Hampir tak jadi keluar harinih sebab kereta David buat hal, dekat setengah jam baru ok. Kitaoang ke Garden City, pergi Lord & Taylor. Tak ada sales sangat pun tapi macam biasa, memang banyak benda yang aku terbekenan. Entahlah, semenjak dua menjak nih perasaan nak shopping pakaian mahal-mahal asyik membuak-buak aje. Aku teringat, di zaman aku pakai pakaian-pakaian biasa dulu tuh, aku tak pernah pun ada perasaan nak shopping memanjang. Tapi sekarang nih, lain pulak jadinya. Macam lah aku nih orang kaya, kan? Aku sedar yang aku nih tak sedar diri. Ker aku masih tak sedar yang aku nih tak sedar diri?
Ataupun memang ini Zaman Kegemilangan aku?
Diaorang tak beli apa-apa pun, so tak lah tensen sangat aku jadinya. Iyalah, kalau diaorang beli apa-apa, chances aku beli sesuatu pun besar lah jugak kan? Lepas pada tuh kitaorang ke restoran Itali, aku makan green salad, diaorang makan pizza, yang lebihnya ditapau untuk dinner diaorang.
Kitaorang sampai rumah dalam pukul 4 gitu, kelam kabut lah jadinya sebab masa tu lah nak lunch, then Hal pulak nak berak, then nak buat catherter, then nak siapkan Hal sebelum aku blah. Pukul 5 setengah baru selesai semuanya, buat kacau aje, dah rugi setengah jam.
David, sejak kebelakangan nih, selalu tanya aku, apa yang aku buat kalau-kalau hujung minggu. Aku beritahu dia yang aku pergi dinner, then tengok wayang. Itu aje yang aku buat for the last few months or so, kalau habis kerja hari Ahad. Sampaikan aku rasa down, sebab mengenangkan hidup aku yang tak seexciting hidup orang lain. Mati-mati dia tak percaya yang aku tak ada kawan yang nak dicall untuk ajak keluar.
So gitu lah kaedahnya, with no definite plan, aku terus aje naik F train, kat dalam train lah baru nak fikir macamana nak habiskan those precious few hours yang aku nanti-nantikan every week tuh. "Fuck it lah!", kata aku dalam hati lagi. Tak nak lah tengok wayang, kang aku down sorang-sorang pulak kang, mengenangkan yang aku, cuba nak hiburkan hati aku yang down dengan pergi tengok wayang. Tak nak lah aku down yang bertimpa-timpa, ekekekke. Nampak aje macam best boleh pergi tengok wayang kan, tapi deep down aku akan rasa down sebab tengok wayang tuh sorang-sorang. I can't hide that feeling dari diri sendiri lah. Orang yang baca blog aku, diaorang mana faham, diaorang sure macam jeles sebab aku selalu pergi tengok wayang. Tengok filem best-best pulak tuh, yang selaras dengan kekelasan aku. Fuck lah, what do they know, kan Dear Diary kan?
So aku tak turun mana-mana, aku terus kan aje naik F train tuh, buat-buat bodoh, buat-buat malas. Kadang tuh best jugak melayan perasaan dalam train nih, makin laju train berjalan (?), makin laju fikiran berjalan. Untuk tak sangat menampakkan kedownan aku, aku jalan-jalan jugaklah kat area kedai-kedai yang di sekeliling rumah sewa aku tuh. At least aku buat something kan Dear Diary? Bengang sebab termalas pergi shopping tadi tuh, aku masuk this one kedai, bukan nak shopping, tapi nak "beli barang". Bagi aku, shopping tuh kalau beli benda-benda mahal. Kalau takat beli benda-benda murah, itu bukan shopping nama nya. Itu setakat "beli barang" aje. Itu aku punya definition lah kan?
Cadangnya nak tengok-tengok gitu aje, tapi itulah Dear Diary, aku nih lemah sangat dengan salesgirls yang asyik dok tanya aku apa yang aku cari. Terus aje lah aku bayar, tak sampai seratus dollar pun, tiga sweaters, satu jeans. Ada ke sweaters tuh dijual, 3 helai sepuluh dollar? Sebab murah sangat, aku tak pandang pun, aku beli tuh pun sebab kesian kat salesgirl tuh.
Kat rumah, aku try-try lah pakai pakaian yang aku baru beli tuh, sebab cadangnya, kalaulah lawa, aku nak pakai pakaian tuh esok, masa pergi kerja kat apartment MamatGQ. Tapi, bila aku pakai aje, terus jadi tak lawa aku dibuatnya. Sweater tuh keras, dan jeans tuh pulak, macam tak masuk akal aje gayanya. Aku tengok cermin, sebijik aku macam orang South America yang baru dapat masuk border US nih, macam pendatang haram gitu. Orang boleh tahu yang pakaian yang aku pakai tuh murah harganya.
Tertensen aku jadinya so aku masukkan pakaian tuh dalam beg plastik, jangan haraplah aku nak pakai nanti tuh. Walaupun tak sampai seratus, tapi macam tensen jugak aku sebab membazir gitu. Sama harga dengan kasut yang aku cadang nak beli kat kedai di 34th Street tuh. Now that aku dah bazirkan duit beli pakaian murah tuh, tak kan aku nak habiskan duit beli kasut tu pulak kan? Entah apa-apa lah aku nih kan Dear Diary, last-last semuanya tak menjadi.
Sebijik macam cara hidup aku kaedahnya, kalau ditengok from different perspective. Aku boleh dapatkan benda bagus tapi aku terbeli benda tak bagus, yang lantaran dari itu aku tak kuasa dah nak dapatkan benda yang bagus (sebab terbeli benda tak bagus tadi tu). Kau faham dak benda yang aku cuba nak sampaikan nih dear Diary? Sorrylah aku tulis macam merapu sebab aku pun baru tersedar kebodohan aku nih, masa tulis entry ni nih, ekekekeke.
Lepas tengok The Amazing Race, aku keluar, nak cari makan sikit. Aku tapau assam laksa sama sambal tumis sotong dan nasi kuning (untuk dimakan esok).
Ish, dalam tak buat apa-apa, seratus lebih duit aku habis. Kalau aku pergi tengok wayang tadi tuh tak lah habis sebanyak ini kan?