik gitu, macam kiranya Mr Yong picit button aje tadinya tuh. Macamana pun aku tak puas hati so aku tanya dia balik.
"Why can't I use the laptop after six?". Aku beritahu jugak yang aku guna laptop tuh masa dah siap buat kerja semuanya, dan kalau ada customers datang, aku tetap layan diaorang, dan biasanya kalau awal pagi, 6 am onwards, memang tak ada orang. Dia tak boleh expect aku akan duduk tengok tv aje.
"No, you take care (of the) customer(s)", dia kata gitu. As if aku tak layan orang yang datang?
"Can I do my reading instead?", aku tanya lagi.
"You watch tv", jawab Mr Yong. Cibai!
Bila dia kata gitu, aku angukkan-anggukkan kepala, sambil senyum. Tapi bila aku berpaling aje, aku gelengkan kepala. Then aku gelak. Kuat punya gelak sampai termalu aku kat customers yang ada dua tiga orang, yang tengah melipat pakaian. Terus aku ke bilik air. Dalam bilik air aku gelak. Gelak segelak-gelaknya.
"You are in for a big surprise tomorrow, buddy!", aku fikir gitu dalam hati.......