I'm not too happy dengan life aku di sepanjang minggu ini, Dear Diary. As if minggu-minggu sebelum ini aku happy sangatlah dengan cara aku menangani kehidupan aku nih kan? Hiks!
Gini, sepanjang minggu ini kan Dear Diary, aku tak buat apa-apa pun, aku tak produktif gitu rasanya, aku macam malas nak buat apa-apa, aku macam malas nak fikir apa-apa, aku macam membiarkan aje hari-hari aku berlalu tanpa ada seri nya. How boring can that be hah Dear Diary?
Aku peratikan, dan aku biarkan aje, yang aku sekarang selalu tidur lewat. Way lewat. Kadang tu sesudah Subuh baru aku tidur. Aku, kalau dah lebih dari pukul 12 malam, aku susah dah nak tidur. So aku melepak ajelah, sesambil makan dodol yang entah bila lah nak habis nya nih, kuih-kuih lain yang masih banyak tuh. Kadang rasa macam best aje melepak sengsorang di malam-malam yang sunyi dan senyap gitu tuh. So untuk menyenangkan tidur, aku teguk ubat batuk.
Itu yang buat best tidur tuh, sedar-sedar dah nak masuk Zohor (Zohor kat sini dalam 11-45 pagi/tengahari). Sebab aku tahu yang aku tak ada aktiviti di sebelah pagi, itu pasal aku selamba aje tidur sampai lewat tuh. Biasanya dulu tuh, dalam seminggu aku akan 2 kali ke apartment MamatGQ kan? So aku kena cukupkan tidur. Now that aku dah tak ke sana, itu yang buat aku ada banyak masa free tuh.
Dan bila sedar pagi, mula lah aku macam kelam kabut sikit sebab in a few hours aku dah kena pergi kerja. Laundry tak berbuat, rambut pun belum potong nih, apa lancau pun tak berbuat akhirnya. Even nak makan pun malas.
Selasa lepas, ada jugak aku cuba-cuba cari idea nak mengebestkan hidup aku sebelum berakhirnya 2008 nih. Aku terjumpa iklan orang jual ticket untuk konsert Sarah Brightman kat Madison Square Garden, Ahad nih. So aku emailed dia, tapi agaknya dia tak nak jual tiket tuh kat aku kot, tak dibalas-balasnya. Sentapzlah kejap aku.
Then aku terfikir pulak, beli aje lah tiket Broadway show Billie Elliott yang aku nak tengok sangat tuh. Big hit dengar ceritanya, pementasan tuh baru dibukak bulan ini, so aku nak lah jadi orang-orang yang mula-mula tengok show tuh. Tapi, bila aku bersiap-siap nak pergi beli ticket, aku jadi termalas pulak nak keluar. Nak buat apa lah duit tuh agaknya sebab aku dah masukkan duit sikit kat bank hari Isnin lepas. Nak pergi beli jacket pun malas nih. Malas semalas-malasnya aku sekarang nih.
Ada jugak aku terfikir untuk jalan-jalan sebelum pergi kerja, dalam sesejam dua tuh. Tapi sebab Zohor sama Asar tuh dekat sangat waktu nya, itu yang aku keluar pergi kerja lepas Asar aje, dalam pukul 2 lebih sikit. Tiap hari, kat dalam paper, banyak aje berita/gambar orang-orang terkenal yang dipaparazzi, semuanya kat area-area aku selalu melepak. Semalam ada gambar Kate Winslet naik teksi kat Chelsea, kat 23rd Street pulak tuh, kat area apartment MamatGQ. Ada gak gambar Keanu Reeves baru habis shopping kat Madison Avenue, then dia pergi jalan melepak-lepak kat Central Park. Then ada berita pasal Dustin Hoffman tengok film Slumdog Millionaire sama keluarga dia, kat Angelika Film Center. Gambar Sarah Jessica Parker sama husband dia pelakun tuh, kat West Village pun ada. Gambar dan berita pasal Tom Cruise sama Katie Holmes kat West Village pun ada. Semuanya tuh tempat-tempat aku selalu lepak, tempat-tempat aku selalu pergi. Kalaulah aku keluar ke mana-mana, sure terjumpa diaorang kan? Ini tak, aku duduklah melepak kat bilik, tak buat apa-apa.
Sekarang pun, almost every night aku balik awal. Setengah jam lebih awal dari biasa. Selalunya aku siapkan H*l, then angkat dia ke katil, semuanya tuh before 8, then aku tengok tv sama-sama dia, sementara tunggu 8-30 pm. Tapi, sebab David pun demam, dia off seminggu, so dia nak tidur awal, dan dia suruh aku siapkan Hal cepat-cepat. By 8 semuanya dah selesai, dan aku pun terus mintak kata nak balik awal aje lah, daripada buang masa tak buat apa-apa kat situ. Diaorang setuju aje.
Balik kerja pun aku terus aje balik ke rumah, tak singgah mana-mana pun, walaupun kadang tuh nak jalan-jalan sementelah lah aku dah di city center kan? Tapi itulah, laju jer aku nak balik, sedangkan kat rumah pun tak buat apa.
So gitulah, tak menarik langsung tata susila hidup aku minggu nih, nak tulis kat blog pun macam tak ada apa pun. Start dari minggu depan aku kena buat something lah, jalan-jalan ker, apa-apa lah, bosan lah kalau gini jugak lagi style aku minggu depan.