Rasa macam malas aje nak pergi apartment MamatGQ pagi nih, tapi sebab dah janji, aku terpaksa lah pergi jugak. Ituhari dia ada kata, kalau aku tak nak datang, tak payah datang lah tapi aku kata aku tetap akan datang jugak. Aku sampai dalam 8-15 am gitu, dia dah blah pergi kerja rupanya. Ada note yang ditinggalkan untuk aku, dalam note tuh suruh aku ambik duit yang dia tinggalkan tuh.
Cepat-cepat aku buat kerja apa yang patut, tak buat lebih-lebih pun, buat yang perlu-perlu aje. By 10-30 am aku dah siap semuanya, so sebelum blah, aku tulis note untuk dia pulak. Aku kata aku tak nak ambik duit tuh pasal on both days aku blah awal, aku tak buat apa sangat pun. Jugak, aku mintak dia beritahu aku bila dia nak aku datang lagi, at least untuk pulangkan kunci apartment dia.
Daripada aku habiskan waktu kat subway kalau aku balik ke rumah, terus aje aku ke Jackson Heights. Dapatlah 2 jam aku online, sebelum Sembahyang Jumaat. Lepas makan beriyani, aku terus ke Forest Hills. Ada lagi dua jam sebelum masuk kerja, so aku lepak kat library aje lah.
Batuk aku masih belum hilang, datangnya tak menentu. David balik kerja pun lambat jugak, masa dia sampai tuh dia macam bengang aje, mood tak baik gitu. Dia suruh aku blah awal jugak malam nih sebab aku macam tak sihat aje gayanya. Memanglah, kerja kat situ memang aku nampak macam tak sihat, aku selalunya senyap aje. Tapi, the moment aku keluar dari apartment diaorang, aku jadi segar bugar, sihat walafiat.
Sampai rumah, aku tengok ada kotak depan bilik aku. Jugak surat. Bila aku angkat kotak tuh, punya lah berat, dan kotak tuh dari Malaysia. Mamposlah mahalnya postage kalau seberat gini nih, kata aku dalam hati. Aku tengok kat kotak tuh, ada nama dan alamat pengirim, jugak harga postage. Tu dia, dekat RM 300 harga postage! Aku tak kenal pun nama pengirim tuh, dan rasa bersalah terus datang kat kepala aku. Iyalah kan, hantar barang seberat itu kan? Tapi tak apa lah, orang dah terhantar kan? Aku terima aje lah.
Tersengih gila aku bila bukak kotak tuh. Banyak dodol! Banyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk, berbungkus-bungkus. Ada sagun pun sama! Ekekekekekkeke Ada kerepek, ada kain pelikat. Thanks again XXXXX, semoga business ko terus maju dan berjaya. Amin.