22032007
Hari kedua kerja, aku pergi lewat sikit, dekat pukul lapan baru keluar rumah. Itupun sampai sebelum pukul sembilan. Kebetulan timing aku tepat, sampai aje kat station, train dah ada. Sampai station terakhir, bas pun dah ada. Aku buatlah apa-apa yang patut, menyapu kat luar laundry tuh, penuhkan balang-balang jajan, penuhkan barang-barang yang dah tinggal sikit, semua benda-benda gitu.
Pukul 10 lebih baru ada sorang hantar pakaian untuk dicuci. Tapi banyak pakaiannya, beguni-guni. Aku timbang, seratus pounds lebih beratnya, harga nya pun seratus lebih. Terus kaget aku dibuatnya bila Daniel suruh aku handle semuanya. Aku, nak operate mesin tuh pun masih terkial-kial, dia suruh pulak aku buat semuanya. Lantaklah. Tengah bersihkan tuh ada lagi orang hantar pakaian, dua orang pulak tuh. Dan semuanya nak siapkan pakaian tuh dalam hari tuh jugak. Aku dah termencarut dah dalam hati. Tapi bila difikiryang aku akan dapat 10% dari harga cucian, aku rasa bersemangat sikit. Tak apalah, korang hantarlah segunung pakaian pun, korang hantarlah spenda sebusuk mana pun, sekotor mana pun, akan aku bersihkan. Akan aku lipatkan. Aku peduli apa. Di celah-celah bra korang yang masam tuh, di sebalik tompokan kotor di spenda korang tuh aku ternampak duit. Aku nampak 10%.
So sementara tunggu pakaian dicuci, aku sembang ajelah dengan Daniel. Dia tanya aku samada aku dah berani kerja sorang-sorang sebab dia ada hal lain. Aku gelak ajelah, gelak takut. Mana tak nya, banyak kerja yang kena buat, nak handle pakaian yang orang hantar nak dibersihkan, nak man the counter lagi, nak layan bebudak sekolah yang such a pain in the butt tuh, nak buat segala macam aku sorang.
Dulu waktu aku kerja di kedai Mr Yong, kalau waktu siang dia dengan bini dia yang jaga kedai tuh sebab tak larat sorang-sorang nak handle semuanya. Itupun kat kedai diaorang tuh tak ada jual jajan lain, tak ada jual barang sangat, setakat detergent dan barang-barang laundry begitu aje. So secara praktikalnya memanglah tak boleh sorang yang handle semuanya tuh. Kena berdua jugak. Kalau tak memang parahlah.
So bila dia tanya aku boleh handle atau tidak, bila dia tengok aku senyum aje, dia katalah yang dia percaya aku. Dia siap cerita kat aku yang aku walaupun baru masuk hari kedua kerja di situ aku dah macam berbulan kerjanya. Dulu pernah ada orang Cina yang kerja di kedai tuh, dua minggu lebih pun dia masih tak berani nak jaga kedai tuh sorang-sorang. Last-last Daniel terpaksa suruh dia berhenti.
So bila dia beria kata yang aku boleh ditinggalkan kerja sorang-sorang dan kalau ada apa-apa masalah talipun dia, aku pun ok kan ajelah. Walaupun rasa macam berdebar-debar aje. What with pakaian yang menimbun untuk dicuci dan dilipat.
Memang pun kelam kabut habis aku petang tuh, mana nak melayan orang lagi, mana nak terlari-lari bila ada orang yang komplen pasal mesin rosak (mesin kat kedai tuh jenis yang lama, banyak dan selalulah rosaknya, so aku kena fix kan apa-apa yang patut)Masa tu lah pakaian yang dalam dryers tuh buat hal, bergumpal-gumpal jadi macam anaconda besarnya. Rugi aje masa aku terpaksa keringkan lagi. Aku tak boleh nak guna banyak dryers sebab takut rugi tokey kan? Itu yang terpaksa guna semaksimum yang boleh untuk satu-satu dryer. Dan pakaian lain pun dah siap untuk dikeringkan, so berlambak-lambak pakaian jadinya. Masa tu lah jugak orang ramai nak beli jajan, nak beli barang. Ada yang nak kopi, nak tea, nak kunci tandas. Semuanyalah yang membuatkan aku terkesana terkesini. Tension gila aku jadinya. Berpeluh dingin pun jugak. Macamana pun aku rasa puas hati jugaklah sebab aku boleh handle semuanya tuh dan masa terasa sekejap aje kalau sibuk gitu tuh.
Dan aku terus lupa pasal internet. Cuma masa melipat pakaian orang tuh aje aku jadi macam sayu sikit. Tambah-tambah masa melipat spenda orang.
Dah dekat pukul 10 malam barulah Daniel datang, masa tuh aku dah siap bersih-bersihkan mana-mana yang patut. Tapi, tak lama lepas tuh ada lagi orang datang nak cuci pakaian. Aku diamkan aje tapi dalam hati aku menyumpah-nyumpah. Itu memang yang jenis menyusahkan umat tu tuh, tak ada nak fikir pasal orang lain.
Last-last bila aku tengok jam pun dah dekat 10-30 malam terus aku tinggalkan mop, terus aku capai jacket, beg aku. Aku nak blah, apa nak jadi, jadilah, kata aku dalam hati. Dah 13 jam setengah aku kerja, aku nak balik aku nak berinternet. Nanti kalau lagi lewat baliknya lagi lambat sampai sebab bas, train dah tak banyak. Dia mana tahu yang aku, keluar aje dari station subway tuh aku macam berlari-lari anak ke rumah. Mengalahkan orang buat Sae'i kat Mekah lagih.
"Ok you can go now" kata Daniel. Agaknya dia perasan yang aku macam dah nak naik angin aje. Aku terkesian pulak kat dia so aku katalah yang dia tak boleh expect aku nak tunggu orang cuci baju tuh sampai pukul 11 malam. Pukul berapa aku akan sampai ke rumah kalau gitu? Then dia kata yang kalau dia ada, aku boleh balik dalam sepuluh lebih, tapi kalau dia tak ada, aku kena tunggu sampai semuanya siap dan besoknya aku bolehlah datang lewat sikit. Kalau aku balik pukul 11 malam, besoknya aku boleh masuk pukul 10 pagi instead of pukul 9.
Kalau gitu, ok lah.