Rabu.
Aku tak ada mood nih Dear Diary tapi aku kena tulis jugak sesikit kat sini nih. Demam aku ok dah cuma aku batuk sikit-sikit. Tadi landlord aku kasi aku ubat batuk, so lepas Zohor (Zohor masuk pukul 12-30), aku tidur lah sekejap sementara nak tunggu pergi kerja. Sedar-sedar dah pukul 3 lebih, kelam kabut aku bersiap pergi kerja, nasib baik sampai Forest Hills ngam-ngam 4-30 pm.
David perasan yang suara aku lain sikit so aku kata lah yang aku batuk-batuk. Tak ada apa pun sebenarnya, tapi diaorang nih jenis yang jaga sangat kesihatan, yang kalau rasa tak sihat sikit aje, terus pergi klinik. Aku pulak jenis yang koboi, kalau demam ker, sakit ker, jenis tunggu sampai demam, sakit tuh sembuh sendiri. Terus aku dikasi ubat, dibuat kan teh ditaruk honey, kasi aku minum. Dan dia suruh aku balik kerja awal sikit, sebab by 8 pm aku dah selesaikan kemas-kemas dan Hal pun dah aku usung ke katil. Balik kerja, aku minum ubat batuk tu lagi, senang nak kasi tidur lena.
Khamis.
Aku tak tahu apa aku buat pagi nih Dear Diary, aku buang masa online aje. Macam serba salah pulak, kejap rasa nak keluar, kejap rasa nak melepak kat rumah, nak layan blues di kepala. Tak apa lah, nak habiskan minggu nih layan blues aje lah, tengoklah minggu depan kalau-kalau aku decide nak cari kerja lain, atau nak buat benda lain untuk memenuhkan waktu aku. Sungguhlah depressing nya musim-musim sejuk gini nih, Dear Diary.
Aku sengaja balik awal, macam semalam jugak, sebab by 8 tuh Hal sama David dah siap depan tv masing-masing, nak tengok Ugly Betty. Boleh kalau aku nak stay sampai 8-30 pm macam biasa tapi aku rasa malas aje. Jadi sikitlah gaji aku nanti nih kalau tiap-tiap hari aku balik kerja pukul 8 malam.
Aku kena tidur awal sikit nih sebab esok aku ke apartment MamatGQ, tengoklah, entah-entah esok hari terakhir aku ke sana kot. Tak pun, minggu depan aku datang sekali aje lah, untuk kali terakhir.