Wednesday, October 17, 2012

Isnin10112008


Hari nih pun sama Dear Diary, aku tak buat apa pun seharian. Nasib baik aku tak cadang nak pergi kerja hari nih sebab petang tuh batuk aku datang balik semula. Aku ada called Hal, beritahu dia yang aku tak nak datang kerja, aku nak pergi klinik kaedahnya, (aku tipu aje). Dia macam selamba aje, macam tak kisah aje aku nak datang kerja atau tidak. Kang aku cari kerja lain kang, baru padan muka ko! 

Ada jugak niat aku nak ke Chinatown, nak pergi jumpa agent kerja tapi bila difikirkan yang kalau kerja melalui ajency tuh, gaji nya separuh dari gaji yang aku dapat kalau kerja jaga Hal, itu buat aku lupa kan niat aku tuh. 

So aku melepak kat bilik aje lah, susah jugak nak keluar masa sekarang nih sebab waktuh sembahyang tuh dah dekat-dekat. Antara Zohor ke Asar tuh cuma dua jam, antara Asar ke Maghrib pun 2 jam, antara Maghrib ke Isyak sejam lebih. Pukul 6 petang Isyak dah masyuk. Syusyah lah gini nak jyalan-jyalan kan? 

Aku nak sangat keluar sebenarnya, nak ke Central Park, nak ambik gambar. Sekarang nih musim luruh tengah hebat, lawa gila pemandangan pokok-pokok yang bermacam kaler tuh. Tapi itulah, aku tak sihat, aku tak sepatutnya keluar jalan-jalan. Bosan dah rasanya 3 hari asyik tidur aje nih. 

Pukul 9 malam MamatGQ sms-ed aku, tanya aku kalau-kalau aku boleh datang minggu nih. Baik, beralus aje ayat-ayat dia, aku kata yang Friday nanti aku akan ke apartment dia.