Wednesday, October 10, 2012

29012008


Tak ke mana-mana aku rupanya hari ni nih, hari off aku. Rosa tak ada pun talipun, tak salahkan dia jugak sebab memang aku tak ada janji pun nak suruh dia jadi driver aku hari nih. Tess aje yang beriya-iya Sunday lepas tuh, suruh aku pergi jalan-jalan sama Rosa. Tak apa lah, minggu-minggu akan datang lah kot. 

So hari off aku harinih macam hari-hari off yang lain-lain jugaklah, tak buat apa. Takat lepak-lepak sesambil online. Nak tengok tv, Alfonso, yang off hari nih jugak, asyik dok tengok tv Spanish channels. So aku merempit online aje lah, chat sesikit then dengar lagu. Then merenung screen laptop. 

Sampai petang aku tak mandi, sebab paginya aku tak keluar pun. Sepanjang hari aku online, banyak plan yang nak dibuat. Tapi semuanya tak menjadi. Satu habuk pun tak buat apa. Memang dasar pundeks sesangat aku nih. 

For the last few days aku macam dah "at ease with my decision" yang come what may, aku akan tetap kerja di New Hampshire nih. Sampai June (dengar ceritanya pulak, AM sama NR akan datang New York May nanti, so sampai May kot aku akan cuba kerja di sini). Aku dah tak nak fikir yang bukan-bukan, aku akan cuba kuatkan semangat aku.

Actually, this is my only chance untuk kumpul duit sesikit. Yang hopefully by the time aku balik semula ke New York nanti, aku dah bersedia untuk mula trading. Kalau semuanya berjalan lancar lah, kalau member aku tuh masih offer aku guna account dia yang lagi satu tuh. Tak pun, aku buat cara lain lah nanti.

Almost hari-hari aku dok congak-congak, yang kalau aku teruskan style aku sekarang nih, berapa jumlah duit yang aku dapat kumpul nanti tuh. Just nice, just enough, just comfortable untuk aku mula trading. So aku tak nak lah start all over again sekarang, might as well aku tunggu June aje kan? And I was told not to tunggu sebab June akan tetap datang. Lebih aku tunggu, lebih banyak aku fikir. Buat selamba aje. So itu lah yang aku fikir sekarang, nak buat selamba seselamba mungkin. Harap-harap penyelambaan aku nanti akan menyelambakkan duit simpanan aku. 

Aku cuba menyedapkan hati aku yang lebih baik aku bersusah-susah sekarang, InsyaAllah aku akan dapat bersenang-senang sikit nanti. Senang sikit-sikit dah lah, aku tak nak senang bebanyak sangat. Nanti tak senang pulak kalau senang-senang sangat kan? 

To be honest lah Dear Diary kan, aku rasa I've found my true calling. Aku kena kerja kuat sikit nak merealisasikan pengcallingan aku tuh kan? Kau pun tahu kan Dear Diary, yang aku siang malam asyik fikir benda tuh aje sekarang nih kan? Geram aje rasanya. Dulu aku macam tak nampak jalan, aku macam tak nak cari jalan aje, aku macam tak percaya itu "call" untuk aku. Aku ingat, "wrong number" gitu kan? Tapi sekarang nih baru aku sedar yang all along itulah "call" untuk aku sebenarnya. 

Eh Dear Diary, kau faham ker apa aku cakap nih? Aku nak kau sebutir aje yang faham apa aku cakap nih, ok?

So itulah, aku cadangnya nak sambung belajar buat Forex hari nih tadi tuh. Tapi...... tak sempat apa-apa aku dah terralit buat benda-benda lain. Kau tau kan Dear Diary, yang aku cadang nak buat website pasal Forex dan Options? Sesambil belajar, sesambil buat site/blog tuh, at least untuk kegunaan aku seharian kan? Senang aku nak refer mana-mana yang patut, tak payahlah aku terclick-click sites lain untuk cari info. Itu idea bagus kan Dear Diary? Mana tahu, satu hari nanti blog tuh akan dijadikan panduan untuk sapa-sapa yang nak belajar Forex dan Options kan? 

Tapi, nak buat tuh, kena buat betul-betul. Aku kena ada masa yang cukup, kena concentrate betul-betul. Sekarang nih, kalau setakat masa yang aku ada, memang susahlah kalau aku nak create blog gitu tuh. Takat buat ala kadar  aku sure tak akan puas hati nya lah. So aku kena tunggu masa dah balik New York jugaklah kot, kalau aku nak buat blog pasal Options dan Forex tuh kan? Tak apa, aku akan buat tuh nanti. Aku tak nak campur adukkan blog tuh dengan blog Dendam Perantau tempat aku merapu nih. Sure kau akan tercengang tengok blog Forex/Options aku tuh nanti, Dear Diary. Ala, tak yah lah tercengang sangatlah nanti, sebab contentsnya aku nak tiru aje dari websites Forex/Options yang lain. Heehehe, terrer dak aku Dear Diary?

Aku macam teruja nak buat blog tuh bukan apa Dear Diary. Semenjak aku ada sebut benda-benda Forex nih kan Dear Diary, ada lah a few links dari search engine yang masuk ke blog aku nih. Nak tergelak ada, rasa sedih pun ada kalau baca keywords carian tuh. "Ya Allah berjayakanlah aku dengan Forex" "Macamana nak main Forex?" "Istilah Forex dalam Bahasa Melayu" "Aku nak buat Forex" "Buat duit main Forex". Itu contoh-contoh serach words yang digunakan, yang links nya membawak ke blog ini.

So aku macam teruja gitu untuk berbakti kepada masyarakat. Lagipun, I know the feeling yang diaorang rasa tuh. Apa kata aku buat satu blog pasal Forex/Options kan? Kalau bukan untuk aku, mungkin untuk orang lain jugak kan? Lagipun, aku kan ker pernah jadi part-time Lecturer? Darah cikgu tuh masih ada kat tubuh Bangla aku nih kan? Walaupun sikit. 

So itu lah ceritanya Dear Diary, aku dah siap imagine yang suatu masa nanti, dalam beberapa bulan akan datang, bertempat di satu bilik di New York sana tuh, aku, diam-diam buat satu blog. Sesambil trading lah kan. Masa tuh aku akan berihat sekejap dari chatting, dari blogging merapu aku nih. Akan aku offkan cellphone, tak log on kat YM pun. Tapi... aku akan pasang webcam. Wakakakka, biar orang tengok jer aku kan Dear Diary. Biar aku jadi macam ikan kat dalam akuarium. Tak kisah lah aku jadi ikan kaloi aje. Atau, macam haruan bodoh. 

-------------------------

Elok aje aku nak keluar tadi, aku terdengar bunyi bising suara Cina. Rupanya bapak sedara Sonny (yang kerja di sini masa Krismas holidays dulu tuh) ada datang. Perempuan yang dulu tuh pun ada jugak. Then ada dua orang budak muda yang lain, lelaki sama perempuan. Anak diaorang agaknya. Terus aku rasa macam tak sedap hati aje bila tengok diaorang masing-masing bawak beg besar dua tiga bijik setiap orang. Apa hal pulak nih, tanya aku dalam hati. Terus aku pandang Alfonso, dia gelak aje, then kitaorang sama-sama geleng kepala. Sure gaduh lagi diaorang nih nanti, itu yang aku terfikir. 

Terus aje lah aku keluar, pergi buat laundry. Sementara tunggu pakaian aku dalam mesin, aku ke Shaw's. Beli benda-benda biasalah, tuna salad, egg salad, carrot juice. 

Sonny ada balik sekejap hantar bini dia, so Alfonso tanya dia pasal keluarga dia yang datang tuh. Tak tahu lah dia gurau ker apa tapi Sonny kata dia nak pergi bercuti, so restoran tuh sedara dia yang akan ambik alih buat sementara. Ayoo, lagi lah buat aku rasa tak sedap hati.