Wednesday, October 17, 2012

Jumaat31102008


Semalam kan ker aku bangun awal, kurang tidur, so harinih, sebab cuti, aku tidur sampai lewat sikit. Dalam sepuluh lebih baru aku bersiap untuk keluar, tak tahu pun nak ke mana, nak ikut aje kaki dan subway yang membawak aku. Harinih hari jadi aku, so aku kena at least keluar, walaupun hanya untuk merempit kosong gitu. Tensen aku nanti kalau di hari bersejarah gini, aku dok melepak kat katil aje kan?

Pergi breakfast sekejap kat Mexican Cafe, makan omelette, western style, whatever it was lah. Mood macam baik aje harinih, iyalah kan, at least aku tak payah pergi kerja hari nih kan? Dan jugak mengenangkan yang betapa harijadi aku tahun ini disambut meriah. Macam budak-budak aje kan? Dengan kad, parcels, wishes kat sms, phone, tagboard, email, itu yang sampai tak cukup kaki dan tangan nak jawab tuh, ekekekeke.

So, terima kasih lah untuk semua.

Aku naik D train, turun kat Columbus Circle, yang kat ke Central Park. Aku decided nak ke Upper East Side, ke Masjid Besar New York. Kat masjid ini lah, kalau korang masih ingat, riwayat hidup Bangla aku bermula.
 

Since aku ada banyak masa, aku nak jalan kaki aje lah, masjid tuh kat 96th Street, on the east side, sedangkan aku kat west side, 59th Street. So dekat 40 blocks aku kena jalan, dan kena merentas Central Park jugak untuk ke east side. Kacang jer tuh bagi aku, aku pernah jalan dari 105th Street sampai ke Columbus Circle tuh, dalam masa tak sampai dua jam.

So, aku menyusur Central Park West, jalan pelan-pelan aje sebab cuaca pun best, tak sejuk sangat, aku pun well prepared pakai jacket tebal, iyalah, malam kang nak pergi tengok parade. Sure sejuk nanti tuh.

Kat 72nd Street baru aku masuk Central Park, nak merentas park tuh punyalah siksa sebab luas. Dah letih jalan, lepak kat bench kejap. Tak pun, aku jalan aje sambil makan aiskrim, ekekekkeke. Best kan?



Sampai kat masjid tuh ngam-ngam, siap aje ambik air sembahyang, terus mula Sembahyang Jumaat. Aku kat tingkat atas sebab ramai sangat orang. Aku perati-perati kan jugak kalau-kalau ada muka Melayu tapi tak ada pun. Yang aku nampak, ada beberapa keping muka Indo, yang pakaian masing-masing smart semacam aje. Memang betul orang Indo, yang kerja kantoran, aku sempat tegur diaorang sebelum diaorang blah. 

Aku jalan kaki aje untuk balik semula ke Columbus Circle, malas aku naik subway sebab aku banyak masa. Lama jugak aku lepak kat Central Park, tengok pamiran apa tah, then tengok persediaan untuk New York Marathon hari Ahad nih. 


Then aku ke Penang Restaurant yang kat 72nd Street, di West Side. Makan mee kari. Sembang sekejap dengan satu awek Cina nih, orang Malaysia jugak, yang dah lama duduk kat US, sama keluarga dia.

"What are you doing here?", dia tanya aku.

"Here in New York City?", aku tanya dia.

"Here, at this restaurant", tak ker bodoh soalan dia tuh? Ingat aku nih tak mampu nak makan kat area itu ker? Kalau dia tahu yang aku kasi $20 walaupun harga makanan cuma $13, sure dia tak tanya soalan gitu kot?

"Well, I come here once in a while....", aku jawab gitu.

"He comes here often", kata Morgan, Manager restoran tuh, sambil anggukkan kepala kat aku.

Lepas tuh aku terus menyusur Amsterdam Avenue, arah ke Columbus Circle, then ambik D train untuk ke West Village kat West 4th Street. Tak sanggup dah aku nak jalan kaki aje ke sana sebab jauh jugak tuh, dekat 60 blocks.

Since parade tuh mula pukul 7, dan masa aku sampai tuh dalam pukul 5, so aku merayap kat area West Village tu aje lah. Jalan-jalan sampai kat Bleecker Street yang banyak fancy restaurants tuh. Hampir termasuk kat satu spa nih yang aku tengok, murah jugak harga dia. Asian-owned spa, untuk lelaki aje, Why-Not-Men Spa nama spa tuh. Tengoklah nanti kalau ada masa, aku nak cuba masuk spa nih.

Ramai gila orang sepanjang 6th Avenue, aku tak tahu sampai ke mana berakhirnya parade tuh. Nasib baik aku berdiri kat satu spot aje, kat corner of Bleecker Street/6th Avenue.

Aku blah dalam pukul 9 malam, itupun dekar setengah jam nak masuk ke subway sebab ramai sangat orang. Kalaulah aku tak payah kerja esok, harus aku tungu sampai pagi, sampai habis parade, sebab meriah gila tengok orang yang berperangai macam hantu semuanya tuh.



Halloween Parade kat West Village, New York