Thursday, October 4, 2012

He Believes In Me


24032007


Walaupun sekarang nih dalam sehari tuh aku hanya tidur lebih kurang 5 jam setengah aje tapi aku tak rasa mengantuk pun. Rasa macam puas aje aku tidur. Tak macam masa aku kerja di kedai Mr Yong dulu tuh, nak tidur pun harus dipaksa-paksa. Sekarang nih pun memang dipaksa jugak tidur, tapi paksa lain. Aku paksa diri aku tidur pukul 12-30 malam (kadang aje aku melajakkan paksaan aku tuh sampai pukul 1 pagi). 

Memanglah, kalau boleh aku nak online sampai pagi sebab dalam sesejam aku berinternet tuh (selepas balik kerja), tak ada apa sangat yang dapat aku buat. Itu yang macam ketar kepala aje bila online tuh. Itu nak buat, ini nak buat. Pagi, dapatlah sejam setengah aku online sebab aku biasanya terbangun pukul 6 pagi, walaupun aku setkan alarm to go off at 6-30 am. So basically tak ada benda lain lah yang dapat aku buat once aku sampai ke rumah. 

Aku tak peduli dah keadaan bilik aku yang berantakan tuh sebab rumah Yanti sekarang pun macam baru lepas kena samun, sibuk diaorang kemas barang itu ini, untuk pindah. Makanan biasanya aku kautim masa nak balik kerja. Order aje, keluar dari subway terus aje aku pergi ambil. Biasanya makanan tuh untuk makan malam, kalau ada lebih tuh aku bawak pergi kerja. Aku biasanya breakfast dalam train, beli kopi, kek (banana pound cake biasanya) dan makan dalam train subway tuh. 

So basically aku sekarang nih dah tak berjimat sangat macam dulu tuh. Kalau dulu, makanan bercatu, nak belanjakan sedollar dua tuh pun kena fikir untuk minggu depan nya. Sekarang nih pakai sembat aje mana yang senang disembat. Bukanlah aku ada banyak duit tapi keadaan tak mengizinkan. Aku tak ada masa, kerja dah lah 13 jam lebih, perjalanan pergi balik kerja lagi. Lagipun tak manis lah kalau lelaki memasak di tengah-tengah malam, atau di waktu Subuh, kan? 

Oklah, yang senang nya, aku tak ada masa tuh sebab aku nak online. 

Aku tahu yang memanglah tak boleh jadi kalau aku berterus-terusan buat macam ni nih, aku bukannya bergaji besar, aku kena balik berjimat semula. Itu yang aku janji, nanti kalau aku dah pindah ke tempat baru, aku nak ubah sikit lah cara aku. Mungkin aku start masak balik semula macam dulu tuh. Itupun masa aku off aje lah kot? Masak banyak-banyak. sekarang nih, setiap hari dalam 20 dollars duit aku keluarnya kira banyaklah tuh mengikut pengiraan seorang Bangla. Until then, biarlah aku ambil jalan senang aje dulu buat masa ini. 

Rasa seronok jugak tuh kadangnya sebab pergi kerja di waktu pagi sebab pergi sama-sama orang yang nak kerja office. Terasa macam lain sikit. Mana orang tahu yang aku nih keling dobi jer kan? Macam diaorang jugak, aku breakfast dalam train, sambil baca paper. Nampak, macam kelas aje kan? Bunyi macam kelas aje kan style aku? Dalam train minum kopi, makan kek, sambil silang kaki baca paper. Sekali-sekala jenguk ke luar nak tengok nama station sedangkan aku tahu yang aku turun di station terakhir. Tapi sebenarnya tak ada apa pun. Tak kelas langsung sebenarnya. Takat kelas kambing gitu ada lah. 

Macam biasa, macam di mana-mana jugak, tak ada orang yang sedar keexistan aku. Tak ada orang peduli kat aku pun, macam jugaklah aku tak peduli kat orang lain. Aku biasanya duduk di seat yang paling tersorok, yang dekat emergency exit. Kat seat yang selalunya orang-orang yang nak romen selalu duduk tuh. Sebab orang tak nampak. Aku pun suka gak romen dengan diri sendiri, sorang-sorang. 

Hari ketiga aku masuk kerja tuh, bila aku sampai aje ke kedai, terus Daniel blah. Lagipun, masa tuh snow turun. Besarnya kuasa Tuhan, dua tiga hari sebelumnya tuh, panas macam masa summer, tiba-tiba minggu lepas tuh snow turun. Tak lah lebat tapi turun sepanjang hari, so ada lah dalam 6 inci snow yang accumulate. Rasanya the biggest snowfall kat Philadelphia, this winter season. 

So tak ramai lah orang yang datang untuk cuci pakaian walaupun ada a few yang hantar untuk buat drop-off service. So pagi-pagi lagi aku dah mula mencuci pakaian. Senang hati aku sebab the first 2 loads tuh pakaiannya besar-besar. Sure tuanpunya dia besar orangnya. Senang aje kalau nak lipat baju, pakaian yang besar-besar nih, cepat kerjanya. Cuma the last 2 loads tuh yang buat aku tension sesangat, penuh dengan pakaian yang cenonet, yang kecik-kecik. Dah lah harganya murah (sebab ringan) tapi kerjanya punyalah time consuming. Tambah-tambah pulak bila tuanpunya pakaian tuh nak aku siap kan sebelum malam. Lagi lah tension aku dibuatnya. Yang aku geram kadangnya tuh, diaorang janji aje nak suruh siapkan pakaian tuh hari tuh jugak, tapi bila dah siap, tak datang ambik. Besoknya baru datang. Diaorang tak tahu aku punyalah panik kalau tengok pakaian yang banyak nak dicuci, tambah-tambah kalau pakaian tuh dihantar petang, dan nak disapkan secepat mungkin. 

So tak ada cara lain nak hilangkan ketensionan melipat pakaian yang kecik-kecik, aku amusekan diri aku dengat menengok, membelek-belek underwear orang lah kerja nya. Kecik-kecik spenda zaman ni nih. Thong, panties, semuanya tuh, kecik-kecik belaka. Banyak yang fesyen bertali aje, kadang tuh aku fikir jugak, kat mana bahagian yang menutup anu nya, sebab macam tak ada apa pun. Cuma tali aje. Jauh lah lebih kecik dari lanun punya penutup mata tuh. 

Di sebelah pemetang (ini bahasa orang negeri mana hah?) nya, for the first time, aku cuba-cuba menge-on kan laptop aku. Memanglah tak ada connection, itu yang sayu aje aku tengok laptop aku yang macam bangkai tak bernyawa tuh. So aku takat dengar music aje lah, sambil-sambil cuba tulis blog entry. Sambil-sambil cuba cari, manalah tahu kot-kot ada signal yang boleh tercuri. Aku sekarang nih, entah pasal apa, asyik dengar satu lagu ni jer. Aku keep playing this one song, (sambil ikut nyanyi) over and over again. Call me jiwang tapi aku suka sangat lagu Chasing Cars (Snow Patrol) tuh, dah berbulan dah aku asyik dengar lagu tu jer siang malam. And it sets to be one of my all-time favorite songs rasanya. 

We'll do it all
Everything 
On our own 

We don't need 
Anything 
Or anyone 

If I lay here 
If I just lay here 
Would you lie with me and just forget the world? 

I don't quite know 
How to say 
How I feel 

Those three words 
Are said too much 
They're not enough 

If I lay here 
If I just lay here 
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we're told 
Before we get too old 
Show me a garden that's bursting into life

Let's waste time
Chasing cars 
Around our heads 

I need your grace 
To remind me 
To find my own 

If I lay here 
If I just lay here 
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we're told 
Before we get too old 
Show me a garden that's bursting into life

All that I am 
All that I ever was 
Is here in your perfect eyes
They're all I can see 

I don't know where 
Confused about how as well
Just know that these things 
Will never change for us at all 

If I lay here 
If I just lay here 
Would you lie with me and just forget the world?



Tengah aku ralit tulis blog entry, tiba-tiba YM aku menyala. Ada signal tertangkap rupanya. Rasa nak gugur jantung aku sebab terkejut happy. Tersengih kejap aku jadinya. Tapi tak lama, lepas tuh signal tuh hilang. Macamana pun aku taklah moyok sangat lepas tuh sebab aku sedar yang hidup aku nih, dapat happy, dapat sengih walaupun sesekejap, itu pun dah syukur sangat dah. Macamana pun aku dah terbayang yang aku, kalau tak sibuk nanti, akan membawak laptop aku ke seluruh pelusuk kedai tuh untuk mencari signal. 

Malam tuh Daniel datang awal sikit dari biasa sebab dia nak ajar aku cara-cara tutup pintu kedai, dan apa-apa yang nak dibuat sebelum aku blah,setiap malam. Aku macam tak percaya aje yang bila dia kata yang akan datang dia dah tak datang malam-malam lagi ke kedai tuh, instead dia nak aku yang tutup kedai tuh. Percaya sangat dia kat aku nih? Dah lah duit kat kedai tuh bersepah disorok sana sini, ada dekat 4 ribu semuanya. Ada yang disorok dalam microwave oven (itu duit yang orang bayar drop-off service, yang pakaiannya aku yang cuci. Yang dia cuci, walaupun tak banyak sebab dia cuma ada dua jam aje setiap hari kat kedai, disorok tempat lain). Ada yang disorok dalam buku (itu duit harga kad talipun), ada yang disorok dalam kotak candy (itu duit untuk customers tukar, kena ada 500 dollars setiap masa). Ada yang disorok dalam peti first-aid kit jugak, itu duit hasil jualan barang setiap hari. Ada lah dalam 200 dollars biasanya. Dan kat kedai tuh tak ada cctv, yang ada cuma a few cameras yang direcord pun cara lama. Guna VCR. 

Itu yang buat aku macam tak percaya jer bila Daniel percaya aku.