Aku nih memanglah jenis yang tak boleh pegang janji sendiri. Janji orang aje yang aku pegang kuat-kuat, tapi janji dengan diri sendiri tuh selalu aku ubah-ubah.
Ituhari aku ada beritahu yang aku nak kerja setiap hari, kan? Aku buat keputusan gitu tuh masa aku tengah bersemangat, bukannya masa aku tengah down, yang selalunya buat aku cakap ikut hati. Mr Yong suka kalau aku kerja setiap hari sebab on my day off, dia terpaksa jaga kedai tuh.
Memang, memang plan aku nak kerja jugak on my day off, aku dah plan gitu. Tapi, bila semakin hampir ke hari day off aku tuh, bermacam-macam pulak yang aku fikirkan. Tak boleh jadi kalau kerja setiap hari, I need one day off macamana pun. I just need to get away untuk sehari. Takkan aku nak kerja aje kan? Life's not just pasal kerja, pasal cari duit. Life's also about melepak, tidur, and all.
Sebenarnya, for the last few weeks, kepala aku banyak berfikir sikit.
Yaaaaaaaaa, here we go again, kan?
Tapi sebelum aku cerita apa yang aku fikir, aku dah dapat jalan penyelesaiannya. Or so I thought. Bagus aku nih, aku layan dulu segala jenis benda yang nak masuk kat kepala aku, then aku akan cari jalan penyelesaiannya. To cut that long story short, aku pun buat keputusan yang aku nak ubah sikit cara aku nih. Dan with me, bila aku ada plan, aku tak mengedan-dan, aku hendak laksanakan there and then jugak. So sesuai sangatlah kalau aku off on that day kan, untuk menjaya dan melaksanakan plan aku tuh.
That Wednesday, sebelum aku blah, Mr Yong tanya aku kalau aku boleh datang kerja malam tuh, malam hari off aku. "Sorry but I need to go find a room", I have to move out soon", aku kata gitu.
"Ok, ok, ok, ok", kata Mr Yong, macam dia rasa bersalah sebab suruh aku kerja on my night off tuh. Aku rasa macam menyesal jugak sebab minggu lepas tuh aku ada kata kat dia yang mungkin minggu ini aku nak kerja setiap hari. Ada jugak aku terplan untuk kerja setiap hari, without any days off. Itu fikiran dan keputusan yang aku buat masa aku tengah down lah tuh. Tak jugak kot, aku tengah bersemangat masa tu tuh.
Sebenarnya aku tak ada niat pun nak cari bilik sewa yang lain buat masa ini. Not until end of March. Aku dah fikir masak-masak yang aku tak nak sangat ikut hati aku. The thought yang aku akan tidak ada internet access dalam masa beberapa hari lagi pun dah aku tak ambik kisah sangat dah. Dengan lain perkataan, aku dah boleh terima hakikat yang akan datang nih, mungkin aku tak ada internet connection lagi dah, kat rumah Yanti tuh.
Macam tak percaya aje kan? Tapi, itulah aku. Aku boleh buat tuh. I'm not going to lose sleep over things like that. Aku masih boleh berinternet di tempat kerja, that's all that matters. (Tapi the moment internet access kat tempat kerja dah aku tak ada nanti, itu lain cerita. Aku akan berhenti kerja. Tak nak fikir jauh dah. Aku akan freaking quit my job nanti tuh)
Ok, selesai masalah internet.
Dan aku pun macam tak kisah dah kalau-kalau semua utilities dipotong sebelum aku keluar dari rumah tuh. I don't need no electricty di waktu siang, di waktu aku tidur. Lagipun, berapa jam sangat aku habiskan masa i rumah, kan? 8 jam aje.
Ok, selesai satu masalah lain.
Aku ada plan sebenarnya. Untuk menjauhkan diri dari internet. Yep, you heard me right, so janganlah nak korek telinga. Aku plan untuk menjauhkan diri dari internet (takat buat kerja-kerja yang perlu aje, yang will take about a few hours) dan aku cari plan untuk memenuhkan masa aku bila aku dah kurangkan aktiviti penginternetan tuh.
Lain macam jer bunyinya aku nih kan? Tak apa. Dengar betul-betul. Ini aku ceritakan, step bt step, blow by blow, apa yang aku fikir.
Apa pasal aku nak jauhkan diri dari internet (selain dari buat kerja aku?). Apa aku nak buat untuk memenuhkan masa aku? Apa pasal baru sekarang aku nak buat semua tuh? Itu semua soalan-soalan yang harus aku kupas. Satu persatu. Macam apa yang aku fikir that early Wednesday morning (sementara tunggu hari siang). I just sat there for a few hours, doing nothing tapi sambil berfikir, sambil bertanya pada diri aku sendiri. Sampailah aku ambil keputusan untuk buat something yang aku mulanya tak yakin dapat aku laksanakan (sebab aku susah nak pegang janji diri sendiri) tapi aku akan cuba.