Snow turun that Saturday morning so aku tak keluar ke mana-mana. Petang tuh aje baru aku keluar sebab aku janji dengan Professor tuh nak sampai ke apartment dia dalam pukul 5. Sebelum tuh aku pergi makan kat restoran Redang Island.
"Ayoo, you banyak uang ha, hari-hari sini makan", kata cashier tuh. Aku gelak kan aje lah. Memang pun, habis kopak aku sebab almost everyday aku makan kat situ. Kalau tak pun, aku tapau makanan, untuk dua hari punya bekalan.
Lawa kawasan Columbia Uni tuh, tepi sungai, tak lah jauh dari city, dalam setengah jam dari tempat aku. Kat Upper West Side. Tak susah mencari apartment Professor tu, rasanya macam hall untuk staff aje.
Sampai aje, terus dia ajak aku sembang-sembang dulu, lepak-lepak sambil tengok tv. Rupanya dia mengajar Asian Studies kat uni tuh. Pelik jugak aku sebab aku tengok sekeliling, macam tak ada apa yang harus dibersih, dikemaskan. Dia nih nak aku suruh buat apa nih, tanya aku dalam hati. Only bila aku tanya apa yang aku kena buat, baru lah dia bawak aku ke bilik bapak dia.
Ha, tu dia, lintang pukang semuanya kat dalam tuh. Macam tongkang pecah aje gayanya bilik tuh, dengan buku-buku yang bertaburan di lantai, dengan pakaian yang tak bercuci yang berlonggok di merata-rata. Meja penuh dengan barang-barang, music system yang penuh dengan cds yang berteraburan. Memang kecoh habislah bilik tuh, yang besar lah jugak, mengadap ke arah sungai lagi. Cantik view dia.
So aku ditinggalkan kat bilik tuh, disuruh bersihkan apa-apa yang patut. Since bapak dia tak boleh bergerak, dia lepak kat katil aje lah, sambil aku kemaskan mana-mana yang patut. Rileks aje kerjanya, aku buat selamba aje, rasa macam membersihkan bilik sendiri aje. Sekali-sekala aje Professor tuh datang jenguk, sambil kasi aku air, sambil sembang tanya aku itu ini.
Masa aku tengah susun cds kat rak, bapak Professor tuh suruh aku put on some music. Apa-apa music lah, kata dia. Mulanya aku nak pasang radio aje then aku tengok banyak pulak cds yang best-best yang aku tahu penyanyinya, lagu-lagu yang aku pernah dengar. So aku pasang Tracy Chapman punya cd, aku macam sentapz aje bila dengar balik lagu Fast Car nih.
You got a fast car
I want a ticket to anywhere
Maybe we make a deal
Maybe together we can get somewhere
Any place is better
Starting from zero got nothing to lose
Maybe we'll make something
But me myself I got nothing to prove
You got a fast car
And I got a plan to get us out of here
I been working at the convenience store
Managed to save just a little bit of money
We won't have to drive too far
Just 'cross the border and into the city
You and I can both get jobs
And finally see what it means to be living
You see my old man's got a problem
He live with the bottle that's the way it is
He says his body's too old for working
I say his body's too young to look like his
My mama went off and left him
She wanted more from life than he could give
I said somebody's got to take care of him
So I quit school and that's what I did
You got a fast car
But is it fast enough so we can fly away
We gotta make a decision
We leave tonight or live and die this way
I remember we were driving driving in your car
The speed so fast I felt like I was drunk
City lights lay out before us
And your arm felt nice wrapped 'round my shoulder
And I had a feeling that I belonged
And I had a feeling I could be someone, be someone, be someone
You got a fast car
And we go cruising to entertain ourselves
You still ain't got a job
And I work in a market as a checkout girl
I know things will get better
You'll find work and I'll get promoted
We'll move out of the shelter
Buy a big house and live in the suburbs
You got a fast car
And I got a job that pays all our bills
You stay out drinking late at the bar
See more of your friends than you do of your kids
I'd always hoped for better
Thought maybe together you and me would find it
I got no plans I ain't going nowhere
So take your fast car and keep on driving
You got a fast car
But is it fast enough so you can fly away
You gotta make a decision
You leave tonight or live and die this way
Ada lah dalam 4 jam aku kerja kot, Professor tuh kasi aku 100 dollars. Best dengar dia puji aku, bukan puji sebab kerja sangat tapi more pasal aku nih knowleadgeable, smart and deep thinker gitu. Itu apa yang dia cakap lah.
Sebelum aku blah, dia kasi nombor talipun, dia kata anytime aku rasa bosan, dia boleh temankan aku pergi makan, atau jalan-jalan. Aku anggukkan aje lah tapi jauh di sudut hati aku, memang aku tak layak berkawan dengan orang begitu tuh. High class punya orang. Mungkin salah aku jugak sebab bila da tanya aku, aku katalah aku suka pergi tengok Broadway shows (sedangkan baru dua shows aku tengok), aku suka tengok wayang sorang-sorang, aku suka lepak kat library, benda-benda gitu. Memanglah bunyi macam kelas aje kan? Tapi sebenarnya tak ada apa pun.
Balik rumah, aku mula lagi cari iklan kerja. Ok jugak buat part time nih, kerja empat lima jam, bayaran dia sama dengan kerja 12 jam kat Chinese restaurant. Baik aku buat kerja part time aje lah kalau gitu. Cuma masalahnya itulah, bukan senang nak cari kerja, lagipun tak mungkin aku akan ada kerja setiap hari.
Macamana pun, malam tuh aku dapat satu reply dari this one company yang buat care-giving service untuk orang tua-tua. Kat 34th Street tempat tuh, a few blocks aje dari Times Square. Aku setuju untuk datang for interview esoknya, pukul 11 pagi. Mulanya aku pelik jugak apa pasal tempat tuh kat tengah-tengah bandar? Macam tak percaya aje, iyalah, letaknya antara Macy's dengan Madison Square Garden. Tak ker macam tak masuk akal gitu?
Tapi bila aku masuk ke office tuh baru aku tahu yang tempat tuh memang macam secluded, tak adalah bising sangat, dan orang yang datang pun semuanya yang tinggal di area tuh jugak. Masa aku masuk tuh aku tengok ada empat lima orang yang tengah tunggu, semuanya guna wheel chairs. Orang separuh umur semuanya, tak ada gaya macam sakit sangat diaorang tuh, sihat walafiat aje semuanya.
Aku disuruh isi application form, masa aku nak isi form tuh baru aku tahu yang kerja disitu tak bergaji, hanya harapkan tips aje. Patutlah diaorang panggil aku for interview walaupun aku ada beritahu yang aku tak ada papers.
Mamat yang kasi aku form tuh lupa kat aku sebenarnya, dekat setengah jam aku lepak sorang-sorang kat dalam bilik tuh, wondering apa what was going on. Cibai tul! Tapi tak apa sebab dia berkali-kali mintak maaf dengan aku. Lepas tuh dia tunjukkan aku apa yang harus dibuat, dia kasi aku guide ke seluruh building tuh. Then dia beritahu aku suruh datang Khamis, pukul 10 pagi. Pakai seragam hitam.
Aku tak ada lah rasa macam happy sangat bila tahu yang aku dapat kerja di situ, sebab kerja sebagai Independant Caregiver, mana ada gaji. Macamana pun aku setuju untuk datang Khamis tuh. Malam nanti aku kena ke Chinatown untuk beli seluar, baju, kasut hitam. Beli yang murah-murah aje dah lah kan? Kat Chinatown aje barang murah.
Since Marriott Hotel pun tak berapa jauh dari situ, aku jalan kaki aje lah, sebab aku nak pergi tengok International Expo Traders tuh. Patutnya Jumaat lepas aku dah pergi tapi malas pulak jadinya. Ini Traders Expo yang keempat pernah aku pergi sejak duduk di Amerika nih.Tak lama pun aku kat Expo tuh, takat ambik a few items yang aku rasa berguna. Lagipun, aku rasa macam kecik sangat aku kat situ. Iyalah, orang lain semuanya very well dressed, cakap pun berdegar-degar masing-masing tuh. Lawa-lawa dan handsome-handsome semuanya yang jaga booths, yang kasi presentations, typical Wall Street punya orang. Semuanya orang yang suksess belaka gayanya, ataupun yang on the road to success.
Mine aje yang always under construction.