25042007
"Can I ask you a question?", Daniel tanya aku this one morning masa aku baru aje sampai kat tempat kerja.
"Apa pulak nih?", mek tertanya-tanya dalam hati.
"Next month, can you work every day? I have to go back to China. My grandma died", kata Daniel.
Pundek! Buat aku sentapz aje tadi tuh. Ada ker patut dia tanya "Can I ask you a question?" kan?
"Yes of course", aku jawab gitu. "How long are you going to be away?", aku tanya dia.
"Maybe 3 weeks, maybe 4", dia kata. "You work everyday and when I come back, you can off together", dia kata gitu. Maksud dia, aku kena kerja setiap hari dan nanti boleh ambil off tuh serentak. Macam kumpul cuti gitu. Rupanya Daniel akan balik sorang aje, bini sama anak-anak dia tak ikut balik. Kalau semuanya balik ke China, harus aku tutup aje kedai tuh.
Aku pk kan aje, cuma aku kata yang setaip jumaat aku nak ambik sejam setengah break untuk pergi Sembahyang Jumaat. So bini dia yang akan buka kedai tuh setiap hari (pukul 7 pagi) sampailah aku datang pukul 9 tuh. Dia suruh aku tolong buka pintu dan tingkap roller shutter tuh sebab mana lah larat perempuan nak buat kerja-kerja gitu kan?
Berat rasanya terpaksa kerja setiap hari. Selama 3 minggu, ataupun sebulan. Dah lah setiap hari kerjanya 13 jam setengah. Itu yang aku dok fikir tuh, harus stress jadinya aku nanti tuh. Sedangkan nak tunggu off yang sehari seminggu pun tercungap-cungap aku dibuatnya, inikan pulak nak tunggu lagi 3 atau 4 minggu baru ada off, kan?
Mampos!
Bererti aku kena bersiap sedia, kena cukupkan bekalan kad talipun, makanan (aku sekarang nih, setiap pagi, makan frosted flakes, taruk anggur sama strawberry, kelas dak aku?) dan apa-apa lain yang patut lah. Nak potong rambut, nak bayar bill talipun, nak buat laundry, semuanya tuh kena buat on my last day off sebelum Daniel berangkat.
Masalahnya, rambut aku belum panjang lagi nih, dua minggu lagi baru aku rasa aku patut potong rambut. Dan with me, kalau pasal rambut, kalau aku rasa nak potong, aku nak potong masa tuh jugak. Tak boleh tunggu-tunggu dah barang dua tiga hari. Memang itu perangai pelik aku sejak dulu lagi.
-----------------
So harinih 24/04, aku off. Mungkin off terakhir sebelum Daniel balik ke China. Kalau lebih seronok, biarlah minggu depan aku ada off lagi sekali, sebelum dia blah. Sebab masa tuh dah dapat gaji, kan? Dapatlah aku enjoy dulu dengan duit gaji, sebab the next 3 or 4 weeks tuh nanti aku dah tak akan dapat ke mana-mana dah.
Sebab semalam tidur lewat, (lepas Subuh baru tidur), dekat pukul 10 lah baru aku terbangun. Itu pun macam dipaksa-paksa. Kalaulah aku tak kena buat panggilan talipun, kalaulah signal talipun di bilik aku tuh clear, harus aje aku menalipun sambil baring-baring. Tapi sebab line tak clear, aku kena keluar.
So, macam minggu lepas jugak, aku ke city center berjalan kaki aje. Cuaca elok, panas yang nyaman, yang tak melekit. Aku pakai t-shirt sehelai aje, tak pakai jacket pun. Siap pakai sunglasses lagi tuh. Ramai orang yang keluar jalan-jalan kalau masa panas-panas gitu tuh, so nampak macam happy aje semua orang. Tak ada lah tempat nak dituju sangat pun, cuma aku berkeliaran nak cari tempat untuk breakfast aje. Melilau lah aku ke sana sini. Nak masuk cafe ini, nampak macam kokak sangat tempatnya. Nak masuk deli sana tuh, nampak macam crowded pulak tempatnya. Nak masuk sidewalk cafe yang kat depan tuh, nampak macam kelas sangat cafe nya. Susah jugak nak cari tempat yang macam sesuai dengan jiwa aku. Aku suka kalau tempat tuh tak crowded, agak tersorok, tapi bersih dan nampak macam ada kelas sikit.
So itu lah, dekat sejam lebih aku melilau sana sini akhirnya aku buat keputusan untuk ke Chinatown, nak minum kat satu bakery yang aku selalu lepak, kalau aku ke Chinatown. Aku suka coconut bun kat kedai tuh. Rupanya kedai tuh tutup untuk renovation, so terpaksa aku merayau ke tempat lain, yang by that time dah dekat 12 tengahari.
Last-last aku masuk Banana Leaf Restaurant, Restoran Malaysia tuh. Order roti canai tapi tak mintak kuah (sebab ada ayamnya), instead mintak kuah dal, yang selama ini aku tak tahu pun ada. Sah lah roti canai semalamnya sebab roti tuh rapuh (?) sangat. Garing sangat, jadi macam serbuk biskut aje. Aku tak nampak pun amigo (yang tukang masak kat situ) atau tukang masak yang lainnya, tebar roti canai tuh, so memang sah lah itu roti canai yang semalam. Geram punya pasal, aku biar aje lah serpihan-serpihan roti canai tuh bertaburan di lantai.
Lagipun, aku sibuk jugak masa tuh, mana nak makan, mana nak online (line kat restaurant tuh laju sangat pulak tuh, itu yang best nya), mana nak cakap kat talipun lagih. Kelas sangat aku kan? Aku pakai sunglasses lagi masa tuh, dah lah kat dalam restoran biasanya light dia agak dim kan, so tak lah nampak clear sangat apa yang aku tengok kat laptop tuh. Aku rasa, kalau orang tengok gelagat aku, sure orang takut nak tegur kot. Sebab nampak macam kelas gitu. Ala, aku pun tak pedui kat orang sekeliling yang tak berapa ramai pun sangat lagi masa tuh, cuma ada beberapa orang aje. Ada one Indian couple, Malaysians rasanya, cakapnya punyalah kuat.
Then aku order Assam Laksa, suruh tapau aje sebab kalau nak makan kat situ, sure tak habis punya lah. Dan kalau nak suruh waiter tuh tapaukan sisa makanan aku tuh, kesian pulak kat diaorang. Aku kan pernah jadi waiter? Aku memang tak suka kalau ada orang yang mintak dibungkuskan makanan dia yang tak habis. So, might as wel aku terus suruh tapau aje makanan aku tuh. Bagus aku nih, memahami hati orang, kan?
Sebab aku bawak beg laptop yang nipis tuh (yang aku beli masa kat Pittsburgh dulu tuh. Bukan beg satu lagi yang aku bawak pergi kerja setiap hari tuh), so tak muat aku nak taruk bungkusan makanan aku tuh. Terpaksa aku jinjing aje. Habis, takkan aku nak jinjing plastik beg yang ada makanan tuh untuk ke library? Untuk pergi tengok wayang? Ini dah salah planning dah aku nih rupanya. Kalau beg aku tuh muat ditaruk makanan tuh, oklah, bolehlah aku ke sana sini. Ini, aku terpaksa tukar plan lain, batalkan plan aku untuk ke library, dan untuk tengok wayang.
Aku berbelah bagi jugak nak buat apa, rasanya nak pergi lepak kat taman, nak tidur aje bawah pokok. Macam yang selalu aku buat a few summers ago. Musim-musim panas gini, syok kalau tidur bawah pokok gitu. Memang ada jugak Mat Saleh yang buat gitu, lepak-lepak kat taman, macamlah tak ada rumah nak tidur, kan?
So aku buat keputusan, lepas bayar bill cellphone, aku nak balik ke rumah aje lah. Entah lah, tapi aku rasa macam happy aje, rasa macam bersyukur aje dengan apa yang aku ada, rasa macam berpuas hati aje dengan hidup aku, itu yang aku, sepanjang jalan ke subway tuh, aku asyik fikir aje yang "kira ok lah hidup aku nih untuk sementara ini". Aku ada something to look forward to, setiap hari. So, my life's not all that bad lah sekarang nih after all.
Nak tergelak jugak aku tengok aku sebab aku sanggup jalan aje dari satu station subway tuh ke station yang lagi satu sebab aku nak layan apa yang aku tengah fikir masa tuh. Syok layan benda-benda yang menghappykan otak aku. Dan aku tergelak sendiri bila aku sedar, yang sebab aku macam happy aje, makanan yang dalam beg platik tuh, aku goyang ke depan ke belakang, ke depan ke belakang, sambil jalan tuh. Macam buai gituh. Sampaikan aku tersenyum sorang-sorang.
Cuma masa duduk di bangku waktu nak tunggu train itu aje aku rasa macam sayu sikit. Sebab aku ada tengok poster filem Fracture, yang akan ditayangkan tak lama lagi. Tagline fiem tuh buat aku sedih. It says, "If you look close enough, you'll find everyone has a weak spot". Entahlah, baca tagline itu pun buat airmata aku mula mengalir keluar. Nasib baik lah aku pakai sunglasses to hide behind.
Aku singgah kat kedai Indo untuk beli keperluan aku, kad talipun sampai 4 keping (50 dollars), jamu 10 bungkus, lauk/sayur, bubur pulut hitam etc. Habis seratus lebih aku kat kedai tuh.
Sampai rumah terus aku kemas-kemas bilik, dan aku decide nak pergi buat laundry. Kat kedai dobi tuh terjumpa pulak dengan Martin (yang masa aku kerja KFC dulu, used to be Armi punya kawan baik, used to be Yanti punya housmate jugak kan diaorang sekeluarga) yang tengah melipat pakaian. Rajin Martin tuh, contoh suami yang baik, berguni-guni pakaian yang dia lipatkan, dia pun off jugak rupanya. Dia sekarang kerja kat restoran Jepun, kerja buat sushi. Dia ajak aku join dia tapi bila aku kata aku nak kerja laundry tu aje lah, sebab duit yang aku dapat pun lebih banyak sikit dari kalau aku kerja restoran, dia pun senyap aje lah.
Tapi, walaupun gitu, dia cuma kerja 9 jam sehari, sedangkan aku kerja 13 jam setengah setiap hari. So, kalau dikira betul-betul, memang keciklah gaji aku sebenarnya. Cuma upah cuci spenda orang, dan jugak tips sikit-sikit tuh yang buat tambahannya. Cuma aku nih, kalau orang kasi tips, aku jarang sangat nak terima. Aku cuma ambi tips yang orang buat drop off service aje, tips dari orang lain, yang aku tolong diaorang cuci dan keringkan pakaian, aku tak pernah ambik. Kalaulah aku ambik, harus mewah jugak hidup aku nih. Sekarang nih pun macam mewah aje gayanya. Entah lah, mewah ker boros?
Balik dari buat laundry tuh baru lah aku panaskan assam laksa aku tuh. Ya Rabbi, punyalah sedap sampai berpeluh-peluh aku makan. Aku makan sama cili padi, sampai 6 bijik aku makan. Rasa sayang pulak nak makan semuanya bila dah tinggal sikit tuh so aku tambah air panas sikit, saja nak kasi kuahnya banyak (sebab aku hirup kuah tuh macam minum air), then aku simpan untuk makan malam nantinya.
Agaknya sebab kekenyangan, terus aku landing aje atas timbunan pakaian yang aku longgokkan kat atas tilam. Dan aku tertidur. Nasib baik tak kencing dalam seluar, kalau tidak sure habis pakaian aku. Tak tahu lah, atau ini cuma cerita orang tua-tua, kalau tidur atas longgokan kain yang baru dicuci, sure akan kencing punya lah. Seingat aku, masa aku kecik-kecik dulu, adik perempuan aku selalu gitu, tidur kat longgokan pakaian yang baru diangkat dari jemuran, then terkencing. Kena cuci semula. Budak-budak kot, memang gitu,kan?