Aku dah agak dah, aku dah terfikir dah, aku dah bersedia pun dah. Yang, lepas aku happy-happy, my life cycle would be on the downside lah pulak kan? Macam back to reality gitu lah lebih kurang. So that Sunday aku mula lah fikir pasal nak mula cari kerja. Sure aku akan susah nanti nih (kata aku dalam hati), sebab semalamnya aku dah happy sesangat. Sure akan di offset kehappyan aku semalam tu lah kaedahnya kot.
Aku terus aje lah pergi ke Chinatown, nak jumpa MakCik Jenny. Ramai pulak orang yang datang cari kerja so aku tak ada masa nak lama. Lepas cerita kat MakCik Jenny, kisah aku kat New Hampshire, terus aku blah. Aku suruh dia carikan aku kerja. Ada dua kerja nih tapi satunya kat Maryland, yang lagi satu kat Syracuse, New York. Malaslah aku nak pergi live-in lagi so itu yang aku kata pada MakCik tuh yang aku akan datang semula minggu depan. Kalaulah aku nak kerja esoknya, aku patut terima aje either one of the offers tu kan? Tapi aku buat selamba aje lah dulu.
Kat tempat Mei-Mei pun sama, begitu jugak kat tempat Tina. Ramai orang tengah cari kerja rupanya lepas raya Cina nih. Sebelum ke Times Square, aku lepak-lepak makan kat this Malaysian Restaurant, SkyWay Restaurant. Best jugak sebab diaorang asyik pasang lagu raya Cina aje kerjanya. Lagu itulah, lagu KongSiKongSiKongSiNi-KongSiKongSiKongSiNi tuh.
Aku cadang nak tengok wayang kat Times Square tapi terralit pulak jalan-jalan kat area tuh, bila aku sampai panggung, filem Atonement dah nak main. Sold out pulak tuh. Puas aku fikir, film apa nak tengok. Sentapz aku tau dengan tajuk film No Country For Old Men, terus aku tak jadi nak tengok wayang.
Last-last aku balik rumah aje lah. Buat apa lagi kat rumah tuh kalau bukan online kan? So itulah kerja aku, online sampai malam, sampai awal pagi. Ada aku terfikir nak ke Washington DC sebab dah lama tak melawat Richard sama Hector, tokay aku masa kerja kat restoran Pak Tua dulu tuh. Tapi itulah, malas rasanya, what with cuaca sejuk, snow aje hari-hari. Duduk kat rumah, meniarap bawah duvet, sambil online, itu jauh lah lebih seronok. Walaupun aku tak kerja kan?
Then aku teringat nak call Syed, sebab dia pun mungkin masih ada di Washington DC, kat rumah kakak dia. Eloklah tuh, sesambil pergi melawat Richard dan Hector, dapat jugak pergi makan sama Syed kan? Memang Syed masih di Washington DC (bukan kat DC sangat, tapi about half an hour dari DC), cuma dia kata dia akan ke White Plains, New York (half an hour by train dari NYC). Dia ada kerja part-time kat sana, sebagai translator Bahasa Malaysia. So dia ok aje bila aku kata nak jumpa, makan-makan. Since Syed nak ke NYC, termalas lah jadinya aku nak ke Maryland. Tunggu dia aje lah.
Malam tuh, Syed call aku.
"Eh Joe, aku rasa aku nak duduk NY lah, boleh duduk sama kau?", dia tanya aku.
"Apasal?", aku tanya dia gitu. [See, aku tak terus jawab "Boleh", instead aku tanya dia "Apasal". Ciri-ciri berhati-hati aku lah tuh]
"Aku nak cari kerja kat New York lah Joe, aku dah tak ada duit ni, aku nak kerja lah. Anything goes Joe kali ini", kata Syed sambil gelak-gelak.
"Ko nak duduk sama aku ok aje, tapi aku dah tak kerja nih, aku baru balik dari New Hampshire", aku jawab gitu.
"Aku nak try cari kerja sini lah, tapi kalau tak dapat, aku terpaksa kerja live-in balik nanti. Kau duduk sini aje lah, aku still bayar sewa bilik walaupun aku kat tempat lain nanti", aku jawab lagi.
So itu lah plannya, Syed nak datang ke tempat aku, either malam Khamis atau lepas dia habis kerja, Sunday nanti. Terfikir jugak aku, apa pasal susah sangat dia nak cari kerja sedangkan dia tuh American citizen? Ker dia nih jenis yang malas kerja? Aku pun jenis yang malas kerja jugak sebenarnya tapi aku tak ada pilihan lain.
Masa aku online tuh, sebab tak ada benda lain nak buat, member nak chat pun tak ada, aku merayap lah cuba-cuba cari kerja thru the internet kan? Aku tahu, memanglah payah sebab aku apa lancau pun tak ada kan? Tapi that didn't stop me dari cuba cari-cari kalau ada orang advertise kerja. Terralit baca section "Looking for job" aje benarnya, rupanya ramai orang yang macam aku jugak, yang teruk dari aku pun ada. Pandai pulak diaorang cari lobang, advertise kat internet. Macam-macam kerja ada, kebanyakannya part-time. Kerja jadi pet sitter pun ada, jadi dog walker pun ada.
Yang buat aku bengangnya, almost kat semua iklan, ada ayat "must be legal to work", atau "top-notch refrence needed".Dan tengah aku click sana click sini tuh, aku ternampak this one ads,kat craigslist.com yang exactly macam di bawah nih:
70 Year Old Male Seeks Male Attendend/Caregiver. Will Train, Experience, Legal status & Language Not Important
Part time only, between 12 and 3 or 4 pm, when I need you.
Please include a phone number for details, as I have arthritis & find it hard to type. I also suffer from chronic depression and a bad back, which I need help with.
Be Sane, drug & disease free.
Location: manhattan
Salary/Wage: negotiable
Education: will train
Status: Part-time, Internship
Shift: Days
Terus aku teringat kat Hamba Allah nih (yang sekarang nih dah jadi Tokay Butik) pasal dulu dia pernah kerja sebagai caregiver. Kalau aku try nih ok jugak kot? So aku cuba-cuba email, ringkas jer email aku sebab aku pun tak tahu apa nak ditulis.
Aku tak expect dia akan reply pun so aku cari ads yang lain. Tapi, tak lama tuh aku dapat call, rupanya PakCik yang taruk ads tuh. Cerita sikit-sikit then dia suruh aku talipun dia esoknya, dalam pukul 11 gitu. Dia akan kasi address dia, dan dia nak aku datang dalam pukul 12-30 tengahari.
Terpanik jugak aku, tertakut jugak jadinya sebab aku mana lah pernah kerja jadi caregiver, nak buat apa pun aku tak tahu. Orang tua pulak tuh, orang kaya gayanya. Ah lantaklah, cuba aje lah pergi. Selagi tak dicuba, mana kita tahu, kan?
Besoknya, ngam-ngam pukul 11, aku talipun PakCik tuh. John nama dia. Bila aku tulis alamat dia, aku rasa macam tak sedap hati aje. Iyalah, dia duduk kat Upper East Side (Manhattan), kat tempat orang kaya-kaya. Brad Pitt sama Angelina Jolie, Alex Baldwin, Woody Allens, Richard Gere (to name a few) semuanya duduk area-area situ kalau tak salah aku. Kat Upper East Side tuh.
Snow lebat, so aku keluar awal sikit walaupun tak adalah jauh sangat kalau aku naik express subway. Dalam perjalanan tu kan, aku asyik teringat kat kisah Chef Wan aje. Dulu aku ada terbaca cerita dia, kisah masa dia mula-mula di Amerika. Gini lah, dia kerja dengan private family, dengan orang kaya-kaya. Dia jaga this one orang tua, betul-betul jaga. Last-last ramai orang yang suka dengan dia, ramai yang kasi dia harta dan duit.
So itu yang aku terfikir, gaya-gayanya aku nih boleh jadi macam Chef Wan jugak. Aku nak kerja bagus-bagus, biar orang suka dengan aku, then aku nak bolot harta diaorang!