"Don't tell anyone, ok?", aku pesan gitu kat Soledad, orang pertama yang tahu aku nak berhenti kerja Selasa. Soledad ni lah orang yang paling rapat dengan aku. Dia nih macam pangkat emak dengan aku, umur mid-50an gitu. Orang Filipina. Dia yang banyak kasi nasihat kat aku, aku suka sembang dengan dia. Dia kerja sebagai cleaner kat mall, so sepanjang hari, asyik melilau kerja di depan restoran tu aje lah, kerja sekejap, sembang dengan aku sekejap. Dia selalu beli makanan kat restoran tuh so aku memang kasi dia diskaun gila-gila punyalah, tambah-tambah kalau Sonny tak ada.
"Ok, ok", kata Soledad. "I'm gonna miss you", kata dia lagi. Tapi aku gitulah, pesan kat orang jangan kasi tahu sesiapa, tapi aku sendiri yang hebahkan cerita kat orang lain. Kat Minah Colombia yang kerja pizza tuh pun aku cerita jugak. "Don't tell anyone, ok?" jugak yang aku pesan kat dia. Sure dia bangga sebab dia ingatkan dia sorang jer yang tahu pasal aku nak berhenti. Dia ingat sure aku suka kat dia, itu pasal I broke the news to her.
So ada lah a few orang lain yang tahu, mostly tukang sapu, orang-orang dari Latin America tuh, yang semuanya memang baik dengan aku. Kat regular customers pun ada jugak aku beritahu, iyalah, tak sampai hati pulak aku mendengarnya bila diaorang kata things like, "Ok, see you soon", "I'll be back next week", "See ya next Friday". So aku beritahulah diaorang yang Tuesday aku dah tak ada di sini.
Ada this one couple yang baik sangat dengan aku, they remind me of Mr & Mrs Taylor (made for each other) yang masa aku kerja di Florida dulu. Sebijik macam diaorang. Dipeluk-peluknya aku kat tengah orang ramai, nasib baik lah Jen sama Jay tak nampak, kalau tidak sure diaorang suspek sesuatu kan?
So the rest of the day tuh aku melayan perasaan ajelah, membuat plan. Aku tengok, Jen sama Jay, sibuk menyusun itu ini, semuanya diubah. Macamlah diaorang tuh tokay restoran. Kalau Sonny tau, sure dia tak berkenan, kata aku dalam hati. Tapi, bila aku tengok cara Jen handle semuanya, with Mr Wong tunjuk ajar satu persatu, aku macam was-was jadinya. Dia nih partner baru ker? Cara dia tuh nampak macam dia yang akan control restoran nih, aku tertanya-tanya. Dia yang sign cek, dia yang bayar suppliers, dia yang ambik tahu serba-serbi pasal restoran.
Aku pelik, apa pasal Mr Wong (yang jugak cousin Sonny), dia kan ker yang lama di situ, dia kan ker tua, apa pasal tak disuruh dia yang handle semuanya? Apa pasal disuruh Jen yang walaupun umur 26 tahun, tapi nampak macam budak 21 tahun, yang handle semuanya? Dan si Jay pulak, ke sana-sini, cara jalan, cara dia handle semua tuh, macam Boss aje. Macam berlagak gitu.
Aku jadi semakin tak ada semangat nak kerja betul-betul. Aku buat gitu-gitu aje, macam buat syarat aje. Lagipun, aku fikir, aku kerja free sampai 4 hb nanti, so tak payahlah beria-ia sangat kan? Then aku terfikir, bila masanya aku nak beritahu Sonny yang aku nak berhenti kerja. Masa aku dah sampai ke New York ker, atau masa aku dalam perjalanan? Atau just blah gitu, tak yah beritahu dia, then tukar phone number so that dia tak boleh contact aku? Nak buat gitu ker? Tak boleh, aku kena beritahu jugak Sonny, dia baik dengan aku selama ini, he treats me well selama ini kan?
Balik ke rumah malam tuh, aku sekali lagi terberfikir. Apa pasal bapak Sonny sama Yopi pindah ke bilik Sonny? Mana barang-barang Sonny sekeluarga? Tak ada satu apa pun dah yang tinggal. Ker dia orang nih terus pindah, tak balik-balik lagi dah? Dan, apa pasal bapak Sonny tak turut sama balik ke Missouri untuk celebrate Chinese New Year? Semua soalan tuh bermain di kepala aku.
Saturday, nasib baiklah Tess ada so adalah jugak member yang aku boleh buat bersembang. Tess pun terperasan yang Jen sama Jay macam tak suka aje bila Tess kerja di bahagian cash register. Teruslah aku cucuk Tess, aku kata, kalau aku sentuh cash register tuh, sure diaorang jeling semacam aje, so aku decide tak nak kerja di bahagian tuh. Instead aku kerja bahagian serve makanan, kadang-kadang aje aku kerja di bahagian teriyaki.
Mati-mati Tess tak percaya yang aku nak berhenti kerja, dia kata tak mungkin aku berhenti sebab Sonny tak ada di sini. Aku gelakkan aje lah. Lama tuh dia tanya aku kalau-kalau aku boleh pinjamkan dia duit a few hundreds. Selamba aje lah aku kata boleh. Tapi after Selasa. Sebab dia tak percaya aku nak berhenti kerja Selasa, kan?
Sunday pun sama, aku jadi semakin excited sebab tinggal beberapa jam aje lagi yang aku akan merdeka. Monday, banyak pulak hal nya. Tapi aku buat tak kisah sangat sebab aku tahu yang itu last day aku kerja. So aku merayau-rayau kat mall, aku selalu pulak pergi lepak sembang-sembang dengan orang lain yang aku kenal.
Aku tercakap kat satu tokay restoran (orang Cina jugak) yang aku nak berhenti kerja esoknya. Terkejut dia sebab dia kata dia tengok aku selama ini, bukan main ngamnya dengan Sonny. Dia nih, Jimmy, memang baik sangat dengan Sonny. Bini dia yang ramai orang tak suka tu pun jadi baik dengan aku sebenarnya, selalu aku tegur-tegur. Iyalah kot, sebab aku selalu beli buah kat restoran diaorang. Aku berani tercerita kat Jimmy tuh bukan apa, sebab aku tahu yang Sonny tak ada. Selama ini aku tak pernah sembang yang dalam-dalam dengan Jimmy tuh, takat sembang biasa-biasa aje. "I think he's up to something", aku kata gitu, bila aku ceritakan hal-hal kat restoran tuh.
Jimmy tanya aku kalau aku ada kawan yang nak kerja sebab dia nak cari orang (kalau boleh, orang Indo) untuk kerja di situ. Sebab aku kata aku nak balik ke New York, sebab aku tak suka duduk New Hampshire, dia tak adalah offer aku kerja kat situ, kot. Walaupun bini dia tarik-tarik tangan aku ajak aku kerja di restoran tuh. So aku kasi dia nombor talipun ajen kerja yang di New York. MakCik Jenny, Tina dan Mei-Mei. Aku siap rekomen diaorang lagi, aku kata yang Alfonso tuh, aku jugak, kitaorang dua-dua dapat kerja melalui MakCik Jenny.
Tapi yang aku paling termenyesal cerita pasal aku nak berhenti kerja, kat sorang perempuan Filipina nih. Emy nama dia, kitaorang panggil dia Maret. Dia nih kawan Tess, duduk serumah dengan Tess jugak. Janda. Umur 50 tahun. Mula dulu aku suka jugaklah bersembang dengan dia nih, tapi lama kelamaan aku jadi malas.
Sebab dia nih pelik sikit perangainya. Dia suka peluk-peluk orang, suka usap-usap orang. Lagi satu, dia selalu suruh aku belanja dia, belanja aiskrim. Tiap-tiap hari. Memanglah memula dulu aku selalu beli aiskrim untuk kitaorang, tapi lepas pada tuh setiap hari dia nak aku belikan dia aiskrim. Yang buat aku geramnya, dia nih jenis yang selamba aje seluk kocek aku. Poket belakang aku tak kisah sangat, ini, poket depan pun dia berani seluk. Selamba aje dia seluk poket depan jeans aku (masa aku tengah serve makanan kat customers). Seriau aku dibuatnya. Iyalah kan, kadang-kadang aku parking menyonsang, entah-entah parking herot ke kiri. Herot ke kanan, kan?
So Maret nih macam sedih sangatlah bila dapat tahu aku nak berhenti, makinlah dia selalu datang ke tempat aku kerja, bisik-bisik dengan aku kononnya, kasi nasihat jangan berhenti kerja. Itu yang buat aku semakin bengang tuh.
Jay sebenarnya off Isnin, tapi dia datang jugak sekali sekala, jenguk-jenguk restoran gitu. Macam Boss aje lakunya. Si Jen pulak, asyik bersembang dengan Mr Wong aje, entah apalah yang Mr Wong ajar dia, aku pun tak tahu. Tapi, annoying sungguh, asyik pot pet memanjang. Aku jadi macam terbiar, terbuang gitu.
Dan pertama kalinya aku sentapz malam tuh. Aku jadi macam terbengang dengan Jen sebab dia mengadu (melalui talipun) kat Jay, kata aku kasi makanan free kat Soledad. Sebenarnya, makanan yang aku kasi tuh, memang dah nak dibuang dah, macam dah keras gitu. Tapi tak dibuang-buang jugak. Soledad yang mintak makanan tuh, so aku kasi ajelah, daripada dibuang gitu aje kan? Sonny pun selalu buat gitu, dia kasi aje kat Soledad. Tapi itu Jen dia sudah nampak, terus dia talipun sama itu Jay. Then terus dia kata kat aku, lain kali aku tak boleh kasi makanan free sesenang hati. Sentapz lah aku, kan? Tergagap-gagap aku mengexplain yang memang selalu kitaorang kasi aje kat Soledad. Gagap sebab marah lah kan?
Dah reda tuh, aku buat diam aje lah, then aku keluarkan 5 dollars dari pocket aku, aku masukkan ke dalam cash register. Tak adalah aku buat depan-depan Jen, nak kasi dia nampak, kan? Itu style bapok sangat tuh kan? Macamana pun, aku pastikan yang dia terperasan aku masukkan duit tuh. Terkedu dia kejap gamaknya. Sentapz dia agaknya bila tahu aku sentapz. Aku dah mula nak senyum aje, sebab aku nak blah esoknya, sure diaorang akan ingat yang aku blah sebab sentapz dengan Jen, kan? Sure dia akan rasa macam guilty gitu kan? Sebenarnya tak ada apa-apa pun sangat, tapi aku tak suka peel dia tu lah, terus aje menalipun, membuat lapuran kat Jay. Memang dasar cipet sangat kan?
Akhirnya Monday pun selesai, aku rasa macam nak menjerit aje. Menjerit kehappyan. Tapi tak lama happy aku tuh. Sebab masa turun dari van, sebelum masuk rumah, Jay panggil aku.
"Joe, you go back to New York. Is no busy (style Cina cakap) now, I want to take care myself", kata Jay. Maksud dia, sekarang nih dah tak sibuk dan dia nak handle restoran tuh (di bahagian depan) berdua aje, so dia suruh aku berhenti kerja)
Tercengang kejap aku, aku tak faham maksud dia. Dia tahu ker aku nak berhenti kerja dan balik New York?, tanya aku dalam hati. Lama tuh baru aku dapat faham apa maksud dia, memang dia nak aku berhenti kerja sebab diaorang boleh handle restoran tuh, masa tak sibuk sekarang nih.
"Ok, ok, ok" itu aje yang aku dapat jawab. "I'll leave tomorrow morning", aku kata gitu. "But you have to pay me first", aku sambung lagi. Bayar gaji yang 4 hari aku kerja lah kan? Gaji dah Sonny bayar ituhari.
Rupanya semuanya dah siap sedia, duit gaji aku, no talipun bas, semuanya dah tersedia. Ooooo, diaorang memang plan gini rupanya, kata aku dalam hati. Patutlah meeting beria sangat ituhari. Patutlah ituhari Sonny pegang bahu aku masa kata "No, no, no " tuh. Patutlah diaorang macam biarkan aje aku. Rupanya memang diaorang dah lama plan nak suruh aku berhenti kerja. Oooooooo gitu rupanya.
[So, moral of the story nya ya hadek-hadek, habang-habang dan hakak-hakak, kita hanya mampu merancang, tapi orang lain pun merancang jugak!]
Terus aku jadi tak sedap hati, mood gembira dah bertukar jadi bengang, jadi kesal gitu.Masa Jay mintak nombor talipun aku, sebab dia kata nanti kalau masa busy nanti dia akan contact aku, terus aku kata yang Sonny has my number.
"He's not coming back, I'm the new Boss", kata Jay. Tercengang aku mendengarnya. Macam tak percaya aje. So, semua persoalan aku selama ini terjawab. Yang Sonny jual share dia kat sedara dia (parents Jen tuh) dan dia lari balik Missouri. Yang dulu selalu gaduh-gaduh tu, pasal benda-benda tu lah rupanya. Patut pun bapak Sonny macam lega aje sejak Sonny tak ada.
Aku rasa macam tertipu aje dengan Sonny. Macam betrayed gitu. Dia lari gitu aje bawak anak bini, kononnya nak pergi cuti New Year. Tak beritahu kitaorang pun. Patutnya cakap terus terang lah kan? Ini tidak, dia lari gitu aje. Pantek!