Hari Rabu lepas, Yopi mengadu sakit tangan. Dia mengadu kat Sonny lah. Berbungkus tangan dia. Tangan kanan. So tak boleh nak kerja. Terus Sonny ajak dia ke Boston, ke tabib Cina, sebab memang kebetulan Sonny off hari tu tuh. Teruk gayanya sakit tangan dia tuh sebab besoknya dia tak kerja jugak.
Then Jumaat tuh dia kata dia nak ke New York. Alfonso beritahu aku yang Yopi ada cakap dengan dia yang Yopi tak nak kerja dah di restoran Sonny nih. Dia kata dia nak berhenti kerja. Tapi dia tak ada pun beritahu Sonny. Then aku teringat yang dulu Yopi ada kata dia nak berhenti kerja dalam minggu ini. Betul rupanya. Sonny tak tahu pun plan Yopi nak berhenti kerja tuh so dia expect Yopi akan balik semula dari New York. Yopi tuh untung sebab gaji dia dibayar setiap minggu, so dia senanglah kalau nak berhenti kerja, anytime aje. Bukan macam aku yang gaji dibayar sebulan sekali.
So, sekarang nih dah beberapa hari Yopi tak ada di sini. Harap-harap dia terus berhentilah, senang sikit hati aku. Maknanya jugak, aku lah orang paling lama kerja di sini sekarang nih. Theresa tak kira lah sebab dia cuma parti timer aje.
---------------------
Malam nih snow akan mula turun lagi. Esok akan lebat snow turun, up to a foot tebal gamaknya. Aku tengok tv tadi, semua sekolah di sini ditutup esok. Harap-harap mall tak lah ditutup pulak sebab kalau tutup bererti esok kitaorang semuanya off.
Bererti aku tak dapat dah off Selasa nanti. Aku ada appointment kat Lenscrafter hari tu tuh.