27022007
Keadaan Yanti sekeluarga sekarang nih dah teruk nampak gayanya. Kadang tuh aku kesian menengoknya tapi ada masanya aku rasa puas hati, aku selalu cakap, "Ha, padan muka ko". Will dah sebulan tak kerja dan tak ada nampak gaya yang dia nak cari kerja lain. Itu yang buat Yanti selalu stress tuh. Will asyik memerap di rumah sepanjang hari, merokok, minum, main games kat internet. Itu aje kejanya setiap hari. Bila Yanti balik kerja, awal pagi (dalam pukul 2 pagi), dia masih depan tv, dengan music berdengungnya. Akhirnya Yanti tidur di bilik lain, di bilk Ita. Ita dah lama tak balik ke rumah, sekarang duduk sama Ara.
"Udahlah, aku mahu cerei aja", kata Yanti satu hari tuh, masa aku tengah masak.
"Koq kenapa?", aku tanya gitu, walaupun aku tahu Yanti banyak kali cerita kat aku yang dia nak berpisah aje dengan Will.
"Aku udah nggak bisa nanggung semua, Will nggak mahu cari kerjaan, bills udah menompok. Sewa rumah bulan lalu aku masih belum bayar", kata Yanti lagi.
"Udah, aku mahu menyewa di kamar aja, aku sendirian", kata Yanti lagi.
"Habis, Will gimana? Ita?", aku terkejut jugak bila Yanti kata nak sewa bilik untuk seorang aje.
"Itu aku nggak mahu pusing, biar dia menyewa sendirian, biar dia tahu susah. Selama ini aku yang tanggung semua", kata Yanti. Memanglah selama ini aku tengok Yanti lah yang berkerja keras dalam keluarga tuh. Pergi kelas, kerja, ada masa free aje dia ambil upah mengurut, potong rambut, menghias. Dan duit tuh habis gitu aje sebab bayar bills yang dah beribu-ribu jumlah semuanya. Sebab dia tak ada masa, semuanya tuh disuruh Will yang bayarkan, tapi bila dicheck balik, bills tuh semua tak dibayar. Dan Will pun selamba aje minum, merokok.
"Koq dulu kamu punya uang mortgage?", aku tanya dia. Dulu, masa Yanti dapat duit loan sekolah kecantikan tempat dia belajar tuh, yang masa dia kata nak pinjamkan aku duit dulut tuh (tapi tak jadi sebab dia simpan untuk mortgage untuk beli rumah), duit tuh aku ingatkan masih ada tapi sebenarnya duit tuh dah habis.
"Kenapa nggak disuruh dia cari kerjaan aja?", aku tak tahu apa nak cakap. "Sampe kapan mahu begini, dulu kamu bilang mahu beli rumah", aku sindir dia. Dulu, masa Yanti senang-senang dulu, selalu sangat dia kata yang bulan dua 2007, dia nak beli rumah. Cakap besar rupanya, bukan nak beli rumah rupanya tapi kena menyewa bilik pulak. Padan muka. Yang dia hutang aku dua tiga lebih lagi tuh kira burn aje lah . Rasa ko!
"Kenapa nggak cari kamar gedek, kamu bisa tinggal sama Will, masa kamu mahu cerei? Nanti citizen kamu dicopotin", aku bermuka-mukalah tuh.
"Nggak mahu, malu aku nanti sama orang Indo kalo mereka tahu aku menyewa di kamar aja", kata Yanti. "Udah, dia mahu copotin citizen ku pun aku udah nggak mahu ambil pusing", kata Yanti lagi. Laaaa, nak sorok malu rupanya.
"Waduh, rugi aja kamu, selama ini, udah berapa tahun, percuma aja. Tunggu aja lah, jangan cerei, nanti kalo kamu cerei, kamu harus tunggu berapa tahun baru bisa apply jadi citizen, itupun kalo ada orang yang kamu mahu kawinin?, aku kata gitu.
"Kalo aku menyewa satu kamar, orang tahu yang aku udah cerei. Kalo masih tinggal se kamar, nggak mahu lah aku, bikin malu aja sama orang Indo", kata Yanti. Entah, tak faham aku diaorang nih.
"Mungkin nanti kalo aku menyewa satu kamar, mungkin anak-anak ku kasihan sama ku. Mungkin mereka mahu kembali sama ku. Kalo gitu, kalo Ara mahu bantuin, aku bisa menyewa rumah", bila dia kata gitu, baru lah aku rasa kesian sangat.
"Udahlah, mungkin udah segitu nasib ku", kata Yanti lagi. Tambah kesian aku mendengarnya.
"Ti, kamu tahu nggak, Ara lagi hamil?", aku serba salah nak tanya dia.
"Aku baru tahu, pacarnya yang di Indo baru kemren bilang sama ku. Pusing aku Joe, pusing aku. Mahu bunuh diri aja rasanya, gimana harus ku tanggung malu?", kata Yanti sebelum dia besiap-siap untuk pergi kerja.
So malam tuh aku rasa macam tak seronok aje sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Nampak gayanya aku kena cari bilik sewa di tempat lain. Nampak gayanya aku akan berpisah dengan keluarga Yanti nih. Sebenarnya dalam aku tak berapa berkenan dengan keluarga diaorang nih, aku rasa macam selamat aje duduk dengan diaorang selama ini. Memanglah aku bengang pasal diaorang hutang dengan aku tuh, dan aku dah halalkan pun sebenarnya. Sebab, macam yang aku cakap ituhari, nak buat macamana kalau diaorang tak ada duit nak bayar, kan? Nak menangis airmata darah sekalipun, duit tuh tak akan dapat punya lah.
Aku rasa selamat tuh sebab dah bertahun aku dengan diaorang, diaorang rasa aku macam keluarga diaorang pun. Dan aku sorang jer yang tahu segala masalah Yanti sekeluarga tuh. Semua masalah dia, dia ceritakan kat aku. Lagipun, Yanti nih tak macam orang Indo yang lain. Cara fikir dia kadang tuh macam Americans. Kalau aku duduk dengan orang Indo yang lain, aku tak akan serapat macamana aku rapat dengan keluarga Yanti nih. Dan yang buat aku takutnya, kalaulah apa-apa terjadi dengan aku nanti, tak akan ada orang yang ambil tahu. Kalau tinggal sama Yanti, aku sure yang kalau aku ditimpa mala petaka, dia yang akan uruskan hal aku. Itu yang buat aku rasa tak seronoknya tuh. Tapi aku nak buat macamana, aku kena tawakkal ajelah, mudah-mudahan tak ada lah terjadi benda-benda buruk kat aku nanti. Aku kena mula hidup sendiri pulak lah nampak gayanya. Mudah-mudahan aku akan dapat cari bilik yang elok, dan penyewanya pun yang baik-baik.
Besoknya Yanti sama Will ke Atlantic City, nak cari kerja di casino, di hotel. Dalam gitu pun Yanti cakap besar kata yang kalau dia dapat kerja di spa di hotel tuh, dia tak jadi pindah rumah. Dan dalam masa beberapa bulan, dia nak beli rumah yang kitaorang tinggal sekarang nih. Cuma masalahnya Will tak nak kerja di Atlantic City. Sebab jauh kena drive dari Philadelphia. Walaupun Yanti kata yang kalau dua-dua dapat kerja, diaorang akan tinggal di kuarters pekerja yang disediakan, dan dia suruh aku sorang aje tinggal, tolong jaga rumah nih.
"Gajinya 20 dollars sejam, kalo lembur, 35 dollar sejam. Lumayan sih", kata Yanti yang aku rasa macam saja jer lah nak kasi aku jealous.
"Kalo kamu punya surat, aku bisa masukkin kamu sih", memang selalu dia kata gitu.
"Gapapa sih, aku kerja londri aja lah, gajinya kecil tapi aku bisa kerasan", aku kata gitu.
""Bill internet udah aku putusin, kapan-kapan aja nanti dimatiin", kata Yanti. Sedih bila aku mendengar berita yang nanti aku dah tak akan ada connection. Tak apalah, kat tempat kerja aku masih boleh berinternet. Kat rumah pun tak sampai setengah jam aje aku dapat online pun. Dan aku pun terfikir yang aku nak mintak biar aku kerja setiap hari lah kalau macam nih, dapat aku online. Nanti kalau my day off, aku nak buat apa. kan?
"Eh, aku pinjam uang kamu bisa nggak? Aku masih belum bayar sewa rumah, aku mahu bilang sama tuan rumah yang akhir Maret aku udah nggak menyewa di sini", kata Yanti.
Aduh! Dah lama aku tak dengar perkataan "pinjam uang" tuh dari mulut Yanti.
"Aku belum gajian sih, gajiannya setiap dua minggu", aku tipu dia. Sedangkan dalam pocket aku ada seribu lebih masa tuh. So aku asyik berfikir, apa lagi alasan yang nak aku kasi kat Yanti so that dia tak akan pinjam duit aku.
"Aku bener-bener kepepetan uang sih, kalo kamu nggak bisa pinjamin, kita akan diusir dari rumah ini", kata Yanti satu petang tuh bila aku sampai aje di rumah. Dia tengah menunggu orang yang menjemput dia ke tempat kerja.
"Gini, aku kasi kamu uang, tapi ini kiranya sewa kamar ku untuk bulan Maret. Jadi nanti bulan depan aku udah nggak perlu kasi kamu uang lagi", aku kata gitu.
"Iya, bulan depan kamu nggak perlu bayar sewa lagi", kata Yanti.
So aku kasi lah Yanti duit sejumlah sewa bilik, walaupun dalam hati aku terfikir jugak yang duit tuh untuk sewa bulan dua, nanti bulan 3 nanti dia nak cari duit di mana buat tampung sewa?
Hampir tiap hari Yanti gaduh sama Will, tak adalah gaduh apa tapi bertekak memanjang. Diaorang tahu aku ada di bilik, memang aku dengar apa yang diaorang tekakkan. Semuanya pasal duit, dan Will semuanya kasi alasan yang dia susah ak cari kerja sebab umur dah meningkat, kerjanya tak bagus, banyaklah songehnya. Dia kata dia nak apply untuk unemployment benefit, then nak suruh Yanti carikan dia kerja sama orang Indo yang lain so dapatlah dia dua income. So adalah alasan Will yang lain bila Yanti suruh dia grab aje mana-mana kerja yang ada.
Aku tak perasan pun yang gas di rumah dah dipotong, until one day tuh bila aku nak masak nasi. Tak ada gas dah dapur tuh. Patutlah semenjak dua tiga hari sebelum tuh, bila aku nak mandi, tak ada air panas. Or rather airnya tak panas-panas. Aku tak tanya Yanti tapi aku tahu yang gas dah dipotong. Memang dulu diaorang pernah dan selalu gitu, bills banyak tak berbayar, semua utilities dipotong. Nasib baik masa tuh aku di Maryland, di Florida.
So sekarang nih, for the last few days, aku tak mandi pun. Takat basuh mana-mana dan apa-apa yang patut jer. Dan aku tak masak dah lah sekarang nih (walaupun Yanti baru beli stove letrik yang kecil), bukan aku tak nak masak. Nak sesangat sebenarnya. Tapi dapur tak ada gas.
Dan lepas tuh aku pun jadi bengang, jadi macam tak sedap hati aje. Sebab ini pun belum bulan 3 (about a week ago, time-time yang aku kena tumbuk tuh), gas dah dipotong. Maknanya, sebelum bulan 3 berakhir, internet access, letrik pun akan dipotong jugak tuh nanti. Aku tahu punya lah, sebab dulu pernah rumah diaorang tak ada letrik. Sebab itulah. Dan aku jadi bengang sebab Yanti tak beritahu aku pun yang dia nak pindah secepat mungkin, dan sebab itulah dia buat tak kisah aje pasal semua utilities dah dipotong.
"Aku udah dapat satu kamar di Bancroft Street, kamar gedek, sewanya 400. Buat dua orang", kata Yanti.
"Kapan kamu mahi pindah?", aku tanya gitu.
"Kapan-kapan aja cuma aku mahu bawa barang dikit-dikit", kata Yanti lagi. Barang diaorang memang banyak, selebihnya dia kata dia nak simpan di gudang aje sebab nanti kalau semuanya dah settle, diaorang nak cari rumah lain.
"Gimana nanti, aku di sono tinggalnya sama orang-orang fanatik, mereka semunya fanatik, orang Aceh, orang Brunei", kata Yanti. [Orang Indo punya definasi fanatik tuh lain. Orang yang sembahyang dan puasa tuh dikira fanatik sangat dah. "Negara mu fanatik amat sih, bulan Puasa tokok-toko makanan kagak buka", pernah Yanti beritahu aku dulu)
"Kalo kamu mahu menyewa di sono, ada satu kamar tapi sewanya 300 sih. Mahal", kata Yanti. Lagipun tempatnya agak jauh ke dalam, aku kena jalan 4 more streets dari rumah tuh untuk ke subway.
"Gapapa Ti, aku cari kamar lain, yang kecil, yang lebih murah", aku kata gitu.
Tapi aku geram yang aku rasa aku macam terkena aje dengan Yanti. Kalau dia beritahu aku plan dia untuk pindah secepat mungkin, harus aku tak kasi dia duit sewa bulan March tuh. Harus aku dah cari bilik dah. Harus aku dah boleh pindah. Rupanya dia nak pindah tuh sebab nanti bulan 3 dia dah tak payah bayar sewa, sebab masa menyewa dulu dia ada bayar deposit sebulan. Dan dia tak kisah dah tak ada utilities sebab dia ada bilik yang lain.
Aku? Akan bergelap lah aku nanti, dah lah aku tahu masa tuh nanti dah tak ada internet. Dah lah for the last few days aku tidur mengerekot aje sebab sejuk, sebab tak ada heater. Nasib baik akan datang nih dah tak sejuk sangat dah. tapi aku tak boleh imagine yang aku akan sanggup untuk duduk di rumah tu sampai end of March, kalau betullah jangkaan aku yang semua utilities akan dipotong satu persatu. Bererti aku terpaksa cari bilik lain secepat mungkin. Bererti aku dah kena bayar dua sewa untuk bulan March. Pundek punya Yanti.
Dan bila memikirkan yang aku tak akan ada internet access anytime soon, itu yang buat aku rasa lemah badan tuh. Menggeletar rasanya. Dan yang buat aku semakin lemah tuh bila aku fikirkan yang masalah tuh sepatutnya bukan masalah sangat pun. Benda kecik aje. Kalaulah aku nih orang yang legal, yang ada papers. Senang jer, pergi SprintsPCS, beli wireless card, then subscribe. Itu penyelesaiannya, tak payah susah-susah. Tapi itulah, sebab aku illegal, tak ada surat, aku tak boleh nak buat semuanya tuh. Even benda semudah itu. Dan benda semudah itulah yang menjadi masalah paling besar bagi aku yang gelap nih. Itu yang buat aku selalu bengang tuh kalau ada orang yang samakan hidup aku nih dengan orang yang legal. Diaorang nih, itu pun tak faham, atau sengaja buat-buat tak faham, sedangkan to me, benda gitulah yang paling sensitifnya. Yang selalu buat aku berdendam.
Dan aku pun dah terfikir yang aku nak mintak biar Mr Yong suruh aku kerja setiap hari lah. Bukanlah aku suka kerja tapi kat tempat kerja aje sekarang nih yang buat aku rasa macam tenang sikit. Funny bunyinya kan, tempat kerja dah macam tempat aku ambil refuge. Iyalah, sebab ada internet, kalau tak ada internet tuh, tak pulak kan? Aku rasa tenang. Di masa-masa tak ada orang lah, kalau masa sibuk tuh, weekends especially, aku nak makan orang jer kerjanya.
Kalau masa tak ada orang, dalam-dalam pukul 4 pagi onwards tuh, aku rasa tenang aje, walaupun masa tu lah aku patutnya curi-curi tidur, tapi aku lebih suka rileks-rileks. Aku on kan laptop, dan bila dah bosan online sebab tak tahu apa nak buat, aku biarkan aje laptop tu terus connected to the internet. Aku then buatlah apa-apa yang patut, tengok tv ker, baca buku etc. Tapi, most of the time aku tak buat apa pun. Didn't I tell you yang aku, sejak kecil lagi, aku boleh tenung something for hours on end?
So sekarang ini, biasanya sampai 10-30 am aku akan buat begitu, jenguk online sekejap-sekejap gitulah, sampai masanya bila aku kena bersih-bersihkan kedai tuh, sebelum Mr Yong sekeluarga datang untuk gantikan aku. Itu aje sebenarnya yang buat aku suka "kerja" di sini nih, aku sorang-sorang, tak ada pressure.