Aku tidur berapa jam aje malam tuh sebab kena bangkit awal, aku tak kemas-kemas barang sangat lagi pun. Tak muat beg kecik aku tuh, my plan was that nak ke kedai dulu beli bag tapi disebabkan aku disuruh berhenti kerja, itu yang aku tak sempat nak pergi beli. Aku kena blah dari rumah tuh secepat mungkin. Nasib baik muat barang aku, itupun terpaksa buang benda-benda yang tak perlu. Itupun terpaksa tinggalkan towel, tshirts, benda yang murah-murah gitu.
Sebelum pukul 7 aku talipun Rosa, dia dah bangun, dah bersedia nak menjemput aku lah. So aku terus aje keluar, bawak barang, senyap-senyap aje sebab orang lain semua tengah nyenyak tidur. Snow rupanya kat luar. Selalu gitu, kalau hari aku nak blah ke mana-mana, dari dulu lagi, mesti either snow atau hujan. Saja jer nak kasi perjalanan hidup aku berbackground keadaan-keadaan macam tuh. Sentapz aku tau, cuma tak tahu kat siapa aku sentapz.
Tak lama tuh Rosa talipun lagi. "Joe, can I pick you up tomorrow? It's snowing outside", dia kata gitu.
"That's ok Rosa, I'll call a cab", aku jawab gitu sambil cuba tak nak tunjuk how disappointed aku dengan dia. Bukannya snow lebat sangat, lagipun dia dah janji, kan? So terpaksa aku call teksi aje, ada dalam setengah jam aku menunggu dalam snow tuh, barulah teksi tuh muncul. Terus aku kasi 20 dollars kat driver tuh, tambang ke Lawrence train station cuma 15 dollars aje. 5 dollars tuh tips, sebab kesian dia terpaksa drive dalam snow.
I missed the 8 o'clock train so sementara tunggu train selanjutnya, pukul 9-20 am, aku mengopi dulu. Lepak lama aku kat cafe tuh sesambil tengok tv, sesambil makan omelett. Dah termalu sebab lama sangat kat cafe tuh (aku sorang aje kat dalam cafe tuh), aku pindah kat waiting area. Aku cuba-cuba lelapkan mata sementara tunggu train ke Boston, bising pulak ada this one perempuan, kat belakang aku, menalipun. Then bila dia mention nama dia (dia nak bayar cellphone bill guna credit card, thru the phone), aku terdengar nama dia yang disebut tuh bunyinya seakan-akan nama Melayu. Terus aku tanya dia, rupanya orang Indo.
Silaplah, termula sembang, payah nak berhentinya. Kelas sangat perempuan tuh, sering ke Jepang, ke Vietnam. Punya rumah gedek di Maine, punya mobil bay-em-vay (BMW). Suaminya orang bule (American), udah lama tinggal di Amerik, udah lebih sepuluh tahun. Aku layan aje lah dia sembang, nasib baik dia sibuk menceritakan pasal life dia, so dia tak ada sangatlah tanya pasal aku.
Masa dalam train, aku cuba-cuba lelapkan mata jugak sebab perjalanan dalam masa 45 minit. Tapi the moment aku nak terlelap, aku teringat kat benda jahat (nakal?) yang aku buat sebelum aku blah pagi tadi tuh. Terkekeh-kekeh aku gelak sorang-sorang. Lawak sangat. Puas aku tahan tapi semakin aku control gelak, semakin aku rasa geli hati sangat. Sampai aku terpaksa tutup muka aku dengan jacket sebab malu kat orang yang ramai dalam train tuh. Aku fikir, kalau aku ceritakan kat orang, sure pecah perut orang akan gelak. Aku buat tuh pun tak berplan pun, idea datang secara tiba-tiba, kesempatan ada di depan mata. *Mamposlah macam artis, idea datang secara spontan*
Aku rasa puas hati sangat dengan kenakalan aku yang tak sengaja tuh. Iyalah kan, Jen sama Jay macam kencingkan aku aje, so it's only fair lah kalau aku balas dendam aku kan? An eye for an eye punya balasan yang aku buat. Rasakan korang berdua!
Dan disebabkan nature of that dendam yang aku balas tuh agak memalu dan menjijikkan, so aku decide tak nak cerita kat sesiapa lah. Biar aku sorang aje yang tahu. Aku nak ceritakan kat orang pun malu benarnya. Tapi, itulah aku. Aku nih, nampak aje baik orangnya, tapi hati aku jahat. Jahat sesangat.
So sepanjang perjalanan tuh aku melayan kepala aje lah kerjanya. Sesambil menengok keluar tingkap train, sesambil menungkat dagu, fikiran aku melayang jauh. Kat luar hujan pun lebat. Tak sangka gini berakhirnya persinggahan aku di New Hampshire. Memang aku tak ralat sangat pun sebab aku dah bersedia. Cuma aku terkilan apa pasal it ended that way. I wanted it to end my way. Not their way.
Terfikir aku, ngam-ngam 4 bulan aku kerja, habis aje pantang, habis aje edah, aku terus kena jadi macam Janda Berhias. Walaupun tetek dah menggelebeh.
Aku naik bas pukul 11, bas Cina. Respek gila aku kat orang Cina nih, diaorang macam dah kalahkan Greyhound aje sebab berpusu-pusu orang naik bas Cina yang jauh lebih murah dari harga ticket Greyhound. Dalam bas tuh aku online for almost 2 hours, bila batteri laptop dah habis, baru aku tidur. Sedar-sedar bas dah singgah kat Bridgeport, Connecticut. Kat Bridgeport ni lah, dulu nya ada kampung Melayu. Sekarang ni entahlah, dah tak ada dah kot. Entah-entah Melayu semua tuh dah jadi Mat Salleh.
Sampai New York dah pukul 4, jem teruk sangat sebab kat City Hall yang area dia dekat-dekat Chinatown jugak, ada Giants Parade. Iyalah kan, Giants menang Superbowl Sunday lepas, kalahkan New England Patriots.
Sampai aje depan rumah, aku tengok pintu depan terbukak. Terus aku masuk, bila nak buka pintu kedua (yang selalunya tak dikunci), dari luar tuh aku nampak ada satu AhSo nih yang sebelum nih aku tak pernah tengok, dia macam tak kasi aku masuk. Aku tunjukkan kunci, aku kasi isyarat tangan yang aku punya bilik kat tingkat dua, tapi dia tetap tak kasi aku masuk.
Dikuncinya pintu tuh dari dalam. Puas aku mengetuknya dia tetap macam halau aku. Aik, takkan aku salah rumah kot? Blank sekejap aku jadinya. Then aku cuba lagi, aku suruh dia bukak pintu sebab nak explain kat dia yang aku menyewa di situ. Dia tetap degil. Dalam 20 minit gitu aku jadi tak keruan dibuatnya. Kat mana aku nak tidur nih, aku dah panik jadinya. Ada aje masalahnya, apa lah nasib aku nih, aku mula menyalahkan keadaan.
Aku talipun Lily, perempuan Indo (yang menyewa lantai atas - aku menyewa dari dia. Dia pulak menyewa dari satu tokay Cina nih) tapi tak berjawap call aku. Dah lama tuh baru dia call, so aku explain kat dia. Rupanya perempuan Cina tuh baru pindah ke situ dan mungkin dia takut, dia tak pernah tengok aku selama ini kan? Lama tuh perempuan Indo tuh talipun tuan punya rumah, and after a few calls later, datang dua orang perempuan Cina. Baru lah AhSo tu buka pintu. Aku rasa nak lempang aje si AhSo tuh bila dia kasi talipun, suruh aku bercakap dengan tuan rumah. Dia suruh aku buka pintu guna kunci aku dan bila pintu terbuka baru dia percaya yang aku menyewa di situ. Siaplah aku menyumpah seranah AhSo tuh sekejap tapi sebab dia hanya pandai cakap satu word aje, Sorry, aku terkesian pulak kat dia. Terus aku jadi cool balik, dia pun berpuluh kali kata "Sorry". Last-last dia hug aku, then aku pun wish dia Xong Xi Fa Cai. Then aku terus masuk ke rumah.
------------------------------------
Note: (10/10/2012)
Kalau sesiapa yang baca blog Kisah Seorang Banduan aku, sure dah tahu apa "nakal/jahat" yang aku buat tuh kan? Aku ada tercerita kat Amir-Bosnia, member rapat semasa dalam tahanan. Klik kat sini kalau nak tau cerita tuh]
------------------------------------
Note: (10/10/2012)
Kalau sesiapa yang baca blog Kisah Seorang Banduan aku, sure dah tahu apa "nakal/jahat" yang aku buat tuh kan? Aku ada tercerita kat Amir-Bosnia, member rapat semasa dalam tahanan. Klik kat sini kalau nak tau cerita tuh]