Thursday, October 4, 2012

Heads I Win, Tails I'll Never Lose


So aku pun buat keputusan untuk berhenti kerja aje lah. Yang buat aku gelak sangat tuh bukan apa. Kan ker dalam entry aku sebelum ini ada aku beritahu yang aku kalau boleh nak kerja di kedai laundry to selama yang mampu, unless ada apa-apa hal yang tak dapat dielakkan. Kecuali masalah tak cukup tidur, yang lain tuh semuanya aku suka. Rileks, tak ada pressure dan aku bebas. Dan kat entry sebelum ini pun ada aku tulis yang kata lah aku tak ada internet connection kat tempat kerja, aku akan quit the very next day. 

Benda tuh jadi! Masin mulut aku nih. Itu yang aku gelak sangat tuh. Sampai aku pelik, sebab aku, masa gelak-gelak tuh, tak ada sikit pun perasaan marah. Atau bengang. Aku selamba aje. Mulanya aku fikir yang aku nih ikutkan hati sangat, bila Mr Yong cakap gitu aje, aku dah nak berhenti kerja. Bukannya tak boleh internet langsung, kan? Dari pukul 1 sampai enam pagi tuh kan ker banyak masa nak online? Apa pasal sampai nak berhenti kerja? Tapi itulah aku, it's more than that actually. It's not about the internet aje. Memang aku tak ikut kata hati aku. Aku cuma dengar aje (kata hati aku)

Aku tak nafikan yang masa Mr Yong cakap gitu tuh aku ada rasa tersentak, ada rasa kecik hati sikit. Sikit aje lah, hanya for a few seconds pun. Dia cakap aje yang aku tak boleh guna internet after six, terus secara otomatik aku dengar hati aku kata supaya berhenti kerja. That was it. Secara otomatik gitu. Macam Mr Yong tekan butang aje.

Dan kalau aku marah sampaikan aku buat decision nak berhenti kerja tuh, sure aku akan terus beritahu dia, kan? Ini tak, aku diamkan aje, aku gelak, dan aku tunggu sampai dia balik so that aku ada masa nak fikir baik buruknya. So mood aku untuk kerja malam tuh terus hilang. Aku kerja pelan-pelan aje, sambil fikir yang kalau aku berhenti kerja, apa akan jadi. 

Rugi pulak rasanya kalau berhenti, sebab kat situ memang rileks aje kerjanya, aku bebas dan aku boleh online. Mr Yong pun dah suka sangat dengan aku dan aku percaya yang dia tak akan percaya yang aku akan berhenti kerja sebab dia tak kasi aku online lepas pukul 6. Sure dia tak akan dapat terima alasan tuh. Dan aku yakin, kalaulah aku ugut dia kata aku akan berhenti kerja kalau dia tak kasi aku online, sure dia akan melutut menyembah kat aku mintak maaf pasal dia telah menyentuh hal-hal batin aku, internet. 

Lagi satu, gaji aku belum dapat, sepatutnya aku dah dibayar gaji tapi Mr Yong dah tahu yang aku nih bila aje dia akan bayar gaji, aku tak akan merungut, itu yang selalu sangat dia lambat-lambatkan bayar gaji aku. Bermakna, aku mungkin tak dapat berhenti esoknya kalau gaji aku belum dibayar. Dan takkan aku nak tunggu lagi dua minggu untuk gaji yang akan datang, baru nak berhenti. Kalau gitu, might as well aku teruskan kerja di situ, kan?

Aku pun fikir yang kalau aku berhenti kerja, apa kerja aku nak buat? Nak cari kerja kat mana? Sure susah nanti tuh, back to square one, terpaksa ke New York City jumpa MakCik Jenny. Buatnya tak ada kerja yang dekat-dekat? Buatnya ada kerja yang aku suka, tapi tak ada internet? Lagi parah. Kalau aku teruskan kerja kat kedai Mr Yong, at least ada jugak peluang untuk online walaupun dah limited. 

Lagipun, kalau aku berhenti kerja, sure aku akan guna banyak duit untuk ke sana sini nanti, dan masa pun terbuang gitu saja. At least aku akan rugi seminggu. Dah lah aku akan rugi a few days punya salary kat Mr Yong nanti nya tuh sebab dia bayar gaji lambat. Aku cuba fikir benda yang buruk-buruk aje so that aku akan terus tetap kerja di situ. Nak lawan perasaan aku lah kononnya. Sebab aku ada terfikir yang decision aku buat tuh mungkin sebab aku marah. 

Tapi semakin lama aku fikir, di hati kecil aku tetap kata yang aku harus berhenti kerja esoknya, provided gaji aku dibayar. Kalau tak dibayar esoknya, aku tunggu esok nya lagi satu. Dan aku harus keluar dari kedai Mr Yong tuh. Tak apalah rugi a few hundred dollars untuk gaji yang beberapa hari tuh. Tak apa. Bukannya aku tak expect macam tu kan? Kat mana-mana pun, memang gitulah biasanya. Dan aku berhenti tuh, bukannya sebab aku marah. Mungkin it's about time, kan? 

Tak apa lah, aku ada duit di poket sikit nih so kali ini kalau aku berhenti kerja pun, aku boleh survive. Boleh lepak-lepak jugak for a few days. Aku terfikir yang dah lama aku tak lepak-lepak. Lepas kerja KFC dulu, aku terus aje kerja, kan? Tak lepak langsung. Dan kat kedai Mr Yong pun hampir 4 bulan aku kerja. "Dah lama aku tak ke New York nih, ini lah peluangnya" kata aku dalam hati. 

Tapi yang buat aku macam sedar sikit pasal diri aku nih, masa fikir benda-benda tuh, aku rasa memang style aku memang dah macam nih. Betul pun, I look at life very differently now, compared to masa aku kat Malaysia dulu. Sekarang nih, aku macam fikiran orang-orang lain yang tak ada future tuh jugaklah. Aku fikir ikut sedap aje. Ikut hati. Aku dengar aje apa hati aku kata. Tak fikir ke depan sangat dah. Itulah, masa kat Malaysia dulu, aku macam orang-orang lain jugak, kejar dunia sesangat. Sebab aku fikir, aku boleh dan aku mampu. Tapi sekarang, di sini nih, aku tak ada pun nak fikir benda-benda gitu dah. Sebab aku sedar yang aku tak boleh dan aku tak mampu. So aku akan tetap menggembara di tanah gersang nih (ambuih!), takat capai apa-apa yang dapat dicapai pun bersyukur sangat dah. Tak larat nak fikir jauh-jauh dah, setakat fikir untuk esok lusa dan untuk tahun 2010 aje, dah . 

Cuma yang aku pelik, apa pasal aku tak ada rasa marah sikit pun? Sedangkan aku nak berhenti? Sedangkan benda tuh yang buat aku ambil keputusan nak berhenti? Then baru aku teringat yang dengan aku nih, orang suka kat aku sebanyak mana sekalipun, orang mengharapkan aku setinggi mana pun, aku suka kat orang tuh sekuat mana pun, tapi kalau hati aku terasa, aku akan tinggalkan aje. Aku akan blah gitu aje. Tak pandang belakang dah. Touch and go gitu. 

Iyalah, diaorang sepatutnya fikir yang diaorang tersuka kat aku tuh semua selain daripada anugerah semulajadi dari Tuhan atas hasil usaha penat lelah aku mengollect points. Aku nih biasanya begitulah, mula-mula orang tak nampak aku. Orang tak sedar pun kehadiran aku. Tapi, macam yang aku cakap dulu tuh yang I have my own unique ways of getting attentions, aku pandailah membawak diri. Or rather memperketengahkan diri. Sampailah aku letih. Dan with me, aku tak nak orang suka kat aku sikit-sikit, atau orang suka aku takat suka-suka aje. Kalau aku nampak yang macam ada gaya-gaya aku akan disukai, makin suka aku buat benda-benda yang kadang tuh walaupun aku tak suka tapi aku terpaksa suka, untuk disukai orang yang dah mula suka kat aku tuh. Aku buat sungguh-sungguh, aku tak suka buat suka-suka. 

Gitulah dengan Mr Yong tuh, dia suruh aku buat apa pun sebenarnya tak ada sangat pun benda yang dia suruh buatnya, aku buat aje. Dia suruh aku masuk kerja lebih awal, aku ok kan aje. Dia datang lambat ker, aku senyapkan aje, walaupun sepatutnya itu time aku habis kerja. Dia bayar gaji lambat, aku diamkan aje, macamlah aku tak ada duit nak makan, kan? Dia suruh aku panjat semua washing machines tuh sebab nak suruh siram bunga kat pasu-pasu tuh, aku buat aje, walaupun aku malu. Dia suruh aku formatkan laptop dia, aku buat aje, walaupun masa tuh aku dah sepatutnya balik sejam sebelumnya. Walaupun it took me 2 hours flat nak buat tuh sebab aku bukannya reti sangat. 

Pendek kata, selama ini aku genggam aje telor dia...errrr...aku kipas-kipaskan aje telor dia. Last-last telor aku sendiri yang tersepit. 

Sebenarnya, apa yang aku tak puas hatinya, patutnya adalah give and take, kan? Selama 4 bulan aku kerja tuh, patutnya semakin banyaklah tolak ansur nya kan? Dia tak fikir ker yang aku tuh kira handal lah jugak sebab bertahan selama itu. Orang lain? Paling lama pun 3 minggu. Patutnya benda-benda kecik gitu senyapkan ajelah. Takkan dia nak expect aku tengok tv aje dari pukul 6 tuh? Lagipun, apa bezanya tengok tv dengan online? Atau baca buku? 

Atau........memang aku nih jenis ego tinggi? Too proud? Tak sedar diri yang aku tuh merempat, nak sangat orang jaga hati, ambik tahu pasal aku. Betul gak tuh, memang aku nih tak sedar diri. Ok lah, call me whatever you want but I'm quitting! 

Aku teringat jugak aku yang baru-baru nih ada aku kata yang aku nak cuba mejauhkan diri dari internet. Hehe, termasin mulut aku nih agaknya. Ha, akan datang nih mungkin aku tak dapat berinternet langsung dah. Padan muka! Tak apalah, kalau itu yang ditakdirkan. Aku pasrah aje. Nak buat macamana kan? Harap-harap, dengan limited internet time nanti, tak terkuburlah kedua-dua plans aku tuh, yang sekarang nih terpaksa aku stopkan sekejap memandangkan yang aku akan tidak bekerja. 

Malam tuh, sesambil fikir tuh, adalah jugak aku kasi hints kat tagboard. Masa tuh aku tengah rileks aje, macam tak sabar yang nak habiskan my last few hours kat kedai tuh. Aku tanya kat tagboard, "Eh korang, kalau aku kata aku berhenti kerja besok, korang percaya dak?" Aku tanya gitu. Ada yang kata dia tak terkejut sebab itu memang hobi aku. Terasa hati aku. Tak apa lah, orang nak kata ini semuanya siaran ulangan ker apa ker. Jawapan Anne (kawan kat Singapore)aku suka, "Joe, apa ko cakap pun semua orang percaya". Kelas jugak aku nih sebenarnya. Tersengih aku kejap. Itu yang buat aku lebih bersemangat nak berhenti tuh. 

Entahlah, aku pun tak tahu apa pasal aku jadi gini nih. Tak stabil tuh satu hal, ambik jalan mudah pun satu hal. Aku selalu gitu, selalu sangat ambik jalan senang. Yang kadang tuh akan menyusahkan aku. Tak apalah, as long as I'm happy, dan tak menyusahkan orang. 

Or am I running away with my telor tail between my legs?

There's a hero 
If you look inside your heart 
You don't have to be afraid 
Of what you are 
There's an answer 
If you reach into your soul 
And the sorrow that you know 
Will melt away 

[Chorus:] 

And then a hero comes along 
With the strength to carry on 
And you cast your fears aside 
And you know you can survive 
So when you feel like hope is gone 
Look inside you and be strong 
And you'll finally see the truth 
That a hero lies in you 

It's a long road 
When you face the world alone 
No one reaches out a hand 
For you to hold 
You can find love 
If you search within yourself 
And the emptiness you felt 
Will disappear 

[Chorus] 

Lord knows 
Dreams are hard to follow 
But don't let anyone 
Tear them away 
Just hold on 
There will be tomorrow 
And in time 
You'll find the way 

[Chorus]