Minggu lepas, on my day off, I was a little tak keruan to say the least. Sebab masa tuh tak ada internet access kat rumah. Itu yang aku resah aje, itu yang buat aku terkeluar merayau-rayau kat city center malam tuh. With the intention of going to Kinko's lah. Itu yang kat Banana Leaf Restaurrant pun, aku ter-on kan laptop aku, nak check kalau-kalau ada signal. Ada. So next time kalau terdesak sangat, boleh aku online dari situ ajelah.
Dan hari-hari selepas itu, aku pergi kerja agak awal, sampaikan Yanti terperasan. Dia tanya aku apa pasal aku keluar kerja cepat, kalau dulu tuh pukul 9 setengah baru aku keluar. Ini, belum pukul lapan aku dah usung beg. Selamba aje lah aku kata aku nak ke Kinko's sebab aku dah tak ada connection kat rumah. Agaknya dia terkesian tengok aku yang menderita, yang bila dia kata mungkin laptop aku rosak dan aku dengan konfidennya kata ther's nothing wrong with my laptop, sambil aku tunjukkan ke arah pc Ita sambil kata, "salahnya di sono", itu yang dia cepat-cepat suruh Will tengok-tengokkan apa masalahnya.
Memang pun, kabel modem aku dicabut. So sekarang nih everything's back to normal. Seminggu aku menderita ituhari. Dan macam biasa, nobody knows penderitaan aku, aku buat selamba aje. Cuma aku terpekik terlolong kat blog aje. So untuk sementara ini, aku dah tak ada terfikir untuk pindah cari bilik sewa yang lain. Lawak kan, sebab tak ada internet, sampai nak pindah rumah. Tak jugak sebenarnya, aku rasa Yanti needs me now sebab Will dah tak kerja for the last 2 weeks. Selamba aje Will tuh, tak ada gaya pun nak cari kerja. Dan Yanti, bila keadaan-keadaan macam tuh, dia akan cerita kat aku.
Ita dah balik semula ke rumah sekarang nih, so basically aman lah jugak Yanti sekarang. Kelas kecantikan dia dah nak habis pun dah, dan dia banyak masa jugak untuk terima orang yang datang nak urut, most of them orang hitam. Oklah macam tuh, kasi calm lah sekejap, sebelum Ara bukak cerita pasal dia punya pregnancy pulak nanti. Yanti masih ingat aku tak tahu apa-apa cerita, dia masih memburuk-burukkan Papo, boyfriendnya Ara. Dan dia sibuk menalipun boyfriend Ara yang di Indonesia sebab mamat tuh nak kawin dengan Ara. Mamat tuh keluarga kaya raya di Indo, aku tak berapa tahu tapi dengar cerita Ara, mamat tuh adik kepada seorang penyanyi dangdut yang ngetop di Indo.
---------------------------------------
Hari off aku minggu nih lain pulak ceritanya. Aku tak ke mana-mana pun, memerap di rumah aje sepanjang hari. Snow kat luar, itu yang buat malas keluar tuh. Semalamnya tuh snow turun seharian, kat tempat kerja, dari mula aku masuk kerja pukul 11 malam, sampailah pukul 8 pagi, baru lah ada orang datang cuci baju. Masa aku nak balik pukul 11 pagi tuh, datang sorang lagi. Itu aje customers yang datang. So semalaman lah aku online malam tuh. Aman jer rasanya.
The last few days aku sibuk jugak sebenarnya, sibuk menguruskan hal-hal aku lah, buat plan itu ini, talipun sana sini. Sekarang nih aku kalau menalipun Malaysia (atau mana-mana negara lain) aku dah tak pakai card dah, talipun direct jer guna cellphone. Terlama pulak cakap biasanya. Rasa leceh pulak nak pakai card, dah lah line selalu putus, tak clear pulak tuh. Memang aku nih nak ambik jalan senang aje. Nanti nak bayar bill mula lah terkulat-kulat. Tak apa, aku akan bayar sikit-sikit, every two weeks aku bayar, so tak lah nampak sangat yang aku membazir duit.
Aku gitu lah, bilamana (ambuih bahasa) datangnya semangat, bilamana dapat idea yang bernas-bernas, aku dah tak fikir dah benda-benda yang lekeh-lekeh. Aku akan jadi excited gitu.
Aku tak nak lah tulis detail sangat pasal plan-plan aku, dan apa yang membuatkan aku jadi excited and raring to go all out nih. Nanti kalau tak jadi, aku jugak yang akan berkemaluan besar kan? Might as well diamkan dulu, buat senyap-senyap tanpa perlu diwar-warkan sangat. Walaupun aku rasa tak fair to my blog kalau tak tulis pasal apa yang aku tengah fikir nak buat semua tuh. Walaupun aku rasa nak sangat tulis apa sebenarnya yang bermain di kepala dan apa sebenarnya yang berfikir di otak aku. Tapi aku kena pentingkan imej dan airmuka aku, di mata orang yang baca blog aku, kan? Kan ker aku nih public figure?
So basically, aku tengah sibuk untuk mengoccupykan diri aku dengan segala perancangan yang boleh membuatkan fikiran aku tak memfokuskan ke benda-benda remeh yang akan hanya mengedownkan aku. Aku sorang-sorang, ke sana sini sorang-sorang, kerja pun sorang-sorang, tengah malam buta pulak tuh, so banyak benda yang boleh aku fikir, kan?
So, daripada aku sentiasa fikir benda-benda yang berbentuk negatif, daripada aku sentiasa meratap meraung memikirkan hidup aku, daripada aku sentiasa kata "how lucky those bastards out there are", lebih baik aku menggembling tenaga empat kerat aku nih kearah membuat benda-benda yang lebih berpositif. Buang karan aje aku selama ini rupanya. Nasib baik tak short-circuit.
Inilah usaha-usaha murni aku ke arah untuk mengoccupykan diri aku, supaya aku nampak macam sibuk (nampak macam bagus?), supaya aku tak ada masa sangat nak fikir benda yang bukan-bukan, yang akan hanya menyerabutkan otak aku nih. Biar aku serabutkan otak aku nih dengan fikir dan buat benda-benda lain pulak. Itu baru lah challenging sikit, kan?
A Bangla. His Plans, His Fears. And His Dreams