Terasa lama yang teramat-amat nak menunggu pukul 11 pagi tuh, tersengguk-sengguk aku depan tv sejak dari pukul 6. Kebetulan pulak malam sebelum tuh snow turun sesikit, dan angin kuat, so tak ada orang langsung, even yang nak hantar atau nak collect pakaian. Mr Yong suruh aku tengok tv, so aku tengok tv ajelah. Kalaulah boleh online masa-masa gitu, alangkah seronoknya, tak ada gangguan.
Saspen jugak kalau-kalau gaji aku tak dibayar hari tuh, bererti akan ada sehari lagi lah aku kerja. Ada a few regular customers yang datang akhirnya, aku beritahu diaorang yang itu hari terakhir aku di situ. Semuanya macam tak faham bila aku kata aku belum ada kerja yang menanti, dan aku buat decision tu pun hanya beberapa jam yang lalunya.
Lega rasa hati bila Mr Yong sampai aje, terus dia kasi aku gaji, seminggu lewat dari yang sepatutnya. Tapi, kalau difikir-fikir balik, nasib bak jugak gaji aku tak dibayar semalamnya atau hari-hari sebelumnya sebab kalau aku dapat gaji, sure half of it dah aku guna. Dan sure aku akan berfikir lain pulak. Iyalah, aku kena ada duit untuk buat persediaan di masa aku tak kerja nanti. So itu kira macam blessing in disguise lah, dapat gaji lambat tuh. Kalau tak, haruslah dua minggu lagi aku kerja di situ, dan akhirnya aku tak jadi berhenti langsung. Ataupun aku tetap berhenti tapi dalam keadaan yang agak perit sebab duit tak sebanyak mana ada di pocket.
"I ain't coming no more", aku kata gitu, sebelum aku blah. Sajalah aku pilih perkataan yang dia tak faham. At least aku beritah dia kan?
"See you tonight", kata Mr Yang. Sahih dia tak faham apa yang aku cakap. So bukan salah aku lah, aku ada beritahu dia yang aku tak nak kerja dah, kan? So confirmed lah yang aku dah tak akan kerja di kedai Mr Yong lagih. On the way balik, aku singgah di SprintsPCS sebab nak tukar phone number. Malaslah aku guna number tuh, sure Mr Yong akan talipun. Dia hafal number aku.
Dan bermulalah aktiviti pemerapan aku. Aku tak keluar ke mana-mana pun, aku dok memerap aje di bilik. Aku tidur, aku online, aku tidur, aku online. Dan aku order makanan. Itu aje kerja aku for the next 3 days tuh. Tak bercakap dengan sesiapa, tak jumpa sesiapa pun. Yanti pun tak tahu yang aku dah berhenti kerja, aku tak beritahu dia pun. Aku just duduk di bilik, kalau dia tahu aku ada pun, sebab aku pasang music.
Seronok rasanya hibernate gitu tuh, sikit pun aku tak fikir apa-apa, tak ada macam pressure yang aku tak kerja, tak ada rasa macam tertekan pun. Pendek kata, aku memang berehat dengan ertikata yang sebenarnya. Aku betul-betul tenang.
Aku ada jugak terfikir yang aku patutnya ambil kesempatan itu untuk mula cari kerja. Mula cari bilik sewa. Tapi aku tangguhkan dulu. Aku nak lepak. Lepak selepak-lepaknya. Aku fikir, tak apalah aku rileks dulu untuk beberapa hari, sebab aku letih. Lagipun, ini aje peluang untuk aku berihat, nanti kalau dah mula kerja, sure tak ada peluang nak buat gitu. Memanglah nampak macam buang waktu aje, aku tak buat apa-apa pun.
Thursday tuh ada aku keluar, pergi ke city center. Tapi the moment aku keluar aje dari subway station, aku dah tak tahu nak pergi ke mana. Terus aku balik ke rumah. Friday aku keluar, sebab nak Sembahyang Jumaat.
Sebenarnya, rasa tak seronok nak keluar ke mana-mana, tambah-tambah untuk ke New York atau Washington DC, sebab aku tak kerja. Kalau aku ada kerja, kalau aku off biasa tuh, itu memang seronok kalau jalan ke mana-mana. Iyalah kan, ada konfiden. Ini, aku dah lah tak kerja, duit yang ada pun kena jaga-jaga, takut habis terbelanja. Itu yang buat tak ada mood nak ke mana-mana pun. Even nak ke library pun malas. Lagipun, mungkin akan datang aku dah tak ada peluang untuk online, so aku ambik kesempatan itu untuk memulun sikit.
Ada jugak aku talipun MakCik Jenny, dia suruh aku datang ke New York, senang sikit nak pilih kerja yang mana satu. Mulanya dia suruh aku ke Long Island, New York, kerja laundry jugak, tapi live-in. Tokey laundry tuh ada sepuluh bijik kedai dobi, dan dia nak kan orang. Tapi bila MakCik Jenny kata yang ada Cina Malaysia (selain Nepalese dan Indons) yang kerja di situ, terus tawar hati aku nak tanya lelebih. Lagipun, kalau ramai-ramai, sure keadaan tempat tinggalnya tak berapa bagus sangat.
Then MakCik Jenny suruh aku ke Hagerstown, Maryland. Kerja kat food court, sebagai counter person. Little did she know yang itu sebenarnya restoran Pak Tua. MakCik Jenny tak tahu yang aku pernah kerja di sana sebab kerja tuh dulu, aku dapat pun melalui ajen lain. Aku kata aku tak nak sebab tempat tuh macam kat bandar kecik aje, sedangkan aku nak tergelak aje bila mengenangkan yang ada kemungkinan aku balik semula kerja di restoran Pak Tua. Kalau aku ke sana, akan selesai masalah-masalah aku. Pasal kerja, pasal kawan, dan pasal internet. Teruja jugak aku sebenarnya. So siapa yang dah berhenti, kat restoran Pak Tua tuh? Dah lama aku tak menalipun diaorang sebenarnya, Subardi dah lama dah berhenti (dia gaduh dengan "adik" dia tuh), entah-entah Nadi pun dah berhenti sebab ituhari dia ada kata yang tahun 2007 dia nak cari kerja lain, jadi waiter. Sebab gajinya lebih banyak, dia punya plan untuk balik ke Indo tahun 2008.
Tapi, macamana pun aku tak lah buat keputusan apa-apa pun, itu semua cuma persediaan aku aje. Aku akan ke New York nanti, kalau ada masa jugak, aku nak ke Washington DC kot, dan sementelah ke DC, aku rasa nak melawat Hector. Sure dia akan pujuk aku balik kerja di restoran Pak Tua tuh. Tengoklah macamana, kata aku dalam hati.
Then petang Ahad baru lah aku cuba-cuba cari info pasal kerja, pasal bilik sewa. Ada dua aje bilik yang nak disewakan, yang ada internet access. Dua-duanya kena share, bilik untuk dua orang. Yang satu tuh, bila aku kata aku orang Malaysia, terus dia kata dia tak ada bilik untuk disewakan,sedangkan semalamnya masa aku talipun, dia suruh aku kontek dia untuk tengok bilik tuh dulu. Yang kedua tuh, perempuan, orang Jawa. Dia suruh aku datang tengok dulu, aku kata lah yang aku tak kisah macamana biliknya, asalkan ada internet access.
"Ngomong-ngomong, kamu asalnya dari mana sih? Koq Indo kamu anih amat bunyinya", dia tanya aku. Ada aku tanya dia kalau-kalau dia tak nak sewakan kat aku sebab aku bukan orang Indo, tapi dia suruh datang dulu. Untuk tengok bilik, dan dia pun nak tengok aku nih jugak sebelum dia nak sewakan bilik tuh. So aku rasa lapang lah sikit bila dapat tahu yang aku masih ada harapan untuk dapat sewa di tempat yang ada internet access. Itupun kalau aku decide untuk cari kerja di Philadelphia aje. Kalau aku dapat kerja di tempat lain, itu lain cerita.
Macamana pun, aku plan untuk ke New York besoknya, dan aku pun buat keputusan yang paling lama aku nak berihat pun, seminggu aje lagi lah. Tak boleh lama-lama, nanti terbiasa nak lepak nanti, payah jadinya. Aku ada jugak tertalipun satu tokay laundry nih, by the name of Daniel. Dia ada advertise kat paper Indo. Bunyi iklan dia gini: Experienced laundrymat worker needed. No place to sleep. Call 267-XXX-XXXX. Macam pelik aje bunyi iklan tuh, so aku talipun lah, dia suruh aku datang esoknya, (Monday) dalam pukul 4 gitu. Terus aku tangguhkan plan untuk ke New York.