Aku terus balik ke rumah aje lah lepas tuh, lepak-lepak, tidur jugak sekejap. Lepas Asar, baru aku bersiap-siap nak keluar. Mamposlah, show pukul 8 tapi pukul 3 lebih dah keluar. Tak adalah aku bersiap apa pun, apa yang nak disiapkan, kan?
Cuma aku pakai all black lah, sebab aku tak ada t-shirt atau sweater putih. Ada kemeja putih tapi aku takut nanti kalau aku pakai kemeja putih, kena pulak dengan seluar hitam, sure orang ingat aku nih waiter kan? So, t-shirt hitam, sweater hitam, jacket hitam. Taruk gel dekat sekilo, mau kasi licin itu rambut. Baru padan dengan pakaian serba hitam kan?
Sebab banyak masa free, aku ke Chinatown dulu sekejap, tah apa ke jadahnya aku ke situ, aku pun tak tahu. On the way ke Broadway, masa kat subway station, masa tunggu train, aku nampak ada sorang tua nih yang aku agak sure orang Indo. Cuma aku tak berani tegur, takut salah orang. Tapi aku tunggu train kat sebelah dia, macam menggelabah jer nampaknya PakCik tuh. Muka dia ada iras-iras Tun Daim masa dulu-dulu tuh. Bila dia pandang aku, terus aje lah aku tanya, "Orang Indo?".
Terus dia senyum, "Kok gimana bisa tahu?", macam happy jer dia dapat jumpa orang "senegara dia". Kitaorang sembang ajelah sementara menunggu train, rupanya PakCik tuh sesat, dia nak ke Port Authority Bus Terminal (kat area-area 42nd Street dekat Times Square/Broadway jugak), sebab dia nak balik ke Harrisburgh, Pennsylvania. Kat sana dia kerja kilang, dah dua tahun di Amerika nih. Saja jer dia turun New York, pergi rumah kawan. Bersyukur sangatlah dia bila aku kata aku akan bawak dia sampai ke tempat beli ticket, kat stesen bas tuh.
"Kamu jangan naik Greyhound kerna kalo mahu ke Harrisburg, harus berhenti di King Of Prussia. Di sono ada pemeriksaan polisi ama immigrasi", aku kata gitu. "Mending kamu naik bis (bas) Capitol aja", bila aku tengok ada bas lain yang nak ke Harrisburg jugak. So aku ceritalah kisah yang masa aku kerja di Pittsburgh dulu tuh, yang bila aku nak balik ke Philadelphia, sebab tak nak lalu dan singgah kat King of Prussia tuh, aku terpaksa ambik jalan jauh sikit. Aku pergi ke Washington DC dulu dan naik bas dari sana. "Oh, pinter kamu dong", kata PakCik tuh. Tersengih aku dibuatnya.
Aku dah tak tahu nak buat apa sebab aku ada a few hours to kill, so aku masuk this one internet cafe, sesambil makan kek, aku online. Lepas Maghrib baru aku keluar dari bus terminal tuh, aku tak ada halatuju pun, so aku ikut aje lah kaki aku. Aku jalan jer lah. Aku jalan, jalan, jalan, tersampailah kat satu tempat nih yang aku tengok, ramai orang berkerumun. Then kat tepi-tepi jalan, berterabur van dari stesyen tv, stesyen radio dan stesyen internet. Ada shooting film ker? Ker ada VIP kat situ?, aku tertanya-tanya. Tengok gayanya macam diaorang tengah tunggu seseorang keluar dari building tuh, yang rupanya Crowne Plaza Hotel.
"Who is it? Who is it?", aku tanya orang ramai. Semuanya tak tahu yang orang ramai tuh tunggu apa. Tapi aku tunggu jugaklah, mesti someone famous nih sebab NBC, CBS, ABC, you name it, semuanya ada di situ. Camera masing-masing semua dah standby, reporters semuanya dah bersedia dengan mic masing-masing. Aku jadi excited jugak benarnya, berasak-asak dengan orang sebab nak tunggu that famous someone, keluar dari hotel tuh.
"It's Michael Moore!", ada awek sorang nih menjerit. Rupanya Michael Moore, that outspoken film director tuh. [Kalau korang tak tahu siapa Michael Moore nih, google sendiri aje lah. Malas lah aku nak tulis pepanjang, nanti terserlah lah sangat jurang kekelasan antara aku dengan korang kan? Wakakakakkaka] "Oh shit, it's Michael Moore!", aku kata gitu, konon-kononnya macam aku tahu sangatlah dia nih sapa kan? Ooppsss. Sebenarnya aku tahu-tahu gitu ajelah, iyalah, dia bukannya film star kan? Walaupun dia pernah menang Oscar dulu tuh.
"Are we live?", tanya Minah kat depan aku nih, kat kawan dia. Masa tuh Michael Moore berhenti untuk ditemuramah, kebetulan pulak dia berhenti di depan kitaorang so kamera tuh berbackground kitaorang lah. Bila aku tahu yang kitaorang dirakamkan, terkemut-kemut hidung aku menahan silau kamera, sambil cuba nak control macho
"Kathy, wave!", kata awek sorang nih kat kawan dia, suruh kawan dia tuh lambai-lambai tangan, sebab masuk tv. Semua orang lambai tangan, siap ada yang call family mebers lagi, nak beritahu yang diaorang masuk tv. Aku sorang jer yang berdiri tercegat, aku nak lambai sapa kan? Dalam sesepuluh minit temuramah, baru lah Michael Moore beramah mesar dengan peminat, sign autograf gitu, ambik gambar sama-sama. Aku takat salam dengan dia aje lah, then sebelum dia blah, I pat him on the back. Macam bagus aje kan?
Lepas pada tuh aku teruskan perjalanan aku, sampai kat Columbus Circle aku jalan. Banyak tempat-tempat yang aku belum pernah pergi rupanya. On the way masa patah balik ke arah Broadway, aku singgah kejap kat studio "Late Show With David Letterman" , kat theatre Oprah Winfrey, The Color Purple pun aku terberhenti jugak. Manalah tahu kan, suatu masa nanti, aku nak tertengok that play pulak kan? Takkan aku nak tengok musical aje kan, sesekali sesekala nak gak layan show gitu kan?
Oh yea, di sepanjang aku jalan tu kan, walaupun aku tengok sana-sini, tapi kat otak aku ada terfikir benda lain jugak sebenarnya. Aku terfikir yang aku nih macam pura-pura hidupnya. Aku fikir, aku tak seharusnya pergi lepak-lepak tengok Broadway show. Ok, mungkin aku boleh pergi tengok, tapi, berpada-pada lah kan? Apa pasal beli tiket sampai seratus lebih, apa pasal aku tak beli tiket murah aje (36) yang walaupun masih tak berkadaran dengan status Bangla aku, tapi ada tanda-tanda yang aku nih sedar status aku (seorang Bangla). Itu yang aku macam muskli jer tuh. I need to see reality lah kan?Ini lah aku, tak boleh ada kesempatan sikit, mula lah hilang pegangan. Mula lah tak sedar diri. Bila dah terbeli tiket tuh, baru tersadar, baru ada guilt-feeling tuh kan? Ayoo, jangan lah rasa tak syok, rasa bersalah nih, terbawak-bawak masuk theatre pulak nanti, aku fikir gitu. Ah, pundeklah, tak kan lah pasal duit seseratus lebih tu pun nak fikir beria-ia sangat kan? Nampak sangat aku nih miskin kalau aku rasa menyesal membelanjakan duit sebanyak itu untuk membeli sekeping tiket Broadway show kan? So itu lah, bermacam-macam benda yang bermain kat kepala aku masa tuh.
7-30 pm ngam-ngam aku sampai Majestic Theatre, dah ramai orang berbaris masa tuh. Tak pun aku rasa janggal sorang-sorang, bukannya orang peduli sangat kan? Quarter to eight, baru dibenarkan masuk. Aku melepak dulu kat bahagian dalam theatre tuh, sesambil tengok ragam orang yang aku rasa, macam bagus jer semuanya tuh. Aku terfikir, kalau diaorang semua tuh buat selamba macam aku, kan ker bagus? Ini tak, berlagak semacam jer memasing tuh. Entah-entah yang berlagak-magak tuh, yang beli ticket USD 36 jer tuh. Kalaulah diaorang tahu yang that Bangla yang lepak sorang-sorang kat corner tuh, yang rileks dan selamba aje tuh, dia beli ticket "best seat", sure diaorang akan tertunduk memandang kemaluan sendiri kan?
Itulah Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian, contohilah aku. Ke mana-mana aku pergi, aku tetap berpijak di bumi yang nyata, aku tetap sedar yang aku nih hanya lah seorang Bangla.
Nun jauh di depan sana tuh aku punya seat, dan aku boleh agak kat mana, tapi saja jer aku biarkan usher tuh tunjukkan, accompany aku sampai aku punya seat. Masa tuh aku dalam mode jalan kat Red Carpet, Oscar Night aje rasanya.
Saja jer aku buat berdiri lama-lama, tanggalkan jacket sambil berdiri, then jengah-jengah Orchestra (yang kebetulan aku boleh nampak dari seat aku, kat bawah sana tuh), macam nak kasi orang kat belakang-belakang sana tuh terperasan yang aku ujud. Wakakakkaa. Iyalah kan, mungkin ada yang terfikir, especially yang duduk kat balcony seat yang kat atas, di sebelah belakang sana tuh, sure diaorang terfikir, "Ish, best nya Mamat tuh sorang-sorang", "Mamat mana lah tuh dapat seat best, sorang-sorang pulak tuh", "Bila lah aku dapat jadi macam Mamat tuh". Sure ada orang yang terfikir gitu tuh kan?
Start aje play tuh, seriau jadinya. Saspen. Sebab masa mula-mula tuh, masa diaorang naikkan chandelier yang bapak berinduklah besarnya (think of that hugh chandelier kat Masjid Negara, dikali 10), chandelier tuh betul-betul bergerak kat atas kepala kitaorang. Kalau lah jatuh chandelier tuh, mati kataklah beratus-ratus orang kat bawah tuh, termasuk aku. Itu yang seriau, saspen sangat tuh. Tapi seriau seronok sebab we were all amazed.
Aku selalu fikir, apa pasal The Phantom Of The Opera nih jadi the longest-playing show in Broadway history, mesti show dia bagus. Bayangkanlah, dah dua puluh tahun lebih mainnya kat theatre tuh. Bukannya wayang kan, yang boleh diputar-putar gitu aje. Start dari situ, aku dah dapat rasa yang show tuh memang unik, memang menarik.
Nasib baiklah sebelum ini aku dah tengok film The Phantom Of The Opera, (dua tiga tahun lepas, masa aku kat Maryland) so aku tahu jalan cerita. Meremang aje bulu tengkuk aku bila dengar lagu-lagu All I Ask Of You, lagu Music Of The Night dan theme song, The Phantom Of The Opera. Siap ikut nyanyi perlahan-lahan tuh. Iyalah, nak menghayati kan? Walaupun tak banyak lagu, walaupun that 3 songs aje yang diulang-ulang, tapi aku suka sebab ..... tah, aku suka.
Sebenarnya aku tak tahu macamana nak decsribe, macamana nak tulis, cukup sekadar aku beritahu yang malam tuh's one of the highlights of my life in America. Dan aku rasa memang berbaloi sangatlah aku beli ticket USD 111-50 tuh, sebab, kata lah aku beli ticket yang harga USD36, sure aku tak akan enjoy sangat show tuh. Aku akan rasa macam ralat, apa pasallah aku tak beli tiket best, kan?