Wednesday, October 10, 2012

18022008


Jauh jugak dari subway station Lexington Avenue-Fifth Avenue, dalam 3 blocks away, apartment PakCik tuh. Dari jauh aku dah nampak this one huge apartment, yang aku agak, memang kat situ alamatnya PakCik tuh. Ish, takut aku menengoknya apartment tuh, sure juta-juta dollars punya apartment. Aku jadi macam berdebar-debar gitu, iyalah, aku nih orang kampung kan? 

Aku sikit pun tak rasa macam takut aje pergi ke tempat orang yang tak aku kenal, tak pernah aku jumpa, dan aku tak ada idea langsung pun what was in store for me. Tapi, sebab alamat yang dikasi kat aku tuh alamat di kawasan bagus, di kawasan orang kaya, itu yang aku pergi jugak tuh. Katalah alamatnya di kawasan ghetto, di Harlem, di Bronx, di kawasan banyak gagak, sure aku tak akan pergi nya lah. 

Rupanya apartment building PakCik tuh bukanlah apartment yang aku nampak dari jauh tuh, building yang kat sebelah rupanya. Tak apalah, walaupun building dia tak lah secantik dan sekelas yang aku jangkakan tapi bagus jugaklah tempatnya. Ada concierge lagi dua tiga orang, porters, doormen pun ada. Macam butik hotel gitu kot. Serviced-apartment? Apa-apalah, aku nak jumpa Mr John Walls, kat tingkat 9. 

Aku picit aje loceng apartment tuh, terus ada suara dari dalam, suruh aku tunggu kejap. Tengah bogel lah tuh agaknya? Bertongkat, pakai wheel chair pun PakCik tuh, so dia suruh aku lepak kat living room ajelah sebab dia nak interview aku. 

Bersepah larah lah apartment tuh, buku-buku bertambun, mengalahkan library. Di setiap pelusuk apartment, penuh dengan buku aje. Sampai ke siling. Tak teratur langsung rumah tuh, mengalahkan sarang tikus. Pakaian bertambun-tambun di sana sini, nampak macam tak pernah diurus pun. Mamposlah kalau aku disuruh kemaskan apartment tuh, sure tak akan siap dalam masa sehari dua, or even seminggu. Sedangkan kerja tuh for 4 hours aje, part-time pulak tuh. 

Tapi, dalam iklan tuh, as a care-giver kan, tak kan aku kena kerja bersihkan rumah pulak kan? Ish, aku nih kena jadi macam Jennifer Lopez dalam filem Maid In Manhattan ker atau jadi macam Julia Roberts dalam filem Dying Young nih? Confused aku kejap. 

"Now, tell me a little bit about yourself", kata PakCik tuh, bila dia start interview aku. Tak ada lah aku cerita banyak pun, aku just beritahu yang aku baru turun dari New Hampshire, aku pernah kerja macam-macam kerja, berapa lama aku di Amerika. Dan yang paling pentingnya, aku tipu aku beritahu dia yang aku ada experience kerja jaga orang sakit, orang tua. Tapi tak lama sebab orang tua tuh pindah. 

"How was it? Did you like it?", dia tanya aku. Laju jer aku tipu dia. Then aku gelak-gelak, dia pun senyum-senyum jugak sambil kata, "Good, good, good". Masa tuh aku dah rasa comfortable dah, rasa macam dah tahu apa yang aku kena buat. Basically, aku tak payahlah nak kemas-kemas, bersihkan apatment tuh sebab tugas aku cuma tengok-tengok, jaga-jaga dia aje. Tolong dia ambik prescriptions, tolong dia ambil itu ini, siapkan apa-apa yang patut, yang dia akan suruh. Memang aku takut jugak mulanya, mana lah tahu kalau-kalau dia suruh jaga dia betul-betul. Entah-entah PakCik tuh berak berterabur, mampos aku kan?

"I have problem sleeping, that you have to take care too", PakCik tuh kata lagi. Nak kasi dia makan ubat tidur ker? Tak reti aku, mampos orang tua tuh nanti, mampos aku. 

Dalam setengah jam gitu kitaorang sembang-sembang, bini dia balik. Umur pun 70 tahun jugak bini dia nih tapi tak nampak tua sangat, sihat aje. Baru balik merempit pun. Cuma bini dia nih pekak sikit so PakCik tuh selamba aje kutuk bini dia. Pelik aku Americans nih, MakCik tuh buat selamba aje aku ada di situ, dia tak kisah apa-apa pun, tegur pun tak. Nampak gayanya dia sama laki dia tuh, nama aje duduk serumah, tapi tak bertegur sapa. 

Bila aku tanya, bila agaknya aku boleh start, PakCik tuh kata yang aku boleh mula hari tuh jugak, for like 2 hours. Aku tanya dia apa yang aku kena buat, apa yang harus aku buat, either kemaskan apartment atau jaga dia? Then dia suruh aku kemaskan sikit-sikit kat meja dia yang tonggang langgang tuh. Botol-botol ubat di mana-mana, buku-buku berkeliaran, pakaian-pakaian bergelimpangan. Janganlah aku jadi macam PakCik nih, andaikata umur aku panjang, kata aku dalam hati. Ini sure jenis yang tak pernah buat kerja, mungkin sebab masa muda dia dulu tuh, ada orang yang buat semuanya, fikir aku gitu. 

"You want me to log the pc off?", aku tanya PakCik tuh bila dia masuk ke bilik lagi satu. Sebelum aku off kan pc tuh, sempatlah aku check url history dia. Wakakkaka, banyak porn sites punya urls aje. Ooo, ini kerja orang tua nih rupanya, suka pergi porn sites. 

Belum pun sempat selesai kerja bersihkan kawasan study dia tuh, PakCik tuh panggil aku. Rupanya dia nak suruh aku picit dia. Aku ok aje sebab bini dia ada kat bilik tu jugak, cuma aku tak berapa suka sebab bini dia tuh sepatah haram pun tak cakap apa dengan aku. Aku tegur pun, dia buat dak aje. Ker dia memang pekak badak?

PakCik tuh kasi aku gloves, suruh aku basuh tangan dulu. Dia suruh aku urut tengkuk, kepala dia, sebab dia kata dia rasa pening-pening. Aku picit-picit gitulah, pelan-pelan, main-mainkan jari-jemari aku kat kepala cikgu pencen yang dah hampir botak tuh. 

"Nice, nice, good.....", itu aje lah PakCik tuh kata. Aku, walaupun tak ada lah belajar kat mana-mana cara nak urut orang, tapi kalau setakat picit kepala tuh, anytime aje. Masa kecik-kecik dulu aku selalu dikerah picit kepala abang aku, bapak aku kan? Tersengguk-sengguk PakCik tuh bila aku picit kepala dia, aku tekan sana-sini, mana yang patut. Semua tuh aku macam tertahu sendiri, iyalah kan, aku dulu selalu pergi salon potong rambut, diaorang selalu picit-picit kepala gitu kan? Aku suka orang picit kepala aku, tang mana harus dipicit, semuanya tuh. So aku tahu, dan aku buatlah apa yang patut.

Dari kepala turun ke tengkuk, aku picit dia. Dah tuh aku suruh PakCik tuh baring. Meniarap, sebab dia kata dia nak aku picit badan dia, belakang dia. Sebab dia ada back pain. Aku selamba aje kata yes sebab aku rasa aku boleh buat. Ala, orang tua kan, takat taruk tangan kat badan diaorang, urut sesikit, itu dah kira sedap sangat dah bagi diaorang kan? 

"Where did you learn this kind of massage?", baru lah bini PakCik tuh tegur aku. Aku tipu, aku kata yang kebanyakan Asians, memang pandai urut orang. Aku nak explain beria-ia sangat pun, MakCik tuh pekak kan? 

Geli benarnya aku nak urut belakang PakCik tuh, walaupun aku pakai gloves. Aku tak duduk kat birai katil mulanya, aku duduk kat kerusi. Tapi, bila dah lama tuh, belakang aku pulak yang rasa sakit sebab kena menjangkau badan dia so aku tanya dia ok dak kalau aku duduk di birai katil, masa urut dia tuh. 

As I said, aku rasa geli mulanya nak urut PakCik tuh. Satu, sebab dia dah tua, kulit dia macam dah bergelombang gitu (menggelebeh sana sini). Lagipun, aku takut kalau-kalau terpicit kuat, sebab tangan aku tuh, nampak aje lembut tapi kasar. Tangan Bangla, kan? Sepanjang aku urut tuh, bini PakCik nih tengok aje aku, aku perasan tuh, walaupun aku membelakangkan dia. Slow aje aku urut PakCik tuh, aku lalukan tangan aku, telapak tangan aku, kat badan dia. Lama-lama aku macam dapat dia punya tune mengurut tuh, sampaikan aku macam terkejut sendiri yang aku nih berbakat jadi tukang urut sebenarnya.

Tak sampai 10 minit, PakCik tuh berdengkur. Tu dia, penangan tangan Bangla aku kan? Kesian aku menengoknya, so aku picit kuat sikit, saja jer aku nak kasi dia tersedar. Happy aku bila PakCik tuh kata aku pandai mengurut, bila dia kata "You have that magic touch...".

Bila dia kata gitu tuh, aku jadi macam ter-emo sikit tau. So aku layan aje lah mengurut belakang dia tuh. Sesambil aku pandang keluar dari tingkap (lawa view dia, dengan snow yang turun lebat, dengan bangunan tinggi-tinggi), sesambil mengurut dia, sesambil tuh aku layan kepala aku. Macam tak sangka pulak, yang aku boleh buat kerja sebagai care-giver nih, mengurut orang pulak tuh. Tuhan tuh Maha kaya, Dia kasi aku idea, Dia kasi aku kesempatan. Itu yang aku rasa macam insaf jer tuh. Dan aku, walaupun tak suka nak urut PakCik tuh, aku anggap macam aku urut bapak aku sendiri, "I'm doing this for you Pak", kata aku dalam hati. Aku ingat-ingatkan balik, kat mana aku pandai mengurut nih? Oooo, rupanya masa aku kat sekolah, kat ITM dulu tuh. Aku selalu kena paksa dengan seniors aku, suruh urut diaorang sampai tertidur. Masa kat ITM, member-member sebilik selalu suruh aku urut diaorang. Sampai tertidur jugak. Diaorang aje yang jarang urut aku, sebab diaorang tak reti. Tak sangka pulak semua tuh berguna , tak sangka pulak aku akan menggunakan skill aku yang tersembunyi tuh.

Tapi itulah, I have to do what I have to do kan? New York is a tough place untuk hidup, more so sebab aku nih illegal. Nasib baik lah aku nih tough jugak orangnya. 

Aku rasa macam tak selesa aje urut guna gloves, so aku kata kat PakCik tuh yang aku nak urut with my bare hands. Dia kata as long as aku comfortable, dia ok aje. Aku sapu lotion apa tah kat badan PakCik tuh, then aku urut. Lagi lah cepat dia tertidur, tak sampai dua tiga rounds aku urut belakang dia, dah berdengkur. So aku kejutkan dia balik, aku picit kasi kuat sikit. Mana boleh tidur masa aku urut, kan? Banyak cantik! So, nak kasi PakCik tuh tak tertidur, aku layan dia sembang. Aku yang tanya dia itu ini sebenarnya. So tak lah terasa lama sangat mengurut dia tuh, sesambil bersembang. 

Dia kata yang dia tak dapat nak employ aku full time sebab dia cikgu pencen aje. Walaupun aku tahu yang dia kaya, walaupun aku tahu yang dia ada duit. Kaya yang tak berapa kaya lah kiranya. Dia tanya aku, apa plan aku sekarang. Then aku beritahu yang aku tengah cari kerja dan katalah aku dapat kerja yang gajinya at least USD 500 seminggu, then aku akan tetap tinggal di New York. Kalau tak, aku akan terpaksa kerja live-out balik semula lah, kat mana-mana sekali pun. 

Ada sejam lebih kot aku mengurut belakang PakCik tuh, lenguh jari aku dibuatnya. Mamposlah kalau sepanjang masa itu aje kerjanya kan? Bila aku tanya dia kat mana lagi nak dipicit, dia suruh aku picit kaki dia. Sama jugak, the moment aku taruk tangan aku kat kaki dia, dia terus kata yang aku ada magic touch. [Sumpah, dia yang kata gitu, bukan aku reka-reka cerita]

So, begitulah ceritanya, dalam 2 jam setengah aku mengurut PakCik tuh (ala, bukannya urut sangat pun, takat taruk telapak tangan kat badan dia, gitu-gitu aje), dia kasi aku USD 60. Kira banyaklah tuh. Banyak sesangat sebab biasanya aku kerja dibayar per jam kan? Terus aku terfikir, kalau gini gayanya, might as well aku buat dan cari kerja part time gini nih. Kerja dua tiga jam, dapat sebanyak itu kan? Kalau aku ada dua clients (wakakaka, kenalah guna term "client" kan?) setiap hari, itu sudah bagus tuh. Tapi bila difikir yang tak mungkin aku akan dapat cleint yang lain (sebab aku tak ada pengalaman, tak ada papers lagi tuh), baru lah aku berhenti pasang angan-angan. 

"Why don't you advertise online?", PakCik tuh tanya aku. Macam dia tahu aje yang aku tengah fikir macamana nak cari new clients.

"I'm thinking about it",aku jawab gitu jer. 

"I wish I could help you but I'm not working", kata PakCik tuh. Macamana pun, dia kata yang dia nak kan aku punya service lagi, dia akan call aku lagi dan dia kata dia berharap sangat yang aku tak akan cari kerja di luar New York City. 

"You are a smart guy, I want to help you", kata PakCik tuh sebelum aku blah.

Keluar dari apartment PakCik tuh aku rasa macam puas hati aje, entah apa yang aku puas kan pun aku tak tahu. Ooo, hati aku yang puas. Sebab? Sebab nya aku tak tahu. Walaupun snow lebat, aku tak pun terus ke subway station. Instead aku jalan aje meredah snow tuh. Macam seronok aje rasanya. For once baru lah aku rasa aku macam betul-betul kat New York yang aku nak. Macam dalam filem, jalan perlahan-lahan di tengah-tengah kota New York, di waktu snow. 

Terralit aku kat area tuh sebab selama ini aku tak jenguh sangat that part of Manhattan. Aku lalu depan Park Hotel yang terkenal tuh, aku lalu depan Trump Tower tempat shooting The Apprentice tuh, aku masuk Bloomingdale even. Aku sengih jer bila tengok butik Nine West, butik Coach pun ada lah menyempil kat area tuh. Macam tak layak ada kat situ jer aku rasa, butik murah-murah nih. 

Last-last aku terberhenti kat Apple Mecca, tak masuk ke dalam pun sebab aku takut terbeli apa-apa, digital camera ker apa ker.