Rasa macam kosong jer hidup aku bila tak update blog. Dari sehari ke sehari aku mengosongkan hidup. Kemalasan mengatasi segalanya. So aku cuba-cuba lah nak update nih, nak buat ringkas aje kot.
-----------------------------
Jumaat
Aku keluar awal pagi hari nih sebab sejak semalam, aku macam teruja sangat nak pergi tengok Billy Elliott. Aku terjumpa kat internet, kat craigslist, ada satu mamat nih yang nak cari kawan yang nak tengok play tuh. Dia suka tengok Broadway shows, sama indie movies. Masalahnya dia tak ada kawan. Sebijik macam masalah aku lah kan?
So aku email dia kata yang aku pun bermasalah yang sama, so dia ajak aku jadi kawan dia, at least member untuk sama-sama tengok wayang, atau pergi shows. Then aku janji lah yang aku nak cuba dapatkan tikets Billy Elliott tuh pasal mamat tuh masih di Mexico City, dia akan balik ke New York malam nanti.
Imperial Theatre tuh kat West45th Street so aku turun kat Times Square. Terus jadi excited, bersemangat aku dibuatnya bila tengok ramai orang beratur nak beli advanced tickets. Aku nak cari tikets untuk show Sabtu 29 hb sebab itu aje masa yang sesuai, aku habis kerja pukul 6 malam kalau hari Sabtu. Show hari-hari lain semuanya pukul 8, aku masih kerja kalau waktu tuh. Sundays pulak, tak ada show malam.
Tapi, alangkah hampanya bila minah tu kata tikets dah tak ada, paling awal pun yang aku boleh dapat, awal tahun depan punya shows. Ada lah a few single tickets, tapi aku nak beli dua, nak side-by-side punya seats kan?
Terus aje lah aku ke Port Authority Bus Terminal, online dari situ, nak cari info pasal shows yang lain. Tapi rasa tak best pulak pasal aku nak tengok Billy Elliott tuh, tak dapat tengok yang itu, aku tak ada semangat nak tengok yang lain. Kat craigslist pun tak ada orang jual tiket Billy Elliott tuh. Yang buat aku terkilannya, 29 hb tuh mamat tuh punya birthday, dia suruh sangat aku dapatkan tikets for his birthday.
So, kaedahnya, tak dapatlah aku tikets untuk show tuh. Macamana pun, aku akan berusaha untuk tengok show tuh nanti, it's such a big hit punya show. Menyesal aku tak beli tiket awal-awal.
Lepas tuh aku terus aje lah ke Jackson Heights, online dua jam sebelum ke masjid. Then aku lunch makan beriyani kat restoran paki kat Little India.
Nasib baik lah aku tak dapat tikets show, sebab malam tuh David beritahu aku yang 29 hb nanti dia nak aku kerja sampai malam sebab dia nak keluar tengok show Young Frankestein, sama mak dia, sama kembar dia yang akan turun dari Las Vegas, for Thanksgiving weekend.
David beritahu jugak yang Sunday nih kitaorang ada lunch kat Long Island, sempena birthday mak tiri dia (mak Hal) yang ke 85. Then, Thanksgiving Day nanti, ada dinner kat apartment nenek dia. Friday lepas Thanksgiving, dia akan balik lewat jugak sebab ada dinner sama kembar dia tuh, jugak sama kawan-kawan dia, kat Manhattan.
Sabtu
Another boring Saturday sebab tak ke mana-mana the whole day, kat luar hujan. Lagipun esok ada lunch, so hari nih diaorang tak nak ke mana-mana. David aje yang keluar sekejap-sekejap gitu, aku sama Hal kat apartment aje.
Aku mintak balik awal, pukul 5, sebab masa tuh dah tak ada apa nak buat dah, dan David pun ada di apartment. David kata, kalau aku ada hal, aku bolehlah blah awal, so aku kata lah yang aku ada janji sama kawan nak tengok wayang.
Aku turun kat 34th Street/Gerald Square, sebab nak ke kedai yang jual branded items yang murah tuh. Aku nak beli jacket, overcoat. Winter dah masuk nih, aku cuma ada dua jackets aje, satu tuh jacket tahun lepas. Aku kena buat style New Yorkers jugaklah, pakai overcoat.
Cadangnya nak beli short overcoat (malu lah aku nak pakai long overcoat, macam orang kerja kat Wall Street aje nanti jadinya) Tapi, tak ada lah pulak saiz aku, yang ada kat situ semuanya saiz besar-besar, yang saiz aku pulak tuh, harganya dalam 300. Ala, tak nak lah aku beli coat yang lebih dari 200.
So aku ke Macy's, macam ulat semut kat dalam tuh, penuh dengan orang. Terlama jugak aku kat situ sebab banyak overcoats yang lawa-lawa. Last-last aku beli Calvin Klein punya coat, 50% discount, so harganya jadi $195. On the way ke subway kat Times Square, terlalu pulak kat satu kedai yang ada tulis "Out Of Business Sale", dari luar tuh aku tengok banyak jackets, coats, yang gila-gila harganya. Murah gila maksud aku, yang harga biasanya $400, dijual $69 aje. Termenyesal pulak aku sebab dah terrembat overcoat tadi tuh. Nasib baiklah masa tuh dah 7pm, kedai tuh dah nak tutup, kalau tidak, haruslah aku terrembat lagi satu jacket. Macamana pun aku dah bercadang nak ke kedai tuh lagi secepat mungkin.
Mamat yang suruh aku beli tiket tuh (Jay nama dia) sms-ed aku, tanya kalau-kalau aku nak tengok wayang, dia nak join. So aku kata aku biasanya tengok wayang Sunday night, dia kata nak join aku. Aku tak kisah, walaupun aku tak kenal dia tapi lantaklah, at least dapat kawan baru. So esok aku akan contact dia.
Ahad
Aku terlewat bangun hari nih, lepas Subuh, aku tidur semula. Lepas alarm berbunyi, aku lepak-lepak sekejap, sedar-sedar dah 8 lebih. Biasanya kalau hari Ahad, pukul 8 lebih tuh aku dah kat Forest Hills, breakfast kat sana sambil baca paper, atau lepak-lepak kat Secret Garden aku. Sempat cuci muka aje, terus berlari-lari anak aku ke subway station. Ngam-ngam sampai apartment diaorang pukul 10 pagi. Mulanya aku nak breakfast dulu, nak tipu diaorang kata train lambat tapi mengenangkan yang kitaorang kena bersiap sebab nak pergi lunch kat Long Island tuh, terpaksalah aku tak breakfast.
10 orang semuanya yang datang birthday lunch tuh. Aku, David, Hal, mak dia, kakak tiri Hal sama husband dia, dan 2 anak diaorang sama tunang dan boyfriend masing-masing. Sibuk gila restaurant tuh, packed dengan orang. Hal dengan scooter dia, mak dia dengan walker nya, memang siksa jadinya. Mak Hal duduk sebelah aku, sebab orang lain tak nak duduk sebelah dia. On her left, cucu dia. So, puas lah aku sama cucu dia tuh melayannya. Mulutnya punyalah becok, satu suap makanan, sepuluh ayat keluar. Hal, David, kakak tiri Hal punyalah meluat menengoknya, ditengking-tengking aje kat mak Hal tuh.
Oklah lunch tuh, it was fun melayan mak Hal berceloteh, even David pun thanked me sebab mengentertain mak tiri dia tuh. Makanannya pun best, aku makan Mediterranean Omelett. Mana tak best nya, harganya pun $18. Biasanya omelett yang aku makan kat Cafe yang kat area rumah sewa aku nih, harganya $6 aje.
Kitaorang sampai Forest Hills dalam pukul 3 setengah, just nice lah untuk aku buat catherter kat Hal, dan kemas-kemas dan sediakan apa yang patut, sebelum aku habis kerja pukul 5 tuh.
Sebelum aku ke subway, aku sms-ed dulu Jay, tanya dia kalau-kalau dia nak join aku tengok wayang. Aku tak tahu nak tengok wayang cerita apa, sebab almost all filem yang best-best, semuanya aku dah tengok. Jay suruh aku turun kat Lexington Ave, suruh tunggu kat Lincoln Plaza Cinema. Bila aku sampai, bayang dia pun tak nampak-nampak. Rupanya dia kat Lincoln cinema yang lagi satu, yang 5 blocks dari situ.
Muka baik aje gayanya, nak kata stylish, tak sangat. Tapi, jenis mamat bergaya. Siap pakai topi, macam MamatGQ aje gayanya, cuma dia nih not well-groomed, tak macam MamatGQ tuh.
Aku rasa boleh ngam aje kawan dengan Jay nih sebab dia kerja biasa aje sebelum ini. Dia nih minat movies, dalam email dia ituhari, dia kata yang satu hari nanti dia nak buat filem. January nanti dia akan mula kelas, dia ambik acting/directing. Dia kata dia nak masuk New York Film Institute yang famous tuh, yang ramai Hollywood stars belajar sebelum diaorang jadi famous. Aku percaya satu hari nanti dia nih akan jadi orang filem, dia memang ada gaya pun.
So kitaorang ke panggung yang lagi satu tuh sebab semua filems yang kat Lincoln Plaza Cinema tuh (6), semuanya aku dah tengok. Masalah lah pulak nak tengok filem apa sebab aku nak tengok Changeling, Jay dah tengok dah. Dia nak tengok The Boy In Striped Pajamas, aku dah tengok dah. Last-last kitaorang tengok Quantum Of Solace aje lah. Tak best langsung bagi aku filem tuh, macam palat aje, tah
Lepas tengok wayang aku ajak Jay join aku pergi dinner, best pulak ada kawan sekepala nih. Dia ok aje. Mulanya aku nak ke Penang Restaurant yang tak jauh dari situ tapi ternampak pulak satu Thai restaurant nih, so makan kat situ aje lah.
Aku dah beritahu Jay yang minggu depan aku nak tengok Australia (Nicole Kidman sama Hugh Jackman), dia suruh aku talipun dia sebab dia pun nak ikut. Dan dia pun tanya aku apa plan aku untuk Thanksgiving.
Yes, sekarang aku dah ada kawan tengok wayang. Best!