Pukul 1 pagi, bila dah tak ada orang, aku macam biasalah, terus on kan laptop. Kejap ajelah masa berlalu bila dah online tu kan? Itu yang aku seronok nya kerja di sini nih, masa cepat berlalu. Aku, kalaulah kerja kilang, kalaulah kerja kat gudang ker, kalau jam-jam segitu, sure dah terlelap punya lah.
Bila dah lapar, bila nak makan, baru lah aku terasa sakit, sakit rahang. Nak bukak mulut sakit rasanya, apa tah lagi nak kunyah nasi. Terpaksalah aku jolok-jolokkan aje nasi tuh, aku telan gitu-gitu aje. Masa tuh la baru rasa macam insaf jer, yang itupun nasib baik Tuhan masih kasi nikmat makan kat aku. Orang lain tuh yang langsung tak boleh makan, tak ada deria rasa, itu lebih teruk, kan?
So di sepanjang pagi tuh, sampai pukul 7 something, aku gitu ajelah, kejap online, kejap buat-buat buat kerja. Mintak-mintak boss aku tertengoklah aku kat kamera masa aku tengah buat kerja, jangan asyik tertengok aku tengah online aje. Lap sana sini sesikit. Sembang-sembang dengan a few customers. Ada dua orang tuh suruh aku buat police report, ada yang suruh aku buat press charge. Aku senyapkan ajelah sebab diaorang tak patut tahu yang aku tak ada papers. Ada one guy tuh, dia nih Correction Officer, dia suruh aku beli pepper spray, which bagi aku memang idea yang baik jugak. Tapi rasa malu pulak nak bawak pepper spray, terasa macam budak-budak perempuan yang takut kena rogol aje kalau bawak pepper spray tuh.
Nak menunggu pukul 11 pagi tuh yang terasa lama nya, dan Boss aku ni pulak memang pandai orangnya. Dia tahu yang malam tuh aku off, so dia, aku perasan, akan selalu datang lambat. Dia ada talipun kata lambat dalam masa setengah jam. Kalau hari-hari biasa dia lambat dan tak ada pun talipun aku, so kalau dia talipun tuh maknanya memang betul-betul lambat lah kan dia akan datang ke kedai?
Pukul 12 lebih baru dia sampai, rupanya dia nak hantar aku ke Chinatown sebab semalamnya aku ada kata aku nak buat acupuncture treatment, saja lah nak tune up my body. Selama ini kalau dia kata nak hantar aku ke Chinatown, memang tak pernah aku ikut tapi sebab kebetulan aku pun nak ke sana, aku yes kan ajelah. Rupanya dia nak tunjukkan kereta dia yang baru dibeli semalamnya. Camry, model apa tah, baru punya kereta. Lawa gila. Patutlah semenjak dua menjak nih dia lambat aje datang kerja, rupanya dia sibuk uruskan pasal pembelian kereta. Bila dia kata kereta tuh harganya 19,000 aje dan dia hanya bayar 400 sebulan (deposit 3000 lebih), aku rasa macam sedih, macam jeles gitu. Dalam hati aku kata, senangnya duduk kat Amerika nih kalau legal. Dan aku terfikir, kalaulah aku ada papers, kalaulah aku nih legal, rasanya dah lama aku pakai BMW. Bukannya mahal sangat. Takat kerja macam aku nih mampu bayar bulan-bulan. Tapi itulah, takat berangan ajelah yang aku boleh buat.
[Ada satu lagi benda yang kitaorang sembangkan, tapi ini aku kena buat entry lain nanti pasal it is quite interesting, bersambung-sambung dari dulu. Nanti aku cerita, InsyaAllah. Tajuk entry tu nanti, Sepet - korang dah dapat hints dak? But he's so serious, selalu sangat tanya aku pasal tuh]
Sampai kat Chinatown, aku suruh dia drop me off kat mana-mana ajelah tapi dia berkeras ajak aku makan dulu. Tak lama, kata dia, dia nak ajak makan kat kedai Cina tepi jalan tuh. Ish, aku kena lari lah kalau gitu tuh. Kalau makan kat Penang Restaurant ker, mungkin aku nak. So puaslah aku kasi excuses, kata nak buat acupuncture treatment tu lah, nak jumpa kawan lah.
Then aku tanya dia, samada aku off atau tidak malamnya. Saja lah buat-buat tanya. "You want to work tonight?", dia tanya aku. "That's good", dia kata lagi. Sebelum aku terbesetuju, ,aku nih bukan boleh percaya sangat, kalau nak collect points tuh, sanggup aje buat apa-apa aku kata lah yang aku ada plan lain. "If you want to work everyday, that's better for me", dia kata gitu.
"It's too late now, maybe next week", aku kata gitu sambil terus keluar. So sepanjang jalan ke klinik tuh aku fikir, kalau dia suruh aku kerja setiap hari pun ok jugak, dapatlah a few hundreds extra dalam sebulan. Lagipun, bukannya aku kerja sangat, online aje yang lebihnya kerja tuh tak susah, aku selama kerja pun tak ada pressure langsung. The only thing yang aku tak suka, tempatnya jauh. (Laaa, lupa aku nak cakap, Mr Yong suruh aku sewa bilik kat Chinatown aje)
Bila aku nak menyimpang masuk ke corner klinik tuh, aku nampak Mr Yong tengah masukkan duit parking meter, ish, malas terberjumpa dia lagi sekali, terus ajelah aku jalan aje ke arah subway. Singgah sekejap di Walgreens, cadang nak beli beli ubat-ubatan aje tapi terbelilah jugak benda-benda lain. Sementara tunggu TylenolPM yang aku telan sampai 3 bijik tuh kick in, aku online lah sesekejap. Salah statement tuh. Dah lama online, baru aku telan ubat, then dapatlah online lagih sementara tunggu mengantuk. Sedar-sedar dah pukul 9 lebih, itupun sebab ada orang talipun.
(Sebelum aku lupa, aku nak ucapkan terima kasih yang teramat banyak lah pada sesiapa yang ada call aku, yang hantar sms, YM, messages kat tagboard, email, semua caralah)
So the rest of the night tuh aku online aje lah, bila letih dan lapar, turun ke dapur sekejap masak meehon. Then aku online lagi, then tidur 3 jam, then online lagi sampai Subuh, then tidur sampai 8 am. Dah lapan lebih baru aku kelam kabut nak bersiap untuk keluar, nak print itulah, inilah. Lepas breakfast kat McDonald's, aku ke post office sebab nak buat Money Orders. Puas jugaklah bertaki dengan kerani tuh sebab dua minggu lepas, aku nak buat Money Orders ke company XXXX di Canada tuh, aku guna US Money Order. Dan duit tuh sampai. So kali ini dia suruh aku buat International Money Order dan kena charge dalam 40 dollars gitu, aku tak nak dan aku tetap berdegil nak guna US Money Order jugak. Last-last aku ikut lah apa yang dia sarankan, buat International Money Order.
Masa di subway station, aku macam trauma jer, tengok orang hitam aku rasa macam saspen aje. Di sepanjang jalan ke library pun sama. Macamana pun, aku rasa bersemangat sesangat, tah apa yang aku semangatkan aku pun tak tahu. Nak kata excited pun iya jugak. Dah hilang dah rasa bengang, rasa sedihnya. Timbullah pulak rasa tak mengedan-dan nak buat something. Mood macam baik aje. So aku set kan untuk lepak di library 3 jam, then balik ke rumah, masak apa-apa yang patut.
Aku nih gitulah, kalau masa bersemangat, aku suka kat diri aku. Aku siap sengih-sengih lagi bila plan nak buat ini, then nak buat itu, then buat benda lain pulak. Tapi kalau masa down tuh, aku jadi malas. Malas sesangat. Kalau kat rumah tuh, aku biarkan aje benda-benda bersepahan. Nak pergi kencing pun malas kadang tuh. Kalaulah muncung botol tuh lubang dia besar sikit aje, harus aku kencing dalam botol aje. Sampai gitu takat kemalasan aku. So sementara mood tengah baik dan bersemangat, lebih baik aku kumpulkan segala tenaga upaya aku. Takut nanti down mood tuh datang balik. Sebab mood baik aku nih biasanya kejap aje. Down mood tuh yang lama nya tuh.
On the way balik, singgah kedai Vietnam, beli ikan kering, chilly and tom yam paste. Beli cendol Vietnam jugak. Sampai di rumah terus ajelah aku siapkan bahan nak buat ikan kering goreng tuh. Itu aje makanan yang boleh tahan lama, goreng ikan kering sama jalapeno. Ituhari, sampai dekat dua minggu aku makan. So kalaulah minggu depan aku kena kerja setiap hari, tak payahlah aku pening kepala nak fikir nak masak apa.
Walaupun pintu aku bukak, kipas angin aku hidupkan, tapi bau ikan kering tuh semerbak sangat sampaikan seluruh rumah berbau. Will, suami Yanti ada di bilik dia. Dia nih memang tak boleh tahan kalau bau-bau gitu, tapi aku pernah tengok Yanti masak/buat benda yang sama. Kadang tuh masak taruk belacan lagih. Tengah aku makan, Yanti talipun aku. Dia tanya aku masak apa sebab dia kata Will ada talipun dia kata rumah berbau busuk. Terasa lah hati aku, kan?
"Yaaaa suami kamu, itu pun mahu dibikin lapuran? Kenapa nggak bilang sama aku aja sih? Kenapa harus lewat kamu?". Terus aku matikan cellphone. Memang aku bengang jugaklah. Itu pun nak beria-ia sangat kan? Tak sedar diri yang tiga empat hari lepas, masa nak pinjam duit aku, macam nak menangis-nangis aje gayanya. Oooppsssss......