Sebenarnya itu bukan lah kali pertama Yanti kata aku suka berjudi. Dah banyak kali dah dia kata gitu. Biasanya kalau masa ada orang, kawan dia, kalau kebetulan aku ada sama dia. Itu salah satu cara dia mengintroducekan aku kat kawan-kawan atau sesiapa yang kebetulan ada sama dia lah. Yanti nih memang jenis suka memalukan orang di depan orang ramai. Jenis yang tak pandai menjaga kemaluan orang. Jenis yang mengcover kemaluan sendiri menggunakan kemaluan orang lain. Bahasa dia sinis. Mungkin dia tak perasan kot tapi aku dah beberapa kali dah terkena gitu.
"Ini orang Malaysia, menyewa di sini. Orangnya kuat berjudi sih, kalah melulu", gitu lah yang biasa dia kata. Sambil gelak-gelak. Dan aku akan senyum aje lah walaupun dalam hati aku Tuhan aje yang tahu, betapa bengangnya. Tapi, dengan orang Indo memanglah aku tak rasa sedih sangat sebab aku tahu yang diaorang tuh kebanyakannya suka berjudi, lagipun aku pandang rendah aje kat diaorang. So, bila Yanti cakap gitu kat depan orang, jadi sama-sama rendah lah kitaorang. Itu tak apa tuh.
Tapi bila dia kata aku suka berjudi, kat orang Melayu (pulak tuh), kat orang Malaysia (pulak tuh), yang alim (pulak tuh), yang muda dari aku (pulak tuh), itu yang buat aku sedih sangat tuh. Aku dah agak dah, itu yang buat aku tanya bini Don, apa yang Yanti ceritakan kat diaorang pasal aku. Yang dia kata aku kalah belasan ribu lebih tuh, mungkin pasal account aku yang difreezekan tu lah agaknya. Sebab kebetulan puak masa tuh aku kerja di Vineland, dekat Atlantic city, dan kalau aku nak ke philadelphia aku selalunya naik bas ke Atlantic city dulu. Tapi memang pandai dia buat cerita.
Mungkin sebab aku bengang, marah dan geram, aku ceritakan lah sikit-sikit pasal Yanti. Benda-benda buruk aje lah kan?. Aku nasihat kan Don jangan terlalu rapat dengan Yanti sebab Yanti tuh jenis manis mulut. Aku kata yang aku tak akan terkejut kalau suatu masa nanti Yanti akan ajak Don buat business, sebab Don tuh American citizen, ada duit dan Engish pun terrer.
"Bu Yanti boleh kata gitu?",aku selau ulang-ulangkan ayat tuh bila bercakap dengan Don, dengan bini dia. Biar diaorang tahu yang aku kecik hati, aku terasa. "Tak apa lah, ini aku dah pindah nih, mintak-mintak aku tak jumpa dia lagi dah. Cukuplah selama ini aku dengan keluarga diaorang tuh", aku kata gitu.
Macamana pun, aku tetap fikir yang aku akan masih lagi berhubungan dengan keluarga Yanti tuh nanti. Walaupun tak sekarang, tapi di tahun-tahun akan datang. Paing tidak pun Yanti akan ada talipun aku nanti, dengan cerita-cerita terbaru dia. dan akhirnya dia akan mintak pinjam duit.
"Suami dia tuh reti sembahyang ker? Nak ajak dia ke masjid lah cadangnya", kata Don.
"Tak reti lah.Tak reti apa pun. Anak dia yang besar tu jer (Ara) yang reti sembahyang. Yanti pun aku tak pernah tengok dia Sembahyang. Selama aku duduk dengan diaorang, baru ni aje dia ada tanya aku arah kiblat. Dan dia ada cerita kat aku yang dia sembahyang, sekali tuh. Sekali tuh aje lah", aku jawab gitu.
"Abang tak pernah ajak diaorang sembahyang ker?", Don tanya aku.
"Susah lah......", aku pun tak tahu nak jawab macamana.
Aku beritahu yang kali pertama dan terakhir (setahu aku) diaorang ke masjid, masa Will nak peluk Isam dulu tuh. Masa di Boston. Then masa diaorang kawin. Itupun kawin sebeum Zohor. Aku ada cerita dulu tuh yang lepas aje kawin, diaorang blah. Aku terpaksa tunggu sebab nak kasi duit kat Imam tuh. Then aku baik jalan kaki, kan?
Then aku beritahu jugak yang aku nih, dengan mana-mana orang, be it kat tempat kerja, kat mana-mana lah, aku tak ada beritahu pun yang aku nih Islam. Dan kalau aku nak sembahyang, aku buat sembunyi-sembunyi. Aku sanggup lah sembahyang bawah pokok ker, dalam tandas ker, kat mana-mana lah tempat yang tersorok.
Memang ada jenis orang yang sembahyang kat depan-depan orang, rasa nak sembahyang jer, diaorang akan terus aje sembahyang. Aku tak jenis itu. Aku jenis yang sembunyi-sembunyi. Dan Don nih jenis yang tak peduli orang.
"Apasal nak sembunyi-sembunyi? Malu ker jadi orang Islam? Malu ker mengaku Islam?', tanya Don.
Aduh, sentap lagi aku dibuatnya. "Budak-budak", kata aku dalam hati. "What do they know about life? Semuanya nak menyalahkan orang, nak mengutuk orang".
Terasa jugak hati aku bia Don kata gitu. Rasa nak jawab jer, rasa nak kata,"Eh, jangan lah cakap gitu" aje. Tapi aku takut dia berasa hati pulak kalau dengar aku cakap gitu, sebab dia akan tahu yang aku terasa hati. So aku diam kan aje lah, dan walaupun aku gelak-gelak sama dia, tapi hati aku terasa.
Aku nih dah lama hidup lah, takkan aku tak boeh sembunyikan keterasa-hatian aku tuh kan? Kat depan budak yang setahun jagung kan? Yang tengah menggelegak lagi, kan? Entahlah, mungkin salah aku, tapi memang style aku gitu (buat something dengan sembunyi-sembunyi), tak mampu lah aku nak buat style orang lain.
----------------------
Nila talipun aku tanya bila aku nak mula tidur di bilik sewa baru aku. Terus ajelah aku kata aku nak mula tidur di situ hari Isnin tuh. Sebab aku pun dah tak tahan selama 3 kali baik ke rumah, tak ada internet. Dan selama 3 hari tuh aku terpaksa bangun awal pagi dan pergi ke Kinko's. Dapat ambik napas kat internet dalam sesetengah jam tuh kira ok lah, daripada tak ada langsung.
Tapi aku kena beritahu Don sama isteri dia yang aku dah tak nak bermalam di rumah diaorang tu dah, walaupun barang aku akan aku ambil pada hari Rabu. Takkan aku nak senyapkan aje kan? So malam tuh, lepas balik kerja, aku balik ke rumah diaorang. Nak kasi duit sesikit, takkan nak pergi tangan kosong aje kan?
Terkejut jugak aku bila aku nak masuk bilik, ada tilam besar yang betul-betu disandarkan ke pintu bilik aku. Aik, takkan begitu sekali kan? Takkan diaorang lupa yang aku janji nak pindah 4 hb?
Tak ada lah aku cakap banyak sama diaorang, walaupun sebenarnya memang banyak benda yang nak diborakkan. Memang syok sembang-sembang dengan Malaysians, sebab aku dah lama tak bersembang sama Meayu. Selama ini aku asyik dok sembang dengan orang Indo yang tah apa-apa tuh kan?
"Nih ambik lah duit nih, 50 dollars", aku kata gitu sambil hulurkan duit.
"Duit apa pulak nih?", tanya Don.
"Ala, duit selama aku duduk sini lah. Ambik jer lah", aku kata gitu. Memanglah Don tak nak ambik, macam-macam lah alasan yang dia kasi. Tapi aku nih mana jenis yang mudah mengalah, kan?
"Ok, ini rezeki anak ko. Ambik lah. Ko tahu tak, anak Bu Yanti yang kecik tuh (Ita), selalu aku kasi dia duit, selalu dia mintak duit dari aku. Aku kasi. Tapi ko tengok lah, apa jadi? Lagipun aku Melayu lah, aku dah lama tak kasi duit kat budak-budak. Ambiklah, aku orang Malaysia lah", aku kata gitu.
"50 dollars, banyak sangat nih", kata Don sambil pandang bini dia (yang masa tuh kat dalam bilik).
"Banyak sangat tuh, budak kecik mana boleh ada duit banyak-banyak", kata bini dia.
'Ambik!", aku kata gitu.
"Oklah, kalau niat Abang gitu, saya ambik duit nih", kata Don.
So lepas tuh aku blah, untuk ke apartment Nila. Saja aje lah aku masuk ke kedai Cina yang di depan rumah tuh, aku nak beli air. Sempat aku jeling ke arah rumah Don tuh. Aku ternampak kelibat bini dia tengah menengok aku (agaknya lah) dari sebalik langsir. Aku memang expect akan disekodengi sebab kalau aku jadi dia pun aku akan sekodeng gitu jugak.