Wednesday, October 10, 2012

19022008


Balik ke rumah, aku terus aje online lagi, jadi leka aku dibuatnya mencari kalau-kalau ada iklan kerja yang macam iklan PakCik tuh. Aku kena cari kerja, kena cari lobang yang lain, dengan cepat. Dengan kadar mee segera gitu. 

Ada a few kerjas yang aku rasa aku boleh cuba, so aku email ajelah kat advertisers tuh. Ada satu nih, kerja part-time jugak, tapi on-call gitu. Memanglah susah bagi aku nak explain yang aku nih tak ada experience dan legal documents tapi after a few emails, biasanya aku akan terangkan kat diaorang. Then aku dapat this email:

Hello, 

Yes most jobs pay cash and if they give you a check I would be able to exchange it for cash. I will be holding interviews this Friday and possibly Sunday Morning (please let me know if Sunday works better for you). 

Please email, call or text me your availability for Friday. Interviews will be held from 3pm-6:30pm at:

29th Park-Park Ave. South
424 Park Avenue South
New York, NY 10016
212-000-0000

Oklah ada dapat panggilan interview gitu kan? At least aku ada something to look forward to. Aku dapat jugak satu email, dari this one Professor kat Columbia University, New York, yang nak kan assistant, for a few hours.So lepas berbalas-balas email, aku setuju untuk datang ke apartment dia Saturday, dalam pukul 5 gitu. Sebab masa tuh bapak dia yang bed-ridden, nak kan someone tolong-tolong kemaskan apartment. 

Bila dah settle semuanya, baru aku keluar. Tak ada lah rasa macam tak seronok sangat sebab aku tahu yang dalam minggu tuh aku akan ada at least dua appointments. 

Aku ke Times Square, aku nak tengok wayang. Demam Oscar dah semakin ketara so aku nak tengok filem yang dicalunkan untuk Oscar ajelah. So aku tengok film Atonement yang dah lama aku idam-idamkan nak tengok. Memanglah aku suka film-film British kan, so memang aku enjoy lah menonton film tu tuh. Kiera Knightley pulak yang berlakun, kan? 

The rest of the day tak ada buat apa pun sangat, aku pun dah tak merayau mana-mana sangat pun. Dah habis dah bab-bab nak merayau nih, aku keluar pun kalau nak pergi makan aje. So malam tuh aku ke Restoran Redang Island lagi, I really feel at home kat restoran tuh sebab dah jadi macam tempat aku melepak pulak. Cashier tuh (tokay restoran agaknya), nampak aje aku datang, terus di suruh aku duduk kat satu ceruk nih, kat sebelah counter, sebab boleh kitaorang sembang-sembang. Tak ada dah makanan lain yang aku boleh makan, dan yang aku belum cuba so aku order Mee Goreng Indian Style. Best, sebijik macam mee goreng Mamak. 

Aku terlupa bawak cellphone aku sebenarnya so bila aku balik tuh, aku terperasan ada missed call. Dari PakCik tuh rupanya, dia siap tinggalkan mesej lagi. I called him back then. Bila dia suruh aku datang Friday, dalam pukul 12 gitu, terus aku kata aku ada hal. Aku ada interview pukul 3, dan aku nak pergi Sembahyang Jumaat sebelumnya tuh.

Bila dia dengar aku kata gitu, teruslah dia kata, "Yay, yay, yay....you don't like me do you?"

Apa kena pulak orang tua nih, tanya aku dalam hati.

"My wife doesn't like me, you don't like me, I have no sons, no grandson.....blah blah blah..." Laa, orang tua nih nak bermanja dengan aku rupanya. 

"Can we talk?", kata orang tua tuh. "I want to help you out but you have to let me help you", dia kata lagi. 

Aik, lain macam jer bunyinya PakCik nih, kata aku dalam hati. 

"Can you come over Friday? I need your help, I'm having trouble sleeping", dia kata lagi. 

Bila aku kata yang aku tak boleh datang Friday, mula lah dia merungut lagi. Sabar jer lah, gini rupanya orang tua nih, kuat merajuk. Dan kebetulan pulak masa tuh aku tengah sibuk chatting kat tagboard, itu yang aku malas melayannya sangat tuh. Iyalah kan, dah aku kata tak boleh datang, nak buat macamana kan? Aku dah beritahu dia yang aku boleh datang Saturday tapi dia nak aku datang Friday jugak. Sebab Saturday tuh bini dia ada appointment doktor, so dia kena ikut sekali. Lagipun, kalau nak sembang, masa aku jaga dia tuh boleh sembang,kan? Tak payah lah nak menalipun aku semata-mata nak sembang, kan? Itu dah di luar waktu kerja tuh *Mamposlah statement strictly business* 

"So there's nothing I can do, and nothing you can do, hah? I'm getting upset now.....", dia kata gitu, terus dia letak talipun. Ya Ampun lah orang tua nih, kaki merajuk rupanya. Ini sure orang tua yang ketandusan kasih sayang nih. Wakakakakkakaa

Aku cuak jugak kalau PakCik tuh terus merajuk, takut nanti dibuatnya merajuk terus-terusan, habislah aku kan? Tapi tak apa lah, kalau dia merajuk sekalipun, aku anggap itu sebagai pengajaran. Iyalah, mana lah aku ada pengalaman menjaga hati orang tua, kan? 

Besoknya aku tak ada kerja, so aku sambung melepak di rumah, sesambil mencari kalau-kalau ada peluang kerja. I thank God sebab aku ada internet access, kalau tak tuh, memanglah susah. 

Friday, lepas Sembahyang Jumaat, aku terus aje ke Midtown, ke alamat yang di kasi tuh. Rupanya interview tuh kat Starbuck. Since aku orang pertama yang akan diinterview, aku kena lah datang awal, so that tak ganggu timing yang nak interview aku tuh. Aku call dulu sebenarnya, no answer. Aku terus aje lah masuk Starbuck yang penuh dengan orang tuh, cari-cari jugak perempuan yang katanya akan taruk kad nama dia kat meja so that kitaorang boleh tahu siapa dia. Tapi tak ada pun. Aku talipun, still tak dijawab. Ish, ke mana pulak perginya perempuan tuh? Ker aku kena tipu jer nih? 

Aku cadangnya nak balik aje dah tapi aku tunggu lah jugak, kat luar Starbuck tuh. Tak lama tuh Shauna talipun, dia kata dia terlambat so dia suruh aku masuk Starbuck, suruh aku reservekan seat. Dalam 10 minit gitu, baru dia sampai. Muda lagi orangnya Shauna tuh, macam college student aje. With her, ada sorang awek nih yang nak kerja jugak, yang slot interviewnya, selepas aku. Tak lama aku diinterview, tanya gitu-gitu aje, aku pun tak ada lah menaruh harapan sangat nak dapat kerja tuh. Iyalah, aku sedar yang aku nih siapa, Shauna pun tahu aku tak ada papers, dan orang lain yang datang interview tuh semuanya ada experience. Macamana pun Shauna kata dia akan contact kitaorang awal minggu depan. 

Sebelum balik, aku merayau-rayau jugak di kawasan tuh, sebab aku tengok banyak restoran India/Pakistan/Bangla yang agak mewah, kat area tuh. Grocery stores pun semuanya orang India yang jaga. Rupanya situ kawasan orang India yang upscale sikit kot? 

Malam, aku keluar merayap kat kawasan rumah aku duduk nih. Aku suka kawasan nih sebab macam di tengah-tengah gitu. Kat sebelah kiri, kawasan semuanya orang Spanish (aku sekarang makan jagung taruk cili serbuk, style orang Spanish), kat sebelah kanan ramai orang Asia. Orang Cina. Baru lah aku terperasan yang rupanya di kawasan situ ada Little Chinatown, yang aku percaya, in a few years to come, akan jadi another Chinatown. Itu yang ada dua restoran Malaysia tuh. Restoran Cina lain memanglah berlambak. Kalau tak salah aku, di situlah kawasan yang dulunya Kathy Ibrahim cadang nak bukak restoran Melayu tu kot? Tak strategik tempat tuh kalau nak bukak restoran makanan Melayu. Sebab situ kawasan orang Cina. 

Masa aku masuk this one store yang macam orang Arab aje tokaynya, aku nak beli ada a few posters, ayat-ayat Quran, yang tergantung kat kedai tuh. Nak taruk kat bilik lah, banyak setan kat bilik aku tuh nampak gayanya. 

Tokay tu kata semuanya tuh not for sale, dan kalau aku nak, beli aje kat Masjid, terus dia tunjukkan aku arah ke masjid, yang aku agak, ada lah dalam setengah jam perjalanan. Aku jalan aje lah ke arah masjid tuh, tak lah rasa letih dan takut pun sebab rasa macam jalan kat KL aje waktu malam-malam, penuh dengan Cina kat sana sini. Puas aku cari, tak juma jugak masjid tuh, yang aku nampak, ada restoran Turki, dan ada a few kedais orang Turki. Nak masuk tanya diaorang, tokay-tokay tuh macam sibuk aje gayanya. So aku patah balik, macamana pun, aku puas hati bila tahu yang kat area aku duduk nih, ada 2 masjid.