Wednesday, October 10, 2012

03032008


Since aku macam dah confirmed yang Khamis tuh aku akan kerja, so tak ada lah aku plan untuk cari kerja lain. Tunggu aje lah Khamis, kan? Start dari malam Isnin tuh, sampailah pagi Khamis, aku langsung tak keluar ke mana-mna. Tak jejak kaki ke tanah pun. Aku lepak kat bilik aje kerjanya, nasib baik aku ada beli makanan yang bolehlah bertahan untuk dua tiga hari.

Aku pun lupa dan tak tahu apa yang aku buat selama 3 hari tuh. Apa yang aku ingat, selama 3 hari tuh aku tak bercakap sepatah perkataan pun, aku tak bertemu sesiapa pun (tuan rumah atau Bangla yang duduk kat bilik sebelah aku nih). Aku keluar hanya untuk ke bilik air, dan ke dapur, untuk panaskan makanan. Itu aje. Misai janggut pun aku tak shave, sampaikan Khamis tuh bila aku nak bersiap untuk pergi kerja, bila aku tengok cermin, rasa macam orang dalam Survivor pulak. Kurus dan tak terurus. 

Cepat-cepat aku bersiap, lawa jadinya aku bila pakai hitam semuanya. Gaya macam waiter pun ada jugak sikit benarnya. 

Harry got up 
Dressed all in black
Went down to the station
And he never came back
They found his clothing
Scattered somewhere down the track
And he won't be down on 34th Wall Street
in the morning

He had a home
The love of a girl
But men get lost sometimes
As years unfurl
One day he crossed some line
And he was too much in this world
But I guess it doesn't matter anymore

In a New York Minute
Everything can change

In a New York Minute
Things can get pretty strange

[Don Henley/Eagles - New York Minutes]

Aku sempat ke Redang Island sekejap tapi tak makan sangat pun sebab nak kejar masa, lagipun aku jadi excited semacam aje. What with parcel dari kawan di Malaysia yang aku kena pergi ambik kat Pejabat Pos, jugak aku nak masuk kerja pukul 11 nya nanti.

"This is fake ID", kata clerk Cina kat Pejabat Pos tuh. Puas lah jugak aku explain kat dia yang that ID hanyalah untuk pengenalan diri, dan aku pernah guna ID tuh masa ambik barang yang dari London dan Osaka dulu tuh. Masa tuh tak ada diaorang tanya apa-apa pun. Ok aje masa tuh. 

Nasib baiklah dapat parcel tuh, so berkejaranlah aku balik ke rumah, takkan aku nak bawak parcel tuh pergi tempat kerja pulak kan? Snow lebat sebenarnya pagi tuh, sejak malamnya lagi dah turun. Sebab takut rambut aku yang siap bergel tuh rosak, aku tak pakai topi pun, apatah lagi payung. Jacket pun nipis sebab aku pakai jacket yang bahagian dalamnya aje. So aku memang basah habislah masa sampai ke subway station tuh. Train pulak lambat so macam terpanik lah aku sebab itu first day kerja kan?

The first 2 hours kerja tuh, aku tak buat apa pun. Tak ada kerja pun sebab kitaorang kena tunggu pesakit datang. Kat luar snow tebal, mana lah ada orang nak datang for treatment kan? So, lepak kat bilik menunggu aje lah aku sama dua tiga orang care-givers yang lain. Sambil menunggu customers. Macam pelacur jer gayanya.

Aku ok aje tak buat kerja apa-apa tuh sebab aku macam rasa`pening dan loya tekak. Ada rasa nak muntah, ada rasa nak terberak. Dada aku pulak macam perit gitu rasanya kat dalam. So sesambil baca magazines yang kat situ, aku sesambil urut kepala aku, sesambil pegang-pegang dada. Rasa uncomfortable gitu. 

Pukul 1 lebih barulah ada orang datang so kitaorang disuruh tengok-tengokkan apa yang pesakit tuh nak. Aku disuruh oleh this PakCik tua yang bertongkat, picit kepala dia sebab dia sakit kepala. Aku tanya dia kalau dia nak kan aku picit tengkok, belakang dia, sebab aku tengok dia macam stim aje masa aku picit kepala dia tuh. Dia nih kena stroke gayanya, half of his body tuh tak berfungsi. 

Ada dalam 2 jam gamaknya aku memicit PakCik tuh, tah apa-apa pun aku picit sebenarnya, aku pakai bantai aje. Yang bestnya kan, masa aku picit tuh, aku pejam mata. Macam nak menghayati kerja aku tu lah, rasa macam tak best jer picit kepala, tengkok dia tuh sambil bukak mata. Geli pun satu hal benarnya sebab PakCik tuh macam lama tak mandi aje gayanya. Itu yang aku mengurut sambil pejam mata tuh. Sekali sekala aje masa sembang dengan PakCik tuh, aku celikkan mata. 

Korang nak tau berapa PakCik tuh kasi aku? Dalam 2 jam lebih aku jaga dia, dia kasi aku tips 100 dollars! Aku macam tak percaya aje mulanya. Then aku terfikir, patutlah pelacur ramai kat US, patutlah diaorang kaya raya. Sebab, sedangkan aku yang kerja care giver yang tah apa-apa tuh pun boleh dapat seratus dalam masa dua jam, diaorang sure lah dapat ribu-ribu satu hari kan?

Berkali-kali Director of that care-giving company datang kat kitaorang, dia kata yang biasanya by that time, tempat tuh memang dah ramai pesakit yang datang. Tapi sebab snow lebat, itu yang senyap dan sunyi sepi tak berorang tuh. So bila dia tanya kalau ada sesiapa yang nak blah (for the day), aku teruslah kata yang aku tak berapa sihat. 

"Yeah, you look so pale. Go home, take a rest and come back tomorrow", kata this one guy yang kalau mengikut slang dan cara dia bercakap, aku rasa dia Russian.

Apa lagi, aku terus aje lah balik ke rumah. Makin lama makin tak sihat aku rasanya, kepala aku memantak-mantak aje sepanjang dalam subway tuh. Badan aku pun rasa sejuk, walaupun dalam train tuh panas, what with orang ramai berasak-asak.