Wednesday, October 10, 2012

The Vagina Angina Monologues


Aku tak tahu pukul berapa aku tidur malam tuh, awal jugak rasanya, dalam pukul 11 kot. Tapi, awal pagi tuh, aku terbangun. Badan aku sejuk, aku rasa macam tak sihat aje. Lemah pun lemah jugak rasanya. Lapar? Memang lapar pun. Tapi, nak ke McDonald's (yang bukak 24 hours tuh) malas sangat rasanya. 

Benda yang boleh dimakan pun tak ada kat bilik aku, takat roti yang by now aku rasa sure dah berkulat tuh, itu ada lah. Dada aku sakit, rasa tak comfortable gitu. Rasa perit, macam ada benda mencucuk-cucuk kat dalam. Sebenarnya dah lama dah aku ada rasa sakit dada nih, sejak aku kerja di New Hampshire lagi dah. Tapi malam tuh, lain pulak rasa sakitnya. Rasa perit yang tidak terperi-peri. Dah lah badan tak sihat.

Aku sakit ker nih? Aku demam ker? Aku tak sihat ker? Ketiga-tiga nya lah. Tak ada lah aku rasa takut sangat pasal demam dan tak sihat tuh tapi yang sakit dada tuh buat aku macam tak keruan aje. Something wrong somewhere, in there, kata aku dalam hati. 

[Ok, let me tell you something. Sebenarnya kan, as I said before, dah lama dah aku rasa sakit dada nih. Lama dah, dalam empat lima bulan yang lepas. Dalam dua tahun yang lalu, masa aku kerja di Pittsburgh, ada dah simptoms dia tapi masa tuh aku macam sesak nafas, selalu tercungap-cungap, especially kalau masa sibuk nak layan customers kat restaurant. Biasanya aku akan cool down, aku akan tarik nafas panjang-panjang, aku akan rileks kan badan aku. Sebab aku tahu, itu macam stress sebab sibuk. 

Tapi, masa kerja di New Hampshire, dada aku sakit lain pulak, sakit di bahagian dalam. Rasa macam ada benda menyucuk-nyucuk gitu, rasa perit macam luka. Bukan luka di dada macam orang bercinta tuh, bukan gitu! Mulanya aku ingatkan pasal aku selalu bersihkan tempat masak teriyaki tuh, selalu terhidu bau liquid membersih dapur tuh, itu pasal. Aku ingat itu puncanya. 

Almost everyday masa tuh, aku rasa sakit dada, aku rasa uncomfrtable tuh. Itu yang aku selalu pegang-pegang, picit-picit dada aku kalau waktu kerja. Itu jugak (kalau korang perasan) yang buat aku selalu sangat meroyan masa di New Hampshire dulu tuh. Sebab aku bimbang, aku macam simpan rahsia, aku tak beritahu orang pun (tak tulis kat blos, itu maksud aku) pasal sakit dada aku tuh. Masa tuh ada kalanya aku rasa nak tulis kat blog, ada kalanya aku rasa nak senyapkan aje. Aku tak tulis akhirnya sebab aku tak nak nanti orang kata aku saja-saja buat cerita, macam sengaja cari alasan nak balik ke New York.

Itu yang aku selalu sangat bad mood, selalu entry-entry aku bernada kemeroyanan. Sebab benda tu lah. Korang tak tahu, kan? Aku cuma beritahu kat dua orang aje pasal sakit dada aku tuh, kat NR sama kawan di Osaka. Itupun takat sound sikit-sikit gitu aje lah, macam kasi hints gitu aje. At least ada orang tahu. 

Masa tuh aku selalu contemplate samada nak balik ke New York atau tidak sebab kalau kat New York, bolehlah aku pergi buat medical check up, manalah tahu, after all these years, aku nih ada sakit apa-apa pulak kan? Iyalah, makan tak menentu, pakai tibai aje apa yang boleh, kerja pun kadang-kadang tuh berat. Memang, pasal kesihatan lah yang aku takut sekali, dengan keadaan aku yang macam gini nih. Tak ada duit, tak ada insurance, illegal pulak tuh. Tak ada yang lebih teruk dari tu dah. So, kalau aku sakit ker apa ker, memang akan parah lah kan? Punya aku takutnya, sampai aku tak nak fikir benda yang bukan-bukan. Aku serahkan semuanya tuh kat Tuhan]

So, start dari awal pagi tuh, aku sakit/demam/tak sihat. For 4 days aku begitu, pagi Jumaat sampai pagi Selasa. And for 4 days aku di katil aje, terkapar-kapar sorang-sorang. 

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Ha, dah aku termenyanyi lagu nih! 

Tak nak aku cakap banyaklah, aku akan sentiasa ingat betapa peritnya 4 hari tuh. What with sakit, what with benda-benda lain yang aku fikir, akibat dari sakit tuh. Sampaikan aku tak boleh tidur. Sampaikan aku takut nak tidur. Sebab aku takut aku akan ter-mati dalam tidur. Biasalah kan, kalau kita sakit, kita akan fikir yang bukan-bukan. Masa tak sakit tuh, selamba aje kan?

Aku tak peduli apa dah masa tuh, apa yang aku fikir, aku terima aje lah apa yang dah ditentukan bagi aku. Aku tak peduli pun talipun aku berdering. Alah, apa orang boleh buat pun kan selain dari bertanya khabar? Silap-silap akan ada orang kata, "Ha tu lah ko, kesihatan tak jaga....." lagipun aku tak nak orang tahu pasal aku, I just wanted to be alone. I'm destined to be alone pun kan? 

Pagi Selasa aku rasa ok sikit, aku dah boleh bangun. Aku dah sadar. Aku ada chest pain nih, aku ada chest pain. Tertakut lah sekejap bila dengar pasal chest pain kan? Aku mula membayangkan consequence nya bila ada chest pain gitu. Terus aku online, aku google kan that "chest pain" punya term. And I came across this term "angina". Terralit lama aku. Then aku decide yang about time aku talipun Doktor, nak tanya pasal Angina.......

Semua sama aje apa yang Doktor tuh beritahu aku, dengan apa yang aku baca kat internet. Bila aku tanya dia macamana nak buat check up, dia suruh aku apply online. Dan bila aku cuba buka website tuh, aku tengok, nak kan Social Security Number, Health Insurance. Nak diconfirmkan guna credit card pulak tuh. Since aku tak ada apa pun so aku lupakan lah niat nak apply untuk buat medical check up. 

Lepas pada tuh aku jadi macam blank, tak tahu nak buat apa. Tak kan aku nak biarkan begini aje, pretending like there's nothing wrong. Or is this the best time to ask for help? What kind of help? Any kind lah. Kan ker aku ramai kawan online? Tak kan diaorang tak ada idea nak tolong aku kan? 

No. Tak boleh, aku tak nampak jalan. Aku tak nak beritahu orang. Infact, aku terfikir yang aku patut tutup blog aje, sudah cukup lah sampai di sini aku menulis blog untuk orang baca. Kalau aku masih sihat dan aku nak keep on tulis blog, aku rasa nak private kan aje, tak nak kasi orang baca. Aku dah macam tak nak orang ambik tahu pasal aku. I wanted to cut ties gitu aje. Aku tak nak nanti orang marah kat aku sebab aku macam "tak buat sesuatu", takat berserah aje. Aku pun marah kat diri aku sendiri nih. Aper, aku nih nak mati kat Amerika nih ker? 

Not knowing what to do, aku bukak one of the books yang dalam kotak member hantar tuh. Very nicely wrapped gitu, macam hadiah orang kawin. Tebal bukunya, title dia Jangan Bersedih, Don't Be Sad, by "Aidh Bin Abdullah Al-Qarni (translation), buku motivasi. 

Aku, sejak kenal internet, memang jarang baca buku. Kalau aku baca, cuma lah magazines. Aku dah tak baca buku, sebab baca buku nih macam buang masa aje rasanya. Aku belek satu persatu halaman buku tuh, aku baca, air mata aku terus merembas aje, sebab every single word, every single sentence tuh kena aje dengan keadaan aku masa tuh. Apa yang dalam buku tuh, sebijik macam apa yang ada di kepala aku masa tuh, sebijik macam apa yang aku telah dan sedang fikir. It's so weird baca every single page of that book, as if buku tuh dixerox dari apa apa yang ada di kepala aku. Tak pernah aku seengrossed gitu bila baca buku.

Sampai page 50 lebih, aku stop baca buku tuh. Sebab aku rasa, aku tak payah baca dah lah, aku macam dah tahu isi buku tuh. Aku ambik buku yang lagi satu, yang Az kasi (kalau tak salah aku), Travelog Haji by Prof Muhd Kamil Ibrahim. Diotograf lagi buku tuh, ada mesej:

"Joe, Sejauh mana merantau, DIA sentiasa ada di sisi kita. Ingatlah DIA di kala senang dan susah. 
[Signed- Kamil]
25-10-2007

Aku baca sampai page 50 lebih jugak. Aku tak nak komen apa-apa pasal buku nih, korang beli dan baca sendiri lah. 

Life has to go on, aku kena buat apa yang patut, aku kena cari kerja semula. Aku tak boleh buang masa dengan mengenangkan what could have been, what should have been. Aku online semula, cari-cari kerja, kalau ada. Minggu lepas, ada aku taruk satu iklan nih, very simple one, untuk kerja sebagai care-giver. Aku totally lupa pasal ads tuh so bila aku bukak email, ada satu mail nih yang suruh aku contact dia for an interview. After a few emails, Susan kata dia akan call aku esoknya untuk fix kan date untuk interview tuh. 

Later that day aku dapat a few mails jugak tapi semuanya senyap begitu aje bila aku balas. Dan aku rasa, interview yang aku pergi minggu lepas tuh, aku tak dapat kot sebab Shauna senyap begitu aje. PakCik John Walls pun ada email aku, suruh contact dia sebab dia nak aku datang. Aku sentapz jugak dengan dia nih sebab aku tau dia ada pasang iklan lain, walaupun ayat dia tuh dia ubah-ubah sikit. Tapi aku tau, memang dia yang pasang iklan tuh. What a traitor kan? 

Bila aku check my voice mail, rupanya ada message dari MakCik Jenny, ada kerja kosong. Tak nak lah aku kerja restoran, tapi aku call jugak dia, just in case aku tak dapat kerja lain. Dah 4 minggu aku tak kerja rupanya, kejap aje masa berlalu. Kalau masa kerja tuh, nak menunggu 4 minggu, punyalah siksanya kan? Tapi kat New York nih, 4 minggu tak terasa apa pun. Dan walaupun 4 minggu dah berlalu, aku tak ada lah panik sangat sebab tak kerja, aku masih selamba aje lagi, cuma aku nak beri another 2 weeks sebelum aku decide ke mana halatuju aku seterusnya. Last resort, aku akan jumpa MakCik Jenny aje lah.

Rupanya kerja yang MakCik Jenny ada tuh, kerja kat Hagerstown, Maryland, kat Restoran Pak Tua dulu tuh. Kalaulah ditakdirkan aku tak ada kerja lain, aku rasa aku akan sanggup menyanggupkan diri kerja semula di restoran tuh, after all Hector sama Richard tuh dah jadi macam kawan aku kan? 

Macamana pun aku akan berusaha untuk cari kerja lain selain dari kerja restoran. Aku masih ada duit lagi nih, duit gaji yang bulan lepas tuh aku belum sentuh, masih ada segumpal dalam beg aku tuh. Dan duit dalam wallet aku nih cukup untuk bayar sewa bulan 3, dan bill cellphone. Nak gi tengok Broadway show pun boleh lagi nih. 

Suan tak call aku esoknya so aku terpaksa cari kerja lain. Aku masih lepak di rumah aje sebab masih tak berapa sihat. Sakit dada aku tu lah. Lusanya baru dapat email dari Susan, dia suruh aku talipun husband dia, untuk tetapkan masa interview. So confirmed lah yang esoknya aku akan ke Long Island, untuk interview kerja sebagai care-giver. 

Masa tengah online tuh aku terberYM dengan kawan aku yang after hearing cerita aku, terus dia suruh aku buat medical check up. Memanglah susah nak explain sebab orang tak akan faham yang aku kena keluarkan duit yang banyak (sebab aku tak ada insuran) kalau nak jumpa Doktor. [*Note: Banyak bagi aku tuh maksudnya sikit bagi orang lah kan?] Aku punya fikir, lebih baik tak tahu daripada tahu, knowing the fact yang aku tak ada duit untuk berubat, kalaulah aku ada sakit lain nantinya kan?

Macamana pun, petang tuh aku keluar, setakat nak ambk angin. Jugak untuk bayar bill cellphone. Aku terlalu depan this one small medical clinic, yang tokaynya a Pakistani (nama Pakistan) Aku masuk aje lah. Nak buat medical check up, kena bayar $85 sebab aku tak ada insurance. Aku lupa her exact words tapi aku suka apa Doktor tuh cakap pasal ajal maut nih. 

Doktor tuh check aku punya blood pressure. Ok aje. Then bila dia check aku punya pulse, dia kata aku punya heart beat tuh laju sangat. Dia tanya aku kalau-kalau nak buat blood test, aku iyakan ajelah, there goes another $100 for the test. Test air kencing sekali, misi tuh ambik sampai 3 botol darah aku, sampaikan aku bulatkan mata, jengil kat dia sambil tanya dia, "That much?". Dah lah aku nih kurang darah. 

Test result akan keluar lusa so Doktor tuh suruh aku bawak berihat, jangan fikir benda yang bukan-bukan. Dia kata mungkin aku hypertension, mati-mati aku kata benda tuh tak masuk akal. 

She's a fool.