Pagi semalam kitaorang dah rasa macam tak selesa aje sebab ramai sangat kat rumah tuh. Nak mandi pagi punyalah siksanya sebab ada aje orang kat bilik air. Itupun tak semuanya mandi. Bayangkan lah, 11 orang semuanya, bilik air ada satu aje. Aku tak tahu pun di mana diaorang yang datang semalam tuh, tidurnya. Gayanya semua tidur di bilik Sonny, kecuali budak muda tuh yang tidur di living room, di satu katil kosong sebelah katil aku nih.
Masa tunggu diaorang bersiap, masa aku lepak-lepak kat luar (setiap pagi aku keluar lepak-lepak di luar apartment, lebihkurang setengah jam awal, tak kira lah hujan ker snow ker, aku akan tetap lepak di luar jugak) aku pun mula lah berfikir yang bukan-bukan.
Ramai sangat nih yang kerja di bahagian depan nih, sure aku akan terpinggir nanti nih. Itu yang aku fikir. Apa plan Sonny nih sebenarnya? Apa pasal dia tak ada beritahu kitaorang pun apa plan dia kan? Ker dia nak buang aku? Ker dia tak suka aku? Ker dia nak aku blah? Mungkin dia tak buang aku, tapi mungkin itu cara supaya aku sendiri yang blah. Tapi, tak kan lah kot? Mungkin jugak kot, sebab sekarang bukan musim busy dah.
Apa-apa pun, aku terus fikir yang aku nak slow talk dengan Sonny lah. Aku nak cakap baik-baik dengan dia, aku nak mintak berhenti aje lah. Iyalah, diaorang dah ramai kan? Sekarang pun bukan sibuk macam dulu lagi kan? Aku nak beritahu dia yang aku nak balik New York aje lah. Aku nak beritahu jugak, nanti suatu masa nanti kalau dia perlukan aku semula, call aje lah aku. Sure aku akan datang semula. Punya beralas aku nak cakap tuh. Jauh di sudut hati aku kata, once aku balik ke New York, that's it lah. Mampos aku nak balik semula ke New Hampshire nih. Sekali dulu tuh cukuplah.
Kalau aku cakap baik-baik gitu, sure Sonny akan lepaskan aku, sure dia akan bersetuju dengan plan aku tuh. Entah-entah dia pun happy agaknya.
Dan sepanjang aku kerja di pagi tuh, waktu membasuh peralatan dapur, waktu menyediakan persiapan sebelum restoran dibukak, fikiran aku terus melayang gitu aje. Tak sangka pulak begini jadinya. Tapi tak kisah, aku memang bersedia dengan segala kemungkinan. So puaslah aku menyusun, mengarang ayat yang nak dicakapkan kat Sonny. Tapi tak pernah ada kesempatan. Dia sibuk memanjang menunjuk ajar budak berdua tuh, yang aku rasa mungkin adik-adik dia.
Dah petang tuh baru dia beritahu aku yang budak perempuan tuh adik dia dan yang lelaki tuh boyfriend adik dia tuh. Diaorang akan handle restoran tuh sebab Sonny nak bercuti for a few weeks. Dia nak balik ke Missouri. Keluarga dia nih di Missouri sebenarnya. Baru jugak aku tahu yang dia nih dulu computer Technician kat Missouri, then pindah New Hampshire nih untuk business. Respek gila aku kat orang Cina nih, diaorang sanggup aje pindah randah untuk buat business. Bukan pindah dekat-dekat pulak tuh.
Lega lah sikit bila dengar penerangan dia tuh. Walaupun aku macam masih tak berapa puas hati jugak. Aku nak tanya budak perempuan tu lah, dia punya English boleh tahan jugak gayanya, walaupun aku tengok dia tuh macam muda sangat lagi.
Ya ampun lah aku rasa janggalnya sebab for the very first time, ramai sangat orang yang kerja di bahagian depan tuh. Sedangkan customers tak ada. 6 orang termasuk aku, berdiri aje kerja nya. Diaorang berlima (Sonny, bini dia, Mr Wong, budak berdua tuh) asyik pot pet-pot pet sembang, aku jugak sorang-sorang berdiri di depan tuh dengan mode Sekadar Di Pinggiran. Tak boleh jadi gini nih, kata aku dalam hati. Tak boleh jadi. Aku nak balik ke New York aje lah kalau gini gayanya. Ini masa yang sesuai kot sebab sesehari dua lagi aku akan dapat gaji, so next Tuesday, hari off aku, bolehlah aku cabut. Tak sampai hati pulak aku nak blah weekend sebab weekend biasanya sibuk. Next week aje masa paling sesuai kalau aku nak blah, sebab selepas itu, dah payah dah, kena tunggu awal bulan 3 pulak.
So, diaorang riuh rendah sembang, aku pun riuh rendah berfikir macamana dan bila masa yang sesuai nak beritahu Sonny yang aku nak blah aje lah kalau gini gayanya. Bukan apa, ramai sangat orang yang bekerja di bahagian depan tuh. It's a bit too crowded, and I feel all alone.