MamatGQ tengah tidur agaknya masa aku sampai apartment dia sebab lama baru dia bukak pintu, dia kunci dari dalam. Bilik pun masih gelap gelita masa aku masuk tuh.
"Hey, I missed you man", saja aku kata gitu sambil tepuk bahu dia.
Hari nih hari last dia kerja kat company tuh so dia kata dia nak pergi kerja lambat sikit, lagipun memang tak ada kerja pun dah yang dia kena buat. Aku dah checked website company dia minggu lepas, nama dia semuanya dah tak ada dah kat profile company tuh, so memang confirmed lah yang dia dah diberhentikan kerja.
So kitaorang lepak-lepak, sembang-sembang, sambil minum blueberry juice. Banyaklah yang kitaorang sembangkan, mulanya pasal aku, sebab aku cerita kat dia yang aku tak kerja selama 4 hari, sebab demam tuh. Mula dari tuh terus melarat tercerita pasal David/H*a, best jugak sebab bila aku cerita benda-benda yang aku tak berapa berkenan pasal diaorang, MamatGQ pun setuju dengan reasonings aku. So aku rasa lega lah sikit sebab selama ini kadang tuh aku rasa aku yang banyak cekadaknya. Sebanyak cekadak Hal tuh.
Lepas tuh cerita pulak pasal dia. Dia kata dia macam happy jugak bila dah tak kerja nih sebab selama ini dia macam menghambakan diri kat company tuh, so sekaranglah dia ada masa untuk buat hal dia sendiri.
"Good, take some time for yourself, go somewhere", aku kata gitu. Macam best aje aku kasi nasihat kan? Dia nak balik ke Iowa 24 sampai 29 hb, untuk Thanksgiving. Itupun sebab dia dah beli tiket sebelum dia dapat tahu dia diberhentikan kerja. Kalau tidak, sure dia tak balik. Minggu depan, dia nak ke head-hunter, nak cari kerja baru. Puas jugak dia nak mengexplain pasal head-hunter tuh, dia ingat aku tak tahu apa-apa pasal tuh. Iyalah kan, aku nih kuli aje kan? Ekekekkee
Then dia nak buat blood test, then nak cari orang yang nak sewa apartment dia on a daily basis, sepeninggalan dia nanti. Kat New York nih ramai orang yang buat gitu, sewa kan apartment diaorang on a daily basis gitu.
"Minggu depan, Selasa atau Rabu, kita bersih-bersih apartment nih sama-sama, nak Joe?", kata dia. Dia kata mungkin dia nak cat baru, nak re-arrange furniture kat apartment tuh, etc.
"So macamana ni Joe, akan datang kau tak payah datang lagi lah sebab aku pun dah tak kerja ni", kata MamatGQ. "Atau kau ada suggestion lain?", kata dia lagi.
"Macam ni lah, kalau kau ada kerja yang nak suruh aku buat, kau talipun aku. Aku tak kisah, bila-bila aje aku boleh datang kalau aku free. Aku nak tolong nih sebab I care about you, kau tu tak sihat, kau kena ingat tu", aku kata gitu.
"I care about you too Joe", kata MamatGQ, "tapi tak fair lah kalau kau kerja free gitu aje", kata dia lagi.
"This is not about money. This is more about friendship, we are friends, don't let money be an issue", aku kata gitu.
"Eh Joe, kau tau tak, dua tiga hari lepas, masa aku tengah betul-betul down, aku checked email box aku. Then aku baca email kau yang lepas-lepas, masa mula aku kenal kau. Aku rasa bersyukur dapat jadi kawan kau Joe", kata MamatGQ.
"Kau simpan email lama-lama?", aku tanya dia sambil gelak-gelak. Aku tak cakap kat dia pun yang semua emails dia yang lama-lama tuh ada aku simpan. Tak macam emails orang lain, yang kalau aku dah baca, aku terus delete aje. Oooppsss.
"This is what they call male-bonding, Joe, I think", kata MamatGQ.
[ Male-bonding is a term used to denote co-operative and supportive behavior between two or more beings. In this sense, the term connotes a relationship which involves mutual knowledge, esteem, and affection and respect along with a degree of rendering service to friends in times of need or crisis. Friends will welcome each other's company and exhibit loyalty towards each other, often to the point of altruism. Their tastes will usually be similar and may converge, and they will share enjoyable activities. They will also engage in mutually helping behavior, such as exchange of advice and the sharing of hardship.
A friend is someone who may often demonstrate reciprocating and reflective behaviors. Yet for many, friendship is nothing more than the trust that someone or something will not harm them.Value that is found in friendships is often the result of a friend demonstrating the following on a consistent basis:
the tendency to desire what is best for the other,
sympathy and empathy, honesty, perhaps in situations where it may be difficult for others to speak the truth, especially in terms of pointing out the perceived faults of one's counterpart
mutual understanding]
"I trust you so much Joe, I want you to keep the keys (to the apartment)", kata MamatGQ lagi.
"Eh, kalau aku jadi kau, aku pakai pakaian buruk-buruk aje on my last day of work", aku kata gitu bila MamatGQ tanya aku, apa yang patut dia pakai untuk ke pejabat. Terus dia pakai jeans yang berlubang sana-sini kat lutut, pakai t-shirt bergambar. Tapi pakai jacket jugaklah.
"Kau jangan tak ambik duit ni Joe, ini duit kau", kata MamatGQ sambil taruk duit kat meja, masa dia dah nak pergi kerja.
"Kau jangan terasa hati kalau aku tak ambik duit tuh, aku dah cakap, this is not about money", aku kata gitu sambil gelak-gelak.
"Oklah, jumpa lagi bila-bila nanti, apa-apa hal, kau contact aku", kata MamatGQ sebelum dia blah pergi kerja. Lama jugak kitaorang bersalam sama laga fists.
Aku rasa macam best aje, rasa mood baik aje lepas tuh. Small things like that yang buat aku rasa best. Bagi aku, ada satu orang kawan tapi yang baik dengan aku, yang satu pemikiran sama aku, yang satu wave-length dengan aku, itu jauh lebih elok dari ada ramai kenalan. We don't see each other much tapi the thought yang kitaorang ngam macam sedara, itu dah cukup buat aku.
Since aku kena blah awal sebab Sembahyang Jumaat start pukul 12-30 pm, laju aje lah aku buat kerja mana yang patut. Aku ambik duit yang MamatGQ kasi tuh pun just untuk beli detergent sama guna untuk buat laundry, balance nya aku tinggalkan aje.
Aku tengok, kat dalam fridge dia, banyak drugs yang baru, macam-macam jenis, marijuana semuanya tuh kot. Rokok pun ada dua kotak. Aku ambik dua batang, aku isap. Lama dah tak merokok nih, kali terakhir aku merokok, masa Bob datang ituhari.
Aku blah dalam pukul 12, kelam kabut jugak takut tak sempat sampai ke Jackson Heights sebelum sembahyang mula. Aku punyalah laparnya, mungkin sebab lepas demam memang gitu kot, jadi kemaruk, mudah lapar, nak makan aje. Macam semalam tuh, aku dah breakfast, then on the way pergi Forest Hills, walaupun masih awal, aku jadi lapar tiba-tiba. Sampai tak bermaya gitu, rasa macam berbuih mulut aku, rasa nak turun aje subway dan cari kedai makan.
Lepas sembahyang aku ke internet cafe sekejap. Sekejap tak sekejap lah, ada dalam 2 jam aku online, sebelum pergi kerja. Sepanjang kerja, aku rasa macam happy aje, puas hati gitu, dan aku buat kerja menjaga Hal tuh, punyalah baik, punyalah beralusnya. Mungkin sebab Hal tak berapa sihat, asyik batuk-batuk aje. David pun sama, dua-duanya tak sihat.
Itulah diaorang nih, ituhari masa aku batuk-batuk, macam halau aje aku dari apartment tuh, sekarang rasakan siksanya bila diaorang kena demam selsema, batuk-batuk.