Thursday, October 4, 2012

Selama Mana Lah Nih Agaknya...

16032007


Pagi Isnin tuh ada aku talipun Hector, saja lah bertanya khabar. Biasanya kitaorang tak sembang pasal keadaan di restoran Pak Tua tuh. Tapi aku buat-buat tanya, siapa yang masih kerja di situ. Selain Subardi yang dah berhenti more than 6 months ago, Andy rupanya dah berhenti jugak. Yang tinggal sekarang hanyalah "adik" Subardi. Dan tukang masak pun salih berganti. 

Bila Hector tanya aku apa aku buat sekarang, aku katalah yang aku tak kerja, dah dua minggu. Aku kata aku lepak-lepak aje. Dia ingat aku masih kerja di Pittsburgh sebab last aku call dia, masa tuh aku on the way to Washington DC, masa aku berhenti kerja di Pittsburgh dulu tuh. 

"It's not easy to find good workers", kata Hector. Terkesian sekejap aku mendengarnya. Rasa macam nak offer kan diri balik kerja sama dia. Tapi bila difikir yang aku dah merasa kerja di restoran dia tuh, dan bila dicongak-congak balik yang aku hanya akan menyusahkan diaorang nanti kalau aku balik semula kerja di situ (sebab nanti aku terpaksa berhenti kerja, ada hal lain nak settlekan), terus aku senyap kan aje lah. Macamana pun, sebab aku pun tak sure lagi dapat kerja di mana, option untuk balik semula kerja sama Hector aku bukak luas-luas. Aku cuba fikir yang bagus-bagus aje, yang aku akan ada internet, ada kawan, kerja rileks, benda-benda gituh, kalau aku balik semula kerja di situ. 

Dekat pukul 3 baru lah aku keluar untuk ke kedai laundry Daniel tuh. Aku tengok jam betul-betul, aku survey, berapa lama perjalanan. Kena jalan kaki ke subway station, itu ambik masa 15 minit. Kebetulan stesyen yang aku nak turun tuh memang station terakhir, so dari station paling hujung ke station paling hujung perjalanannya. 30 minit. Bas ke kawasan kedai tuh ada every 10 minutes, perjalanannya 15 minit. Dalam sejam lebihkurang, aku dah sampai. Sebenarnya kedai tuh lebih jauh dari kedai Mr Yang dulu tuh tapi sebab naik satu keretapi aje, itu yang save masa sikit tuh.

Cuma masalahnya, kawasan tuh kawasan orang hitam. Kat dalam train tuh punyalah saspen aku sebab aku sorang jer yang bukan kulit hitam. Kebetulan pulak masa tuh sibuk, budak-budak balik sekolah, itu yang penuh subway tuh. Kecut perut aku memikirnya. Naik bas ke kedai Daniel tuh lagi teruk, semuanya gagak, kecuali aku. Mengucap panjang aku dibuatnya. 

Muda lagi Daniel tuh, umur dia 40 tahun. Tak ada customer pun masa aku sampai tuh so terus ajelah aku sembang dengan dia. Nampak macam baik sangat dia tuh, tapi aku boleh agak yang dia nak kasi aku peluang cakap, so that dia boleh dapat tahu orang macamana aku nih jenisnya. Aku tahu tuh.

So aku cakap pun selamba ajelah, macam sembang biasa aje. Macam dah kenal lama pun. Siap gelak terkekeh-kekeh lagi tuh. Aku tak rasa pun macam interview session. Memang pun, sembang pun sambil berdiri, sambil minum-minum. Makin lama makin seronok sembang sebab ada aje apa yang nak disembangkan, dan Daniel tu pun bersetuju aje dengan apa yang aku cakap. Aku pun tak ada fikir yang macam aku desperate sangat nak kerja, itu yang aku rasa relaxed aje tuh. Lagipun, kat tempat lain aku belum cuba, dan esoknya pun nak ke New York. 

Ish, macamana aku nak cakap nih yang aku nih memang pandai bawak diri, ke mana-mana aku pergi orang akan suka dengan aku? Rasanya dah banyak kali dah aku cakap gitu tuh.

Dalam sesejam sembang, letih lah aku jadinya, tak ada kata putus. Nak tunggu dia tanya aku, macam tak ada gaya nak tanya aku pun. Tapi aku perasan yang dia pandang aku semacam jer, macam orang menaruh hati gitu. Tapi tak ada pun cakap samada nak ambik aku kerja atau tidak. Kalau nak kata nak, kalau tak nak kata tak nak kan? Jangan nak memendam rasa gitu kan? 

"So what do you think?", aku tanya dia gitu. Memang malu pun aku nak tanya, patutnya dia yang tanya. Tapi nak buat macamana, aku kena lah tanya jugak.

"No, what do you think? I want you to work here. Can you come tomorrow?", dia tanya aku.

Dah terkena pancing tuh, aku sentak lah sikit, kan? Aku kata yang aku boleh aje kerja di situ, sebab di mana-mana kerja pun sama aje. "It's all in your mind", aku kata gitu sambil tunjuk arah kepala. Mengangguk-ngangguk dia, setuju sesangat. Memang terrer aku nih. Aku tanya dia kalau boleh aku start kerja minggu depannya (sebab aku cadang nak lepak lagi seminggu), atau at least dua tiga hari lagi. Sebab aku nak ke New York. 

"Can you start the day after tomorrow?", dia tanya aku. Aku ok kan ajelah. So dia beritahu aku details pasal kerja, apa yang harus aku buat, semuanya lah. Pasal gaji, pasal waktu kerja. Gajinya lebih sikit dari tempat aku kat kedai Mr Yong dulu tuh, sebab kerjanya 13 jam sehari, dari 9 pagi sampai 10 malam. 

"You have to trust me, that's very important", aku kata gitu sambil tunjuk jari telunjuk kat dia, sebelum aku blah. 

"Yeah, and you have to trust me too", kata Daniel. 

So settle lah masalah kerja. 

Dalam perjalanan balik tuh aku asyik fikir yang aku patutnya bersyukur yang semuanya berjalan lancar. Aku nak rihat aku dah dapat beberapa hari rihat. Dan besoknya aku nak berihat di New York pulak tuh. Aku nak kerja, aku dah dapat kerja. Aku nak jauhkan sikit diri aku dari internet, Tuhan kabulkan permintaan aku. Aku dah tak dapat berinternet kat tempat kerja (pasal tak ada access, kat kawasan orang gagak manalah ada connection) Lain macam aje bunyi statement aku tuh

Dan walaupun aku belum mula kerja pun lagi tapi aku dah start menyusun strategi selanjutnya. Aku tak tahu selama mana aku akan bertahan kerja di tempat baru, aku tak kisah itu semua. As long as aku tetap bekerja, di mana-mana pun, that's good enough. Aku kena buat persediaan untuk July, sebab by that month, at least one of my 3 plans akan menjadi. InsyaAllah. Kalau ketiga-tiganya menjadi then aku bersyukur sesangat.

So korang nak bet berapa lama aku boleh bertahan kerja di tempat baru?