Thursday, October 4, 2012

Kajang Aku Mengkuang Layu


04042007

So what's up with me? 

Tak ada apa sangat lah. Biasa-biasa aje. 

Sebelum tuh meh aku cerita pasal routine aku hari-hari, so that tak payahlah aku tulis lagi nanti. Aku bangun pagi, sempatlah berinternet selama sejam setengah sebelum aku pergi kerja pukul 8 tuh. Dalam pukul sembilan aku masuk kerja, biasanya Daniel akan blah, cuma ada sesehari dua aje yang dia akan ada di kedai sebab nak repair machines. Aku lebih suka kalau dia tak ada sebenarnya sebab aku akan rasa bebas sikit, walaupun kadang tuh sibuk. Kalau dia tak ada at least aku dapat on kan laptop, aku dapat menalipun member, ataupun aku dapat lepak-lepak sebab biasanya kalau tak sibuk di sebelah pagi akan sibuk di sebelah malam. Dan kalau ada pakaian yang nak dicuci, terus aku dahulukan cuci pakaian sebab kalau ada orang lain hantar pakaian dapat aku siapkan cepat. Dan kalau ada yang hantar di sebelah malam pun, aku mungkin boleh siap kan jugak. Dasar tamak lah tuh.

Dalam pukul 3 tuh aku berhenti sekejap sebab masa tuh budak-budak sekolah ramai. Diaorang nih such a pain in the butt lah, nak beli jajan berapa cents aje tapi ambik masa bukan main lama lagih. Aku perhatikan, budak-budak sini diaorang lemah sangat bab-bab mengira nih. Kalau nak beli something, diaorang beli satu-satu. Kalau duit sedollar tuh siaplah sampai empat lima kali melayannya.Aku selalu jeritkan aje budak-budak tuh, diaorang jerit kan aje kat aku jugak kadangnya tuh. Then aku jerit balik, aku kata sapa yang banyak cekadak, kalau diaorang datang lagi nanti, aku tak nak jual apa-apa kat diaorang. Ala, budak-budak kecik kan senang jer nak melayannya, aku buatlah perangai macam budak-budak jugak. 

Nak makan, aku order aje, dalam sesepuluh minit tuh sampailah makanan aku. Biasanya aku beli sekali untuk makan malam. Takat sandwich, fish 'n chips, benda-benda gitu lah. Seseminggu tuh dalam dua tiga kali aje aku makan nasi, Tak ada tenaga kalau tak makan nasi langsung. 

Malam biasanya masa terasa cepat berlalu dalam pukul 8 tuh aku dah mula bersihkan mana-mana yang patut. Sebelum pukul 9, aku dah tutup main door takut nanti ada lagi orang yang datang. Last wash pukul 9 sebenarnya tapi ada jugak malaun yang datang after 9. Biasanya kalau ada yang datang lambat dan akan basuh dan keringkan pakaian well after 10, aku akan cari idea lah macamana nak halau diaorang. Atau, kalau aku rasa berani, aku selamba aje sound kat diaorang "Get it done before 10'. "I'm closing at ten" Tapi ada jugak yang buat selamba aje, buat tak tahu aje, diaorang terus aje cuci, keringkan pakaian. Itu yang buat aku tension sorang-sorang tuh.

So far sekali ajelah aku terbalik pukul 11 malam, so besoknya aku datang masuk kerja sejam lebih lewat dari biasa. Yang lainnya memanglah ten something baru aku dapat tutup kedai, just in time aku nak catch bas pukul 10-30 malam ke subway terminal. Dalam kelam kabut nak tutup kedai tuh, itu yang kadang nya aku terbawak balik remote control tv, kunci yang tak sepatutnya aku bawak balik benda-benda gituh. Sebab biasanya, aku masa tuh dah siap berjacket bagai dah. 

Dalam pukul 11-30 malam biasanya aku sampai ke rumah. On a good day, kalau terbalik awal sikit (10 o'clock), sampai rumah pukul 11 malam gitu. Once sampai rumah, terus online aje lah. Kalaulah boleh sembahyang online harus dah aku buat online gamaknya. Makan pun sesambil online gitu lah. Tak heranlah huruf-hurufkat keyboard aku banyak yang stuck (sebab habuk roti) nak chatpun malas jadinyasebab aku tekan benda lain lain bendayang lainkeluar. 

So untuk save masa ( dan untuk melayani peminat yang sentiasa gersang) aku dapat idea, aku selalu on kan stickam aku, orang boleh tengok aku dan aku tak payah menaip sangat sebab siapa yang reti menge-onkan speaker kat pc diaorang, boleh dengar suara sengau aku. 12-30 tengah malam aku dah tidur, kadang aje terralit sembang kat phone atau kat tagboard,itu yang terlajak sampai pukul satu. 

So itu ajelah routine aku setiap hari. Walaupun jam kerja lebih panjang dari jam kerja waktu aku di kedai Mr Yong dulu, tapi aku dapat save sejam perjalanan so tak adalah beza sangat pun dari dulu tuh.

----------------------------

Takat ini, dah dua kali aku off (dah 2 minggu aku kerja rupanya kira lama jugak lah tuh ,walaupun hari nya berbeza. Minggu pertama dulu aku dikasi off hari Selasa. Tak ada apa sangat pun aktiviti aku di hari off aku tuh. Pergi library sebab malas memerap di rumah aje. Sedangkan kalau aku online di rumah lebih seronok rasanya, boleh online sambil bogel ker, sambil makan ker. Tapi aku ke library jugak, just for the sake of keluar dari rumah on my day off tuh. 

Hari off di minggu kedua aku disuruh ambil hari Rabu. Sibuk sikit sebab mana nak pergi potong rambut, mana nak pergi tengok bilik yang aku nak sewa tuh. Dan memandangkan 31 hb March tuh weekend aku akan sibuk, itu yang aku, kalau boleh nak pindah masa tuh jugak. Di hari off aku tuh. So aku talipun Nila, yang menyewakan rumah tuh. Dia suruh aku datang tengok dulu bilik tuh tapi aku kata aku tak kisah as long as ada internet. 

"Ngomong-ngomong, kamu tidurnya ngorok nggak?, dia tanya aku. 

"Nggak sih tapi kalo kecapik-an, mungkin aku ngorok. Enggak sering sih", aku jawab gitu. 

"Kamu kerjanya 13 jem, pasti penghasilannya gedek. Mau tinggal sekamar kamu sendirian nggak? Aku punya satu kamar kosong, kalo kamu mahu tinggal sendirian. Di lantai dua tapinya', kata Nila.

"Ada internet kagak?, soalan standard aku lah tuh.

"Ada. Sewanya $250" kata Nila. "Kamu mahu?", tanya dia lagi.

"Syukur puji Tuhan. Aku mahu! Aku mahu!", aku jadi excited bila dapat tahu ada bilik untuk aku seorang, yang ada internet lagi tuh. Walaupun harganya kira mahal lah untuk bilik yang sekangkang kera tuh tapi kira ok lah, aku mampu bayar. Dapat duit upah cuci spenda sama bra orang pun dah boleh cover sewa bilik tuh. 

Ya Tuhan, turun kan lah hujan spenda, turun kan lah hujan bra, biar aku dapat bayar sewa.

So tengahari tuh aku ke apartment Nila, tak jauh dari kawasan yang ramai orang Indo. Memang kawasan tuh kawasan orang Asia, banyak kedai-kedai runcit Vietnam sama Indo. Dua tiga streets aje yang kawasannya orang hitam. Aku akan dapat save a few minutes untuk pergi dan balik kerja nanti pasal agak dekat dengan subway station, dan station tu pun stesyen kedua (kalau dari rumah Yanti, aku naik train dari stesyen pertama)

"Ya ampuuun, dari suara kamu di telpon, aku kira kamu udah agak tua sih", kata Nila.

Aku gelak ajelah. Then dia tunjukkan bilik yang bakal aku duduki tuh. Cuma masalahnya bilik tuh masih dihuni dek satu mamat Indo nih yang akan keluar akhir bulan. So aku kena tunggu April 1st (paling awal) kalau nak masuk situ. 

Bila aku beritahu Nila yang aku ada masalah nak angkut barang, sebab aku kerja pagi dan balik rumah pun dah malam, dia beritahu aku yang dia boleh tumpangkan barang aku untuk sementara. Sehingga aku masuk nanti. Mulanya dia suruh aku masuk on my day off tapi aku beritahu yang aku kena keluar dari rumah Yanti tuh 31 March, itu yang dia cadangkan aku taruk barang di apartment dia aje untuk sementara.

Dan sebab aku tak ada masa sangat, dia kata dia boleh datang ke rumah Yanti untuk angkut barang aku yang ada hanya dua beg tuh. Aku tak nak mulanya sebab aku rasa aku boleh angkut sendiri aje, lagipun sure kena bayar sewa kereta, sama upah. Dengan orang Indo nih semuanya kena bayar. Even sewa yang aku kena bayar setiap bulan tu pun 'sewa kamar sama internet'. 

Last-last aku setuju Nila datang awal malam untuk ambil barang aku. So lepas tuh aku melepak ajelah di bilik sambil kemas-kemas mana yang patut. Dan lepas Maghrib lebih kurang, Nila talipun suruh aku bawak turun barang. Aku ikut dia balik ke apartment baru dan lepas bayar sewa, dan lepas dia kasik kunci, aku mintak diri. 

Aku jalan kaki aje balik ke rumah Yanti, sebab aku rasa aku nak melayan fikiran aku sikit. Aku terfikir yang betapa mudahnya segala urusan-urusan aku dijadikan Tuhan. Selama ini aku tak risau, aku tak fikir sangat pun pasal nak cari bilik sewa. Aku macam buat sambil lewa aje. Itu pun Tuhan permudahkan urusan aku. Itu yang buat aku rasa insaf sikit tuh.

Dan aku ada jugak terfikir yang aku kena bersedia dengan segala macam kemungkinan yang lain, sebab mengikut cycle hidup aku nih, langit tuh cerahnya sekejap aje. Biasanya, lepas senang, timbul susah. 

Aku kena bersedia..........

Call you up in the middle of the night
Like a firefly without a light 
You were there like a slow torch burning 

I was a key that could use a little turning 
So tired that I couldn't even sleep 
So many secrets I couldn't keep 
Promised myself I wouldn't weep 
One more promise I couldn't keep 

It seems no one can help me now 
I'm in too deep 
There's no way out

This time I have really led myself astray 
[CHORUS] 
Runaway train never going back 
Wrong way on a one way track 
Seems like I should be getting somewhere 
Somehow I'm neither here no there 

Can you help me remember how to smile 
Make it somehow all seem worthwhile 
How on earth did I get so jaded 
Life's mystery seems so faded 
I can go where no one else can go 
I know what no one else knows 
Here I am just drownin' in the rain 
With a ticket for a runaway train 

Everything is cut and dry 
Day and night, earth and sky 
Somehow I just don't believe it 
[CHORUS] 
Bought a ticket for a runaway train 
Like a madman laughin' at the rain 
Little out of touch, little insane 
Just easier than dealing with the pain 

Runaway train never comin' back 
Runaway train tearin' up the track 
Runaway train burnin' in my veins 
Runaway but it always seems the same