Janji aku dengan Nila, nak pindah ke apartment dia tuh 1 hb April, tapi sebab hari tuh Sunday (aku biasanya letih, weekends memang sibuk kerja), aku beritahu dia yang aku akan pindah di hari off aku, hari Rabu. Yanti ada beritahu aku yang aku boleh duduk di rumah yang dia nak kosongkan tuh sampai penyewa baru masuk.
"Orang Aceh sih, istrinya orang Malaysia. Fanatik amat orangnya', kata Yanti.
Aku rasa macam nak tergelak aje sebab definisi fanatik orang Indo nih lain dari definisi fanatik kita orang Malaysia. Bagi orang Indo, kalau orang tuh jenis yang sembahyang (walaupun kadang-kadang tuh ada tertinggal), puasa, dan tak merayau ke mana-mana, itu dah dikira fanatik sangat dah tuh. Even Yanti (yang pakai susuk emas sama diamond tuh, dia yang beritahu aku sendiri) pun kata, dia, walaupun tak fanatik, tapi orang yang kuat ugama jugak.
Aku tak tahu lah apa pandangan Yanti tentang aku, sebab selama aku duduk dengan keluarga dia, aku tak ada nampak macam 'fanatik" di mata dia. Seingat aku, anak dia aje yang pernah tengok aku sembahyang. Makan pun, kalau dia goreng ikan kering, atau buat sambal tumis, baru tu lah aku makan masakan dia (kalau dia pelawa). Dia tak tahu pun yang ayam dan daging aku beli tuh, aku beli kat kedai halal. Rasa aku lah, tak ada istilah halal haram dalam kamus orang Islam Indo nih. Apa yang diaorang tak makan, hanyalah babi.
So, bagi aku, mungkin Yanti anggap aku macamlah orang-orang Indo yang lain jugak. Yang tak mempraktikkan ugama. Aku tak kisah langsung sebab semuanya tuh antara aku dengan Tuhan, walaupun ada jugak terfikir di hati aku yang selama ini aku tak ada pun menunjukkan yang aku nih macam seorang Islam. Senang cakaplah, aku buat benda sembunyi-sembunyi.
So bila Yanti kata ada orang Melayu Malaysia yang akan pindah ke rumah tuh, aku rasa macam excited jugaklah, walaupun aku macam tak berapa percaya aje cerita dia. Kalau betul itu orang Melayu, apa pasal aku tak pernah jumpa? Tak pernah dengar cerita? Macamana pun, aku rasa, di Philadelphia nih, ada jugak sesekor berdua Melayu yang lebih kurang macam aku nih. Yang kawin dengan Mat Salleh, yang kerja dan duduk secara legal tuh, yang belajar, yang ikut spouse memasing, yang itu lain cerita lah. Itu kira kumpulan lain tuh. Seramai mana pun diaorang, aku tak nak ambik port pun, unless ada special case, macam kes adik Syazwan dulu tuh. Ha, kalau kes-kes gitu, aku kena lah memunculkan diri.
Tapi kalau yang Melayu yang macam aku nih, yang kerja biasa-biasa aje, aku rasa curious jugak nak tahu. Dulu ada aku cerita pasal this one guy by the name of Amri, yang kerja kilang kat Phila nih, dah berbelas tahun dia kat US nih. Sayang aku tak dapat contact dia, nombor dia pun aku dah hilang, sedangkan mengikut kata member aku, dia duduk a few blocks dari tempat aku nih aje.
Then dulu tuh, ada kawan tempat kerja aku kata yang ada sekumpulan Melayu yang kerja kilang sama dia, tapi bahasa Malaysia diaorang "agak anih bunyinya sih, kagak seperti bahasa Malaysia eloe". Nama pun nama Melayu, Nizam, kalau tak salah aku, one of the guys tuh. Aku agak, mungkin orang Utara atau orang Pantai Timur. Mungkin students kot. Entah.
Dan baru nih jugak, masa aku pergi kerja, aku tegur this one Indon yang, bila dia tahu aku orang Malaysia (aku beritahu dia, sebab dia ingatkan aku orang Ambon), dia beritahu yang dia ada kenal this perempuan Melayu Singapore (by the name of Aida) yang tinggal kat Phila nih jugak.Kerja biasa-biasa aje, illegal jugak agaknya sebab dia nak mintak mamat tuh tolongkan dia cari jalan macamana nak beli ID dari State yang lain.
Hari Jumaat, bila aku sampai rumah malam tuh, aku tengok barang-barang Yanti semuanya macam dah ready untuk dipunggah. Dan tak ada siapa pun di rumah. Even komputer diaorang pun tak ada, so tak ada lah internet connection untuk aku jugak malam tuh. Sah lah Yanti dah pindah ke tempat baru, dan besoknya, Saturday, lori akan datang untuk mengambil semua barang dia. Banyak jugak benda yang ditinggalkan, meja, kerusi,langsir, benda-benda gitu. Sebab Yanti kata yang keluarga yang nak pindah tuh, dulunya kerja kilang sama dia aje. Tapi sekarang dah berhenti sebab agak susah nak get along dengan orang lain.
"Fanatiknya keterlaluan, jilbab nggak pernah dibuka, waktu solat, dia langsung solat", kata Yanti.
Suaminya (orang Aceh tuh) kerja di situ jugak tapi dia gajinya besar sebab dia, selain kerja, dia jugak yang jadi tukang hantar dan jemput pekerja, orang-orang Indo.
So malam tuh aku lepak aje lah, moyok aje, sebab tak ada internet. Tapi tak apalah sebab aku sibuk menalipun member-member.I was on the phone dengan member kat Jepun bila tiba-tiba aku terdengar suara budak kecik menangis. Mulanya aku ingatkan neighbor punya anak tapi tangisan tu pulak tak henti-henti. Budak kecik merengek.
"Taruk sini aje lah bang",aku terdengar suara perempuan. Perempuan Melayu.Terus aku turun, aku tengok ada perempuan pakai tudung, tengah mendukung budak kecik. Aku kasi salam. Dia terkejut tengok aku. Tapi aku tahu, yang diaorang tuh lah yang Yanti maksud kan.
"Orang Malaysia kan?",aku tanya gitu.
"Ha ah', perempuan tuh jawab. Muda jugak orangnya, dalam pertengahan dua puluhan gayanya. "Dah pindah? Bu Yanti kata 1 hb?", aku tanya gitu.
"Tak. Memang nak pindah hari ini", dia jawab gitu. Suami dia tengah mengangkat barang agaknya kat luar, so aku sambil dari atas tangga aje lah tanya perempuan tuh.
"Melayu betul ker? Kat Malaysia, kat mana?", aku macam tak percaya aje.
'Ha ah, Melayu betul. Malaysia, kat Penang", dia jawab sambil gelak-gelak.
"Penang tang mana?", aku mulalah bukak slang utara.
"Bayan Lepaih", dia macam terkejut dengar aku cakap utara. Gayanya macam nak tanya aku something tapi suami dia baru masuk. Memanglah tak manis kalau sembang beria sangat dengan aku, orang yang tak kenal, kan? Aku faham tuh, aku pun rasa tak comfortable aje sebenarnya nak tanya lebih-lebih sebab sesama Melayu nih biasanya gitu lah. Melayu yang pakai tudung especially. Nasib baik yang bukan jenis pakai tudung labuh tuh, kalau tidak, sure aku tak tanya apa-apa kot. Tapi,kalau dengan orang Indo, aku tak akan rasa tak comfortable gitu, aku akan selamba aje.
.....don", kata suami dia sambil hulur tangan nak bersalam dengan aku.
"Good", aku kata gitu.
"Good?", tanya perempuan tuh, sambil gelak-gelak. Suami dia pun gelak.
Lama tuh baru aku perasan, rupanya lelaki tuh perkenalkan diri dia, nama dia ends with "don", yang aku ingatkan dia tanya aku macam slang gagak-gagak New York, "How ya doin' tuh.
"Laaa, ingatkan tanya "How ya doin'", aku jadi malu gituh.
Then aku ceritalah yang aku akan tinggal di situ sampai hari Rabu sebab aku tak ada masa nak pindah. Sebab balik kerja pun dah tengah malam dan berangkat kerja pun awal pagi. Lagipun, memang Yanti tahu plan aku gitu tuh.
"Tak apa', kata perempuan tuh.
Aikkkkk, dia kata tak apa? Macam tak sedap jer bunyi nya tuh.......